Bab 34

354 10 0
                                    

Arzen sedang berdiri di hadapan pintu utama.

Awan yang ditunjuk oleh semesta adalah berwarna kelabu yang kusam, serta merta mewujudkan suasana mendung dan suram.

Suram, sama seperti hatinya sekarang. Baru beberapa minit selepas pemergian Jass dan Benjamin. Dia merasakan suram kini.

"Congratulations on your wedding, Zen," Mereka berdua sedang berdiri santai di halaman rumah.

"Jadi suami yang baik untuk isteri kau." Sambung Benjamin. Arzen pantas memeluk lelaki itu dengan erat.

"Tak perlu nak sedih-sedih eh. Nanti aku ternangis dekat sini." Benjamin ketawa suka.

"Kau betul ke nak keluar dari rumah ni? tak perlu lah, Ben. Just stays with us. Kalau kau tak nak kitorang dekat sini, aku cari rumah baru untuk Jas. You'll stay here, kau..."

"Eh, dah stop," Potong Benjamin laju.

"Bukannya aku pindah terus merempat, aku pindah ke apartment semula."

Arzen sebolehnya tak nak Benjamin keluar dari rumah mereka. Dia tak nak rumah itu sunyi tanpa kehadiran Benjamin.

Benjamin pula buat keputusan untuk kembali ke apartment yang pernah dibelinya suatu ketika dulu. Dia tak selesa untuk duduk bersama mereka. Pasti dengan kehadirannya, privasi mereka suami isteri akan terganggu.

"Kau dah fikir masak-masak ke ni?" Soal Arzen meminta kepastian.

"Ya, kau ni tak perlu nak berdrama sangatlah. Bukannya kita tak boleh berjumpa langsung. Aku ni dah nak naik muak tengok muka kau. Dekat office pandang muka kau, dekat rumah pun sama. Kali ni, biarlah aku cari ketenangan pula." Seloroh Benjamin panjang lebar.

"Aku bukan apa, rumah ni terlalu banyak kenangan kita berdua. Takkan kau nak pergi macam tu je?"

"Tahu. Aku pun sayangkan rumah ni macam rumah aku." Balas Benjamin.

"Ni rumah kau juga." Arzen memperbetulkan pernyataan Benjamin.

Benjamin angguk kepalanya. Senyuman ikhlas diberikan pada Arzen.

"Terima kasih. Izinkan aku pergi, ya?"

"Tapi kau kena janji, kau kena datang rumah kita selalu. Lepak dekat sini." Ucap Arzen.

"Ya, kalau boleh tiap hari aku datang rumah ni. Biar kau halau aku sendiri." Balas Benjamin.

"Arzen..."

Terhenti segala lamunan Arzen apabila mendengar namanya diseru Jasmine.

"Kita nak makan apa for dinner?" Soal Jasmine.

"Awak nak makan apa?" Soalan dibalas soalan.

"Tak tahu." Balas Jasmine ringkas. Arzen berfikir sejenak.

"Okay, just leave it to me." Arzen menarik tangan Jasmine perlahan agar turut bergerak sama.

"Awak berehat. Saya yang akan masak untuk malam ni."

"Western or malay cooks?" Sambung Arzen.

"Westlay?"

Arzen tergelak besar. Tergelak dengan jawapan selamba itu.

"Weslay, eh? Hahahahha." Arzen menampar-nampar sofa. Jasmine diam menunggu Arzen menyudahkan gelaknya.

"Sorry...be specific, nak makan apa?" Soal Arzen lembut. Dia serta merta berhenti ketawa setelah melihat mimik muka Jasmine.

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now