Disarankan untuk baca bab sebelumnya untuk mengambil feel. Maaf lambat update.
Ting! Ting! Ting!
Bunyi lonceng kedengaran. Jasmine yang sedang duduk di atas sofa berlari anak menuju ke pintu utama.
Pasti Arzen sudah tiba kerana telinganya sempat menangkap bunyi enjin kereta.
Pintu utama dibuka seluasnya, terpampang wajah Arzen dan Benjamin.
"Assalamualaikum." Arzen memberi salam bersama senyuman nipis sebelum merempuh masuk ke dalam dan naik ke tingkat atas.
Jasmine dan Benjamin terdiam melihat perlakuan Arzen.
"Waalaikumsalam..." Gumam Jasmine perlahan. Badan dipusing untuk menghadap Benjamin di hadapannya.
"Here, I masak untuk si Arzen. Nanti lepas makan ubat, beri dia makan bubur ni." Benjamin mengangkat bekas makanan yang berisikan bubur sebelum diserahkan pada Jasmine.
"Kalau dah tak ada apa-apa, I balik dulu lah. Take care both of you," Benjamin tersenyum manis.
Jasmine turut membalas senyuman itu. "Thank you so much, Ben." Balas Jasmine ikhlas.
"Sama-sama, Jas. Oh ya, sebelum terlupa, I nak pesan yang Arzen pelik sikit bila demam. I harap you bawa bersabar banyak-banyak." Ujar Benjamin bersama tawaan kecil.
Jasmine hanya senyum sebagai balasan.
"Hati-hati drive." Pesan Jasmine ketika Benjamin sudah melangkah. Benjamin melambai tangan tanpa memandang ke arah Jasmine.
Pintu utama ditutup rapat.
***
Malam menjelang tiba, usai makan dan mengambil ubatan, Arzen merehatkan diri di atas katilnya.
Jasmine? Dia tak tahu apa yang sedang dilakukan Jasmine di tingkat bawah. Selesai sahaja memberi dia makan, gadis itu terus menghilangkan diri entah ke mana.
Arzen merenung siling dengan minat. Tak lepas matanya memandang.
No cute interactions for today.
Tiada ucapan manis, perbuatan yang comel mahupun komunikasi sejak pagi tadi. Sejak ada kesalahfahaman kecil di antara mereka.
Tangan mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kecil di sisi.
Aplikasi pinterest dibuka oleh Arzen. Cuba mencari idea dari aplikasi tersebut.
Matanya bersinar sambil menekan sebuah gambar.
"Boleh juga ni..." Ucap Arzen perlahan.
Klak.
Serentak dibuang telefon ke sisi dan mata dipejam dengan rapat saat mendengar pintu bilik dibuka dari arah luar.
Arzen pura-pura tidur. Bunyi derapan kaki semakin mendekatinya.
Jasmine menilik Arzen seketika sebelum kepala digeleng perlahan. Punggung dilabuhkan di sisi katil. Tidak terlalu jauh jarak mereka.
"I know you're not sleeping yet." Ucap Jasmine tiba-tiba.
Diam. Tidak ada respon.
"Bangun sebelum saya cari suami baru." Sambung Jasmine. Arzen mencelikkan sebelah mata. Dilihat Jasmine yang setia merenungnya.
Akhirnya dia membuka kedua-dua mata. Tak aci betullah main ugut macam tu!
"Are you okay?" Kini suara Jasmine bertukar lembut berbanding tadi.
Arzen angguk kepala perlahan.
YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomanceON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...