Arzen memandu keretanya dengan tenang. Setelah habis mesyuarat bersama syarikat daddy, dia kembali ke pejabat Jasmine untuk mengambil isteri tercinta.
Arzen keluh perlahan. Mungkin Jasmine masih ingin memerlukan masa. Salahnya juga kerana terlalu berharap.
"Saya tak nak hilang awak. I don't know what words should I put to show how much I need you. Saya perlukan awak, Jasmine..." Ucap Arzen perlahan.
Sungguh, dia terlalu cintakan gadis itu melebihi segalanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Jasmine. Jasmine bahagia, maka dia turut merasakan bahagia yang sama.
Setelah memakirkan keretanya, Arzen berjalan masuk sehingga tiba di tingkat 5.
Klak.
Bunyi pintu dibuka dari arah luar.
"Jas..." Jas yang sedang sibuk membaca fail itu mengangkat wajahnya saat nama diseru.
"Masuklah," Jasmine senyum nipis. Arzen berjalan masuk dan duduk berhadapan Jasmine.
"Kerja awak dah siap?" Soal Jasmine perlahan. Meja yang berselerak dipandang sekilas sebelum tumpuan diberi pada suaminya.
"Dah." Balas Arzen sepatah. Mata turut terhala pada timbunan kertas di atas meja. Ini dah macam sebulan punya kerja je?
"Pu...an..." Suara Sarah mengendur saat melihat sosok Arzen.
"Yes?" Sarah berjalan ke arah mereka berdua.
"You dari mana? Dari tadi tak mas.."
"Sarah, weekly reports, project reports, sales and marketing reports, in my table, now." Potong Jasmine dengan tegas. Wajahnya menikam wajah Sarah dengan serius.
"Okay." Sarah tidak membantah. Dia terus keluar dari dalam bilik majikannya.
"Dari mana?" Kini Arzen yang mengajukan pertanyaan itu.
"Shopping mall." Balas Jasmine perlahan.
"Buat apa?" Sambung Arzen, masih menyoal.
"Arzen..." Meleret suara Jasmine memanggil nama suaminya.
"Kenapa tak inform saya?" Soal Arzen lembut.
"Can you just mind your own business?" Jasmine mulai rimas.
"Jas, saya ni suami awak. Saya berhak nak tahu awak pergi mana. Dan untuk pengetahuan awak, nak pergi mana-mana kena minta izin saya terlebih dahulu." Jelas Arzen panjang lebar.
Jasmine terdiam. Salah dia ke? Dia tak nampak pun perkara itu sebagai satu kesalahan?
"Buat apa?" Soal Arzen kembali. Mengulang soalan tadi.
"Jumpa kawan." Balas Jasmine tanpa memandang ke arah Arzen.
"Awak cakap awak tak ada kawan?" Soal Arzen hairan.
"Business partner." Balas Jasmine ringkas, tangannya kembali sibuk bermain fail. Arzen ingin diabaikan.
"Seems like, awak busy sangat sampai tak nak tengok muka saya." Balas Arzen.
"Can you stop?!" Nada Jasmine naik sedikit, bergetar tangannya menahan kemarahan. Selama ini tiada siapa yang peduli tentangnya, dia rimas diperlakukan sebegitu.
Arzen angguk kepala sebelum berdiri dari duduknya.
"Arzen..." Suara Jasmine mengendur.
"Sorry, saya rasa awak tengah stress bekerja. Just do your work. Kalau nak balik rumah, telefon saya." Arzen kembali melangkah. Jasmine berlari anak mengejar langkah Arzen.
YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomanceON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...