Benjamin ligat memikirkan sesuatu. Pandangan terhala pada komputer riba kerjanya, tapi otak menerawang jauh. Seolah sedang mencantumkan sebuah teka teki untuk mendapatkan jawapan.
Dia dan Jass sudah pulang ke Malaysia sejak semalam. Arzen dan Jasmine pula masih ingin melanjutkan percutian mereka berdua.
"Kau tahu tak yang dia tak percayakan cinta? She told me that, dia tak percaya tentang kewujudan cinta apatah lagi sebuah hubungan yang menuju ke arah perkahwinan."
"Let's say, kalau saya cakap saya kahwin dengan Arzen sebab nak sorok sesuatu. Apa pendapat awak?"
"Sebab nak..."
Selamatkan diri.
Walaupun Jasmine mengumam perlahan tanpa suara, dia tahu dan yakin bahawa Jasmine menyebut ayat itu. Benjamin sempat membaca pergerakan mulut Jasmine.
"It is red and long. Suspek merupakan seorang perempuan. I am pretty sure."
"Ada kesan darah pada kuku tu. Aku jumpa berdekatan dengan mayat si mati."
"Kau tak akan percayakan benda ni. Aku terkejut."
Persoalan di fikirannya semakin menjauh dan sukar. Benjamin mengeluh berat.
"Awak berdua ni siapa? Kalau dengan masuk campur tadi boleh buat awak berdua terbabit dalam kes ni, saya akan rasa sangat bersalah untuk hal itu."
Benjamin mencicip air kopinya dengan rakus. Panas seluruh badan dirasakan saat ini. Cawan dipegang dengan tangan yang sedikit menggeletar.
"Opps!" Nasib baik tidak tertumpah kopi ditangannya. Akibat terlalu banyak yang difikirkan sehingga dirinya menjadi tidak tentu hala.
"Dari dulu aku ada bad feeling. Tapi aku tak tahu sebab apa. It's like there is something wrong. Very wrong." Gumam Benjamin perlahan.
Telefon di sisi laptopnya dicapai sebelum nombor seseorang di dail dengan cepat.
"Hello, Inspektor Aiman?" Sapa Benjamin terlebih dahulu.
"Hello my good friend. Mimpi apa ni call aku malam-malam buta? Nasib baik aku dah tidurkan anak, bolehlah bergayut dengan kau." Balas suara di sebalik panggilan. Lelaki yang bernama Aiman.
"Ah, macam tu lah kawan, dah lama tak tanya khabar. Kau tak tahu aku entah hidup ke atau dah mati. Anak tu boleh buat baru. Kawan macam aku ni satu dalam sejuta." Balas Benjamin kembali.
"Diam lah. Bini aku ada dekat sebelah ni, aku buka loud speaker. Jangan memandai suruh buat baru." Balas Aiman.
"Ya ke? Hi, bell. How are you?" Benjamin menyapa isteri kepada sahabat baiknya.
"Hi, I am good Asher. You pula apa khabar? Dah ada calon isteri ke?" Balas Bell bersama tawaan kecil.
"Sebab ni lah I jarang call you guys. Asyik tanya benda sama je. I naik muak dah. Chill, I am still 30. Muda lagi kot." Balas Benjamin menyampah.
"Dah, stop it ya both of you. Ada apa kau call aku ni?" Potong Aiman laju. Kalau tak leraikan perbualan, sampai tahun depan mereka berbual.
"Hahahaha, aku nak minta tolong sesuatu, Man." Balas Benjamin jujur.
"Apa dia?"
"Aku nak minta tolong carikan biodata seseorang. I mean, segala-galanya tentang dia." Benjamin mula serius.
"Okay. Seems intimidating. Siapa dia?" Soal Aiman.
"Isteri Arzen." Balas Benjamin laju.
***
YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomanceON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...