Bab 19

122 9 0
                                    

Suvarnabhumi Airport, Thailand.

Perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam 15 minit itu membuatkan mereka berdua keletihan.

"Jade, dah landing. Bangun." Jass menolak-nolak badan Jasmine yang elok tertidur di sebelahnya.

Jasmine masih dibuai mimpi. Tidak ada tanda-tanda gadis itu akan bangun dari tidurnya.

"Jade..." Jass menepuk-nepuk pipi putih Jasmine dengan perlahan untuk membangunkan gadis itu dari lenanya.

Jasmine membuka matanya perlahan-lahan. Pandangan terhala pada dinding pesawat. Mata dikesat perlahan sebelum pandangan diliarkan ke arah manusia-manusia yang sedang berpusu-pusu ingin keluar dari pesawat itu.

"Jade..." Jass menyedarkan Jasmine yang masih mamai.

"Hmm?" Jasmine memandang Jass di sebelahnya. Hampir terlupa dengan kewujudan gadis itu.

"Where are we?..." Jasmine menyoal bersama nada seraknya.

"We...arrived in Thailand!!" Teriak Jass kuat dengan teruja. Beberapa mata-mata spontan melihat ke arah mereka. Ada juga yang terperanjat dengan teriakan gadis itu.

"Ketot," (khǎaw-thôot)/Sorry. Ucap Jass sambil menaikkan tangannya meminta maaf. Perkataan maaf itu disebut mengikut cita rasanya sahaja. Tetap pasang muka yakin walaupun sebutan salah.

"Jom keluar." Ajak Jass saat manusia di dalam saat berkurangan. Mereka berdua berdiri.

"Jass, cepat sikit!" Arah Jass kepada Jasmine dibelakangnya. Dia teruja untuk menjejakkan kaki di Negara itu.

"Ko bun kap." (Khob Khun Kha)/ Thank you. Ucap Jass kepada pramugari itu bersama senyuman manis. Pramugari cantik itu mengembalikan senyuman yang diberikan.

"Terima kasih." Ucap Pramugari itu bersama senyuman manis. Jass tersengih. Orang Malaysia rupanya.

"Huhuhu," Ucap Jass setelah kakinya memijak bumi Thailand itu. Lega kerana mereka tiba di tempat itu dengan selamat.

"Kita nak pergi mana ni?" Soal Jasmine perlahan, angkara perbuatan gila kembarnya mereka kini telah mendarat di negara lain. Sekarang mereka kena memikirkan di mana mereka akan menginap malam ini.

"Kita cari hotel yang terdekat. Ke kau nak pergi tempat lain?" Sambil menghayun langkah, Jass memandang Jasmine di sebelahnya.

"Aku nak yang terdekat dan terpantas. Nak rehat, dah 2 hari aku tak tidur." Balas Jasmine jujur. Otaknya ingin rehat yang mendalam.

Jass mengangguk kepala tanda faham.

Mereka tiba di hadapan lobi lapangan terbang itu. Berebut-rebut perkhidmatan teksi memanggil mereka untuk menggunakan perkhidmatan.

"Can you send us to the nearest hotel?" Pinta Jass kepada salah seorang pemandu teksi di tempat itu.

Terkebil-kebil lelaki yang berumur dalam lingkungan separuh abad itu mendengar permintaan dari salah seorang kembar yang berdiri elok di hadapannya.

Jass menggaru kepalanya. Tengok dari gaya, dah tahu lelaki itu dalam kebingungan. Tak faham mungkin dengan bahasa yang digunakan Jass.

"Ho...tel.." Jass membuat gaya ingin tidur. Kedua tangan diletakkan ke pipi, kepala diteleng ke sisi, mata pula ditutup. Membuat demostrasi seperti sedang tidur.

Pemandu itu mengangguk kepalanya beberapa kali tanda faham.

Jasmine di belakang Jass tersengih kecil. Sebelah bibir naik menyungging sengihan.

"Jade, mari masuk." Jass membuka pintu kereta seluasnya. Pemandu itu bersetuju untuk menghantar mereka ke tempat penginapan yang terdekat.

Mereka berdua melabuhkan punggung di atas kerusi kereta.

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now