Bab 40

230 15 0
                                    

Benjamin dan Arzen duduk diam di atas sofa sambil menunggu ketibaan Jasmine dan Jass.

Kembar itu memberitahu bahawa mereka akan mengadakan movie night pada malam ini.

"Kau okay tak?" Benjamin membuka kata. Dari tadi Arzen sibuk melihat telefon bimbitnya. Tidak tahu apa yang menarik perhatian lelaki itu sehingga menjadi khusyuk seperti sekarang.

"Hm?" Arzen memaling wajah menghadap Benjamin.

"Kau okay tak?" Ulang Benjamin kembali.

"Okay...kot," Balas Arzen tidak bersemangat. Telefon dibaling ke sisi.

"Kot? Kenapa dengan kot tu?" Benjamin kerut dahi mendengar jawapan Arzen.

"Entahlah. Aku rasa macam, you know when the emptiness hit you. I am in the room with people, tapi aku rasa sunyi." Balas Arzen jujur sambil memandang ke arah Benjamin.

"Jiwa kau dah lama tak makan ni." Balas Benjamin. Arzen kerut dahi.

"Zikir? Zikir? dan istighfar." Sambung Benjamin lagi. Arzen menjeling tajam. Dia nak perli lah tu.

"Eh, aku tak perli. Dah berapa lama bibir kau tu tak basah dengan zikir?"

"Kau tahu apa? Kau duduk dalam badan aku ke? Dasar monyet." Potong Arzen laju. Benjamin ketawa suka mendengar panggilan itu. Dah lama tak kena panggil dengan panggilan manja.

"Kau ada masalah dengan Jasmine ke?" Tiba-tiba Benjamin menyentuh hal itu. Tangan memeluk bantal sofa yang empuk.

"Apa maksud kau?" Arzen naikkan sebelah kening.

"You know what I mean. Is it hard for you? Susah ke nak galas tanggungjawab sebagai suami?" Soal Benjamin ingin tahu. Maklumlah, mereka baru ada masa untuk bersua muka, bercerita empat mata. Kebelakangan ini asyik sibuk dengan kerja.

Ini bukan projek megah holding yang sentiasa sibuk dengan projek juta-juta. Mereka sibuk kerana sedang menyiapkan tugasan pameran bagi syarikat perabot milik Tuan Adrian.

"Nanti kalau kau dah kahwin, kau tahu lah rasa dia macam mana. For me, tak boleh nak cakap semua smoothly. Ada juga rintangan yang aku kena hadap buat sebulan ni. Tapi tak teruk manalah. With communication, comprehension  and patience, In shaa Allah semuanya akan baik-baik sahaja." Balas Arzen panjang lebar meluahkan rasa.

"Wow! impresive. Adik aku dah matang." Bunyi tepukan tangan kuat kedengaran bersama tawa mengilai.

Arzen membuat muka malas. Malas nak layan dia ni.

"Dah lah tu." Arzen rimas mendengar tawaan dari Benjamin. Jelas bunyi itu kedengaran mengejek.

'Aku harap, nanti kau dah kahwin, perangai bini kau memeningkan. Biar kepala tu pening terus.' Getus Arzen di dalam hati.

"Okay, okay, sorry hahahaha."

"Rintangan? Apa rintangan yang kau hadap tu? Asal rintangan pulak? Rinkaki tak ada ke?" Empat soalan dalam satu masa. Sah, lelaki ni dah gila.

"Sebelum aku jadikan otak kau cebisan, baik kau duduk diam. Kau nak aku siat badan kau dan beri makan pada Lucy ke?" Serius sahaja wajah Arzen berkata. Tanda dia tidak bermain.

"Alamak, tahu lah handsome. Tak payah lah nak serius sangat. Dah tak macho tu..." Seloroh Benjamin. Arzen menjeling tajam.

"Ya lah. Serious ni. Apa cabaran yang kau dah lalui selama sebulan bergelar suami orang?" Masih ingin bertanya soalan itu. Arzen memandang tidak percaya.

What the heck? Dia ni part time mstar ke?

Okane kasegu watashi wa suta...
suta, suta, suta.

"A lot actually. Benda yang aku tak sangka pun dah berlaku." Tiba-tiba otak mengulang tayang kejadian di mana malam itu Jasmine menceritakan tentang bagaimana dia mendapatkan tattoo di perutnya. Tersemat dengan elok.

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now