Bab 52

71 3 0
                                    

"Assalamualaikum and hi, 12 Disember 2018, temujanji yang ketujuh belas in...where are we sayang?" Arzen memandang Jasmine disebelahnya.

"Port Dickson." Balas Jasmine malas.

"Yeah, we're in Port Dickson today. Hari ini kami akan menghabiskan masa dekat sini, nak berkelah..." Arzen merakam aksi mereka berdua.

"I love the beach, it calms me down." Gumam Jasmine perlahan sebelum...

"Panasnya! Macam ni ke perasaan kambing golek?" Arzen ketawa mendengar rungutan Jasmine.

"Sayang ni, Hahahahaha." Kamera tadi dihalakan pada Jasmine.

"Kenapa awak gelak? Lucu ke?" Soal Jasmine yang sedang memerah. Mula-mula merah, tak lama lagi jadi terbakar lah tu.

"Sebab sayang ni lawak sangat." Balas Arzen.

"Awak tu yang lawak, dan annoying." Balas Jasmine sambil menjeling Arzen dari dalam kaca matanya.

"Kalau nak sembuh, awak kena tengok dunia luar. Tak boleh lah asyik berkurung dalam bilik, dalam rumah, dalam pejabat tu." Balas Arzen. Kamera masih setia merakam aksi mereka.

"Tapi tak perlu nak ke pantai tengah hari buta macam ni! Panas tahu tak?" Soal Jasmine berang.

Arzen hanya ketawa. Tak tahu ada apa di dalam otaknya, hari ini dia ingin berkelah di pantai.

"Tak ada lah panas sangat, sayang. Baru 33 darjah °C ni." Ucap Arzen sambil mengangkat semua barangan mereka.

"33 panas sangat dah tu!" Ucap Jasmine sambil membetulkan beg tangannya yang senget.

"Alah, chill lah bro. Neraka lagi panas." Balas Arzen bersahaja.

"Tahu lah awak tu datang dari neraka." Bidas Jasmine.

"Sayang, tak baik cakap macam tu dekat suami. Nanti sayang yang kena bakar dekat neraka." Ucap Arzen menakut-nakutkan isterinya.

"Tak ada lah. Saya gurau je tu. Macam berat sangat barang ni, nak saya tolong angkat tak?" Jasmine memegang erat bahu Arzen.

"Tak apa, sayang. You just need to look pretty and hot. Semua barang ni biar saya yang bawa." Balas Arzen. Ada beg sangkut di belakang badan. Beberapa plastik beg dan tikar tersemat elok di bawah ketiak.

Jasmine memerhati suaminya. Tak lama berbirat juga badan suami aku ni.

"Kita berteduh bawah pokok tu." Arzen mengangkat jari telunjuknya ke arah sebuah pokok kelapa yang tinggi lampai.

Setelah tiba di bawah pokok itu, dengan cepat Arzen meletakkan semua barangan ke bawah dan membentangkan tikar yang dibawah mereka. Dua buah kusyen diletakkan di atas tikar mereka. Kamera pula diset up baik-baik di hadapan mereka.

"Saya nak kena buat apa ni?" Jasmine berkira-kira untuk menolong.

"Eh tak apa, tak apa! Sayang duduk dekat tepi tu, biar saya yang uruskan semua." Tolak Arzen dengan cepat.

"Saya tolong lah, biar cepat sikit." Jasmine memegang sebuah plastik.

"No sayang!" Arzen memegang tangan Jasmine erat, cuba menghalang isterinya dari membantu menyiapkan.

"Saya kata duduk dekat tepi tu." Arzen menolak tubuh isterinya ke tepi dengan perlahan.

"Just watch me. Don't do anything." Pesan Arzen tegas. Setelah itu, Arzen kembali melakukan kerjanya menyusun makanan dan membersihkan kawasan sekeliling mereka.

Jasmine duduk mencangkung sambil menghala je arah Arzen yang tekun membuat kerjanya.

Handsome!

"Sayang! tertinggal sesuatu lah!" Arzen mendekati Jasmine yang sedang duduk.

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now