Bab 32

242 9 0
                                    

Pagi itu, Arzen masuk ke dalam bilik mereka berdua bersama kucing kesayangannya.

Lily.

"Good morning, Lily's Mommy!" Arzen menutup pintu dengan rapat dan mengucapkan kata-kata itu dengan teruja. Kaki dibawa melangkah ke arah Jasmine yang sedang berdiri di sisi katil sambil memegang comforter mereka.

Jasmine berpaling ke arah suara itu. Terima kasih kerana datang pada waktu yang tepat. Dia tak tahu cara melipat comforter yang besar dan tebal itu kerana ia berbeza dengan kepunyaan dirinya yang ada di rumah.

"Morning." Balas Jasmine bersama senyuman nipis. Mata kemudian turun melirik ke arah kucing yang berada di gendongan Arzen.

"Tak sempat nak kenalkan awak dengan Lily. Ni lah budak comel tu. Nama dia Lily, baka Birman. High maintenance, manja nak mampus, pendiam dan suka menempel."

"Tak suka orang baru tapi Lily akan pastikan untuk sayang Mommy sebagaimana Lily sayangkan Daddy." Arzen berdiri tepat di hadapan Jasmine. Tangan Lily diambil dan dibawa untuk melambai di hadapan Jasmine.

Mata Jasmine terpukau melihat kucing milik Arzen yang bernama Lily itu. Berwarna  putih dan sedikit kelabu di muka. Berbulu panjang, fluffy, gemuk, mata berwarna biru tua dan ada "sarung tangan" putih yang kontras pada setiap kaki.

'Comelnya!' Getus hati Jasmine.

"Hi, Lily!" Jasmine melambai di hadapan kucing itu.

"Hi, Mommy!" Balas Arzen pula.

"Meow..." Lily berpaling ke sisi setelah eye contact bersama Jasmine dalam masa lebih kurang 5 saat.

"Hehe, sorry Mommy. Lily pemalu dengan orang yang baru." Arzen sengih.

"Awak nak pegang dia?" Soal Arzen tulus.

"Tak." Balas Jasmine sepatah. Dia tak pernah sentuh kucing. Bukan tak suka, tapi ada sedikit ketakutan pada haiwan yang berbulu itu. Macam mana kalau Lily akan mencakarnya?

"Takut ke?"

"Sikit." Balas Jasmine. Arzen angguk kepala.

"Dah, main dulu. Daddy nak cakap sesuatu dengan Mommy." Arzen mencium keseluruhan wajah Lily yang comel sebelum haiwan itu dilepaskan ke lantai.

"Awak buat apa?" Arzen mengibas baju tshirt yang dipakainya. Bulu si Lily berada di mana-mana sahaja.

"Saya nak lipat benda ni. Tapi berat sangat." Jasmine melepaskan comforter yang berada di pegangannya.

"Tak apa. Tinggalkan semua ni, nanti saya uruskan." Tangan Jasmine diraih, comforter ditolak jauh sebelum kedua-dua mereka duduk di atas birai katil.

"Awak nak cakap apa?" Tembak Jasmine sebelum Arzen memulakan bicara dengan 'saya nak cakap sesuatu dengan awak'. Sebelah kening diangkat. Arzen hanya  senyum lebar.

"I woke up next to you today. It feels unreal. I woke up today and then I was somebody's husband." Arzen masih setia dengan sengihannya.

Jasmine hanya melemparkan senyuman nipis. Lain macam gembira yang dirasakan lelaki itu. Padahal mereka tak tidur sekatil pun.

"Suprised me too." Balas Jasmine perlahan. Kepalanya ditundukkan.

"Di pagi yang penuh ceria dan berkah ini, saya nak kita berdua buat sesuatu, can we?" 

"Apa dia?" Jasmine senyum nipis. Kepala diangkat untuk menikam anak mata Arzen buat beberapa saat sebelum bebola matanya dilarikan ke arah lain.

"Saya tahu awak masih dalam dilema dan kekeliruan. Semuanya berjalan dengan sangat pantas. The time, our relationship, our surrounding changed too." Kata Arzen dengan serius.

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now