"ARGHHHH!!" Kedengaran kuat suara teriakan Jass sehingga menyentakkan Jasmine dan Arzen yang sedang berpelukan di halaman rumah.
"Kenapa tu?" Arzen mulai panik.
Jasmine geleng kepala. Over sangat lah dia tu. "Biasalah tu, dah tahu takut hantu gigih juga nak tengok." Balas Jasmine.
"Ohhh..." Balas Arzen perlahan.
"Sayang, jom naik atas. Saya pun dah bosan nak tengok movie tu. Kita buat hal sendiri dalam bilik, nak tak?" Arzen meraih tangan Jasmine. Jasmine hanya diam sambil mengikut ke mana sahaja Arzen membawanya.
"KAU DAH GILA KE? Kalau dia keluar tadi macam mana?" Jass memukul Benjamin dengan kuat menggunakan bantal yang terdapat di dalam bilik pawagam kecil itu.
"Oiii! Kau boleh stop tak? Tak ada maknanya si annabella huda tu nak keluar dari skrin! Kalau dia keluar, aku orang pertama yang pengsan!" Benjamin menyilangkan tangan untuk mengelak dari pukulan Jass.
"Jass!!! tengok tu!" Benjakin menunjuk ke arah skrin.
"Huwarghhhhh!! Ben tukar Ben!" Jass menutup wajah menggunakan bantal yang memukul Benjamin tadi.
Wajah patung Annabelle terpampang luas di skrin projektor.
Laju tangan Benjamin menekan butang home, serta merta tayangan itu mati.
"Ya Allah, kus semangat aku. Sikit lagi jadi arwah." Benjamin mengusap dadanya berkali-kali. Seram dengan hantu yang ditayang sebentar tadi.
"Tukar movie lain, Ben." Arah Jass. Benjamin angguk kepalanya. Menyesal dia memberi cadangan untuk menonton cerita hantu. Tak sangka boleh tahan seram juga.
Tangan bermain-main di Iphonenya. Cuba mencari movie yang lain.
"Kau nak tengok movie apa?" Pandangan dikalih pada Jass di sebelahnya. Dia tak tahu nak buka movie apa.
"Nak...young adult romance." Balas Jass tanpa memandang ke arah Benjamin.
"Uish, kau ni okay ke tak? Nak kena mandi air yasin ke?" Terkejut mendengar permintaan dari Jass.
Jass kalih pandangan sebelum...
Pak!
Mengetuk kepala Benjamin dengan kuat.
"Banyak cerita yang suci murni tapi pakai genre tu. Kau ingat aku tak tahu ke kau nak bahas tentang apa? Kau ingat adult romance tu semua tak elok ke?" Balas Jass panjang lebar. Otak tu jangan sempit sangat.
Benjamin diam menggosok kepalanya. Dulu Arzen yang suka meluku kepalanya. Sekarang penyakit tu dah terjangkit ke Jasinta.
"Dah kau cakap macam tu... orang lain pun akan fikir benda sama juga." Balas Benjamin menyebelahi dirinya.
"All the bright place." Balas Jass menyatakan movie yang ingin ditonton. Benjamin kerut dahi? Kalau dah genre macam tu, ada ke suci murninya?
"Cerita apa tu?" Benjamin ragu dengan pilihan Jass.
"Maksud kau?...kau nak tengok cerita teen movies ke? Nak tengok romance teen movies, yang comel-comel macam tu?" Sambung Benjamin kembali. Jass angguk kepala tanda mengiyakan.
Pak!
"Lahh, cakaplah macam tu bangang." Kali ini Benjamin yang mengetuk perlahan kepala Jass.
"Mak aku tak ajar pukul perempuan, tapi kalau dah menimbulkan kesalahfahaman mak aku benarkan je." Sambung Benjamin.
"Shit! Kau memang banganglah ahboi." Jass berdiri dari duduknya. Benjamin turut berdiri dan bergerak menjauhi Jass.
"Kau nak pergi mana?!" Jass mengejar langkah Benjamin yang ingin keluar dari bilik itu. Benjamin berlari keluar sekuat hati.
YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomanceON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...