Bab 18

153 12 0
                                    

Benjamin bergerak mengekori langkah Arzen. Ke manapun lelaki itu pergi, dia akan mengikut dari belakang. Arzen menghentikan langkahnya di dalam dapur.

"Can you stop? Tak perlu nak ikut aku." Pinta Arzen perlahan. Rimas diperlakukan sebegitu. Marah yang tersisa itu seperti kembali naik membuak-buak.

"Siapa yang ajar kau menormalisasikan perlakuan senyap ni?" Benjamin cekak pinggang. Akhirnya, lelaki itu perasan dengan kewujudannya. Baru sahaja dia ingin menghantui lelaki itu. Kot-kot Arzen tak nampak dia yang halus itu.

Arzen mengerutkan keningnya perlahan. Apa yang dia merepek ni?

"Apa? Kau ingat dengan silent treatment tu, aku akan faham kenapa kau marah dekat aku?"

"Eh, budak cina Arzen, SPM dulu pun tak sesusah ini tau? Kau ingat aku akan faham ke kalau kau tak jelaskan?" Benjamin naik muak.

Macam mana nak tahu salahnya kalau lelaki itu tidak memberitahu dengan jelas dan padat.

"Tuhan anugerahkan akal fikiran, kan? Fikir lah sendiri." Arzen menjeling lelaki itu.

Benjamin membuat gaya seperti zombi.

"Erghh..urghh..iikkk..uuuuu" Macam-macam bunyi yang keluar dari mulutnya. Tangan naik mencekik lehernya sendiri.

"Kau cakap apa dekat Jasmine?" Arzen bersuara dengan garang. Tajam matanya memerhati Benjamin di hadapan.

Benjamin terhenti dari perbuatan gilanya setelah mendengar soalan dari lelaki itu.

"Apa maksud kau?" Benjamin berdiri dengan tegak. Tatapan mata garang itu dilawan kembali. Ingat kau seorang je ada mata? Mata kau tu dah lah sepet. Ada hati nak bertarung.

"Cakap apa? Apa maksud kau?" Soal Benjamin berpura-pura tidak faham.

"Tak perlu nak berselimut depan aku. Kau sendiri tahu kan benda apa yang aku tengah cakap ni?" Arzen bertambah serius.

"Aku tak pakai selimut. Aku pakai comforter." Balas Benjamin bersama riak yang serius. Dia buat lawak, kita sambung balik. Tak boleh biar lawak tu hambar lama-lama. Nanti tawar hati.

"Aku tak main-main, Ben. Kalau kau tak nak muka kau pecah, baik kau cakap betul-betul." Ugut Arzen.

Poyo lah dia ni. Ingat dia tu contractor ke nak pecah-pecah bagai. Muka dia ni dah setaraf the most handsome man in the world, diugut pula nak dipecahkan.

"Dia dah cakap dekat kau, kan? Nak tanya aku balik buat apa? Dengar lah cakap kawan BAIK kau tu." Perkataan baik itu ditekan. Benjamin mula serius.

"Jasmine tak nak aku jumpa dengan kau sebab dia takut aku akan bertindak di luar kawalan. Dia tak nak aku bergaduh dengan kau apa lagi sehingga boleh buat kita berdua putus kawan."

"Meanwhile kau, apa yang kau buat? Kau suruh aku berhenti berkawan dengan dia. Apa hak kau nak buat macam tu, Ben?" Kata Arzen.

"Aku cuma nak protect kau, Zen. Kerja kita ni berbahaya. Walaupun kita cuma menyiasat, kita tak tahu ke depannya macam mana. What if ada musuh yang tak puas hati dan kita dijadikan mangsa oleh mereka?"

"Kau tahu kan, kebanyakkan kes yang kita siasat tu adalah kes bunuh. Macam mana kalau mereka menyimpan dendam dekat kita?" Balas Benjamin panjang lebar.

Itu yang bermain hebat di fikirannya saat Arzen mula berkawan dengan Jasmine. Bagaimana kalau gadis itu mempunyai niat yang tidak baik terhadap Arzen?

"Kau merepek apa ni? Kau takut ke? Kau terlalu takut sehingga bawa Jasmine dalam hal ni? Kau nampak muka dia tu macam muka penjenayah ke?" Soalan seperti peluru berpandu dilontarkan buat Benjamin.

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now