Setelah selesai membantu dan menemani Jasmine memberi keterangan di balai polis, Arzen dan Benjamin menghantar Jasmine untuk pulang ke rumahnya.
Keadaan di dalam kereta itu sunyi, hanya bunyi radio yang kedengaran.
Jasmine di belakang mulai gelisah. Ke mana mereka ingin membawanya pergi?
"Jasmine? Rumah you dekat mana?" Benjamin yang sedang memandu memandang Jasmine di belakang menggunakan cermin pandang hadapan.
Sedari tadi dia mencuri pandang gadis itu di belakang. Tidak tahu apa yang difikirkan oleh Jasmine. Wajah cantik itu hanya berkerut sahaja sejak mereka keluar dari balai polis tadi.
Jasmine tersentak saat namanya diseru.
"Ha...Hantar..." Jasmine berfikir sejenak membuat keputusan untuk beritahu di mana rumahnya ataupun tidak.
"Dekat mana?" Sabar Benjamin menunggu jawapan dari gadis itu.
Jasmine mengeluh berat membuatkan Benjamin dan Arzen membuang pandang silih ganti.
"Balik rumah mummy." Arzen berkata tanpa suara. Mungkin gadis itu masih trauma, lebih baik mereka menjaganya buat sementara waktu. Benjamin mengangguk tanda faham.
Jasmine menggigit bibir bawahnya.
"Are you okay?" Arzen di bahagian kerusi penumpang hadapan menyoal Jasmine dengan lembut. Dia boleh merasakan bahawa Jasmine berada di dalam kesusahan.
"O...okay...saya ok...ay." Balas Jasmine tergagap-gagap.
"There's nothing to worry about, Jasmine. Semua dah selesai."
Beritahu Arzen dengan prihatin.Hampir sahaja Jasmine ditahan reman kerana disyaki membunuh. Namun, Arzen cepat membela Jasmine. Jasmine menceritakan semua yang terjadi dan semua cerita disertakan dengan bukti yang kukuh.
"Th...Thank you." Balas Jasmine perlahan.
Arzen tersenyum nipis di hadapan tanpa memandang ke arah Jasmine di kerusi belakang.
"Kenapa awak berdua tolong saya? Tak perlu nak buat sampai macam ni sekali." Kata Jasmine tiba-tiba membuatkan Benjamin memandang Arzen di sebelahnya dengan laju.
"What do you mean by that?" Benjamin hairan dengan pernyataan gadis itu. Apa maksud di sebalik 'tidak perlu tolong sehingga begitu'.
"Awak berdua ni siapa? Kalau dengan masuk campur tadi boleh buat awak berdua terbabit dalam kes ni, saya akan rasa sangat bersalah untuk hal itu." Balas Jasmine jujur.
Dia tidak tahu mereka berdua bekerja sebagai apa. Tapi walaupun apa pekerjaan mereka, Jasmine berharap mereka tidak lagi menyebelahinya. Takut mereka berdua akan turut terbabit di dalam permasalahan yang tercetus akibat kecuaian diri sendiri.
"We are private investigator. Tugas kami adalah menyiasat dan membantu mencari pembunuh dalam kes jenayah." Balas Benjamin menjelaskan pekerjaan mereka.
Jasmine di belakang terdiam. Penyiasat persendirian?
"Saya nak balik rumah." Putus Jasmine laju.
"Kita dah sampai." Benjamin masuk ke dalam perkarangan rumah mewah.
Kereta diparkirkan di porch kereta. Jasmine melihat ke arah beberapa kereta yang turut terparkir di kawasan porch itu. Banyak kereta mewah.
Arzen keluar terlebih dahulu sebelum dia membuka pintu Jasmine. Jasmine keluar dari kereta. Matanya melilau ke kawasan rumah mewah tiga tingkat itu.
"Kita dekat mana? Rumah siapa ni?" Soal Jasmine ingin tahu.
"My parents house."
"Arzen, saya nak balik rumah saya." Jasmine merayu kepada Arzen. Dia tidak selesa untuk berada di tempat semewah itu.
YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomanceON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...