Bab 38

164 9 0
                                    

Arzen membuka pintu kedai yang kelihatan aesthetic itu.

Masuk sahaja ke dalam, mata Jasmine melilau melihat kawasan di dalam kedai.

The Pottery Love.

Jasmine membaca papan tanda besar.

Pottery atau tembikar. Tembikar ialah proses dan hasil membentuk bejana dan objek lain dengan tanah liat dan bahan seramik lain.

Badan dipusing untuk menghadap Arzen di belakangnya.

Klik!

Arzen menangkap gambarnya tanpa pengetahuan.

"Arzen..." Jasmine memukul lengan Arzen perlahan.

"Jom, kita buat pasu." Arzen menarik tangan Jasmine untuk bergerak ke sebuah meja yang bersaiz sederhana besar.

Di dalam kedai itu tak ada lah ramai sangat manusia, ada lebih kurang dalam 4 pasangan sahaja.

Tempat macam ni tak sesuai pergi seorang, nanti hati menjadi pedih bila tengok pasangan lain.

Hiasan di dalam kedai berkonsepkan model dan tradisonal. Ada banyak rekaan yang disajikan. Ada rekaan yang dipamer untuk jualan, ada juga rekaan yang ditayang sebagai contoh bagi pelanggan yang datang.

"Awak tahu ke nak buat benda ni?" Jasmine duduk di atas kerusi.

"No. Tapi kita boleh belajar." Arzen sedang menyediakan kamera buat rakaman.

Butang on pada kamera ditekan.

"Assalamualaikum and hi, 29 July 2018, temujanji yang kedua in The Pottery Love shop. Hari ini kami akan menghabiskan masa dekat sini,"

"Nak buat apa? Tengok je lah video ni nanti," Jasmine tergelak kecil melihat telatah Arzen.

"Calia...say hi to the camera." Kamera dihala pada Jasmine.

"Hi, Arzen Calix Xie bawa saya datang sini, tapi dia tak tahu apa-apa pun tentang pottery." Bebel Jasmine. Arzen ketawa mendengar namanya yang disebut Jasmine.

"Hanya mummy yang boleh panggil nama panjang macam tu." Arzen menjuih bibir ke hadapan.

"Awak panggil saya sayang, baby ke, or kalau susah sangat panggil saya love." Gurau Arzen. Jasmine membuat muka jelik.

"Tak apa lah, awak memang tak sayang saya pun." Sambung Arzen.

"Duduklah, kamera tu biar je dekat tepi." Jasmine menukar topik dan mengarah. Arzen diam sambil meletakkan kamera di hadapan mereka.

Dua orang pekerja datang untuk memberikan mereka bahan yang diperlukan. Seorang pekerja itu tersenyum-senyum pada Arzen. Arzen tersenyum nipis sebagai balasan.

"Ni bahan yang Encik perlukan," Dengan lemah lembut dia berkata sambil melemparkan senyuman nipis. Jasmine di sebelah diabaikan bagai tak wujud di dalam ruangan itu.

"Suami, mata saya masuk habuk..." Jasmine menghala wajah di hadapan Arzen. Sebelah mata tertutup rapat.

"Tolong tiup..." Rengek Jasmine manja sambil merangkul tangan tegap milik Arzen. Arzen ketawa macho. Oh, dia perasan rupanya.

"Thank you." Ucap Arzen pada dua orang pekerja tersebut.

Dua orang gadis itu melemparkan senyuman sebelum berlalu pergi dari situ.

"Come sayang, nak tiup dekat mana ni? Nak sekali pakej dengan vertical-cpr ke?" Nakal Arzen menyoal.

"Tak payah nak gatal sangat boleh tak? Awak senyum lagi dekat diorang, saya cabut semua gigi awak tu. Biar jadi macam atok-atok lepas ni." Garang Jasmine bersuara membuatkan Arzen ketawa kuat.

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now