Bab 7

220 11 0
                                    

Setelah mengikut Arzen dan seisi keluarga makan malam bersama, Jasmine meminta izin untuk mengambil angin segar di luar rumah.

Cuaca yang sedikit kedinginan itu membuatkan badan langsing Jasmine sedikit menggeletar.

Jasmine menggosok lengannya beberapa kali. Bulan yang mengembang diperhati lama. Senyuman palsu ditayang. Keluhan pula tidak henti dilepaskan.

Pagi tadi dia disyaki, pada belah petang pula dia duduk bersama Arzen dan seisi keluarganya. Dan kini, dia sedang bermalam di rumah keluarga Arzen.

If feels like in the blink of an eye, her life changed. In a split second her life direction turn into a different route.

Malam ini dia akan menginap di rumah keluarga Arzen atas permintaan Puan Arina.

Berkali-kali Jasmine cuba untuk menolak pelawaan wanita itu. Tapi dia tetap kalah dengan pujukan Puan Arina yang menenangkan. Kerana itu, Jasmine memutuskan untuk bermalam di situ sahaja.

Bunyi derapan kaki kedengaran datang mendekat ke arah Jasmine. Jasmine masih tidak perasan dengan kehadiran seseorang yang sedang menghampirinya.

"The moon is beautiful, isn't it?" Arzen turut melihat ke arah bulan yang ditatap penuh minat oleh Jasmine.

Mendengarkan itu, Jasmine memalingkan kepalanya ke sisi di mana Arzen sedang berdiri tepat. Jantungnya berdegup kencang.

Arzen berpaling melihat Jasmine yang sedang merenungnya dengan riak yang resah. Kening dikerut perlahan.

"Eh tak, maksud saya bulan tu cantik kan? Tak ada maksud tersirat yang lain." Laju Arzen berbicara, membetulkan niatnya yang menegur bulan itu. Takut disalah erti.

"Tahu ke maksud the moon is beautiful, isn't it tu?" Soal Arzen.

"Tahu." Balas Jasmine sepatah. Dia suka membaca syair dari orang Jepun. Romantik dan comel.

"You have no idea how happy you are going to become. Lepaskan segala benda yang membuatkan awak sakit." Kata Arzen tiba-tiba.

Jasmine hanya mendiamkan dirinya. Dia memandang Arzen sepintas lalu sebelum menunduk kepala menghadap bawah.

"Stop pressing rewind on things which should be deleted from your life." Sambung Arzen kembali penuh makna. Dia memandang sekilas Jasmine disebelahnya sebelum dia memandang bulan itu kembali.

"Apa maksud awak?" Tanya Jasmine tidak faham. Tiba-tiba sahaja lelaki itu melontarkan kata-kata sebegitu.

"Saya cuma nak awak bahagia, Jasmine. As a friend, saya nak awak bahagia selalu. Menangis boleh, tapi jangan terlalu fikirkan dan meratapi semua hal yang telah terjadi. Semua tu kehendak Tuhan dan diluar bidang kuasa kita." Ucap Arzen memberi nasihat.

"Saya cuma teringat dekat mama." Balas Jasmine jujur.

"I was quite upset because it didn't go the way I wanted at one point in life, but because of that particular reason, I found better opportunities elsewhere. Sometimes benda yang kita tak dapat, benda yang Allah ambil is also a way towards something better."

Jasmine pandang Arzen dengan penuh minat.

"Sebagai contoh, Allah ambil mama awak dan gantikan saya, walaupun saya lambat datang dalam hidup awak." Arzen mengenyit sebelah matanya. Jasmine membuat muka jelik. Nasihat awal tu dah cantik tapi akhirnya ditutup dengan gurauan. Jasmine ketawa kecil.

"Agak-agaklah, tak ada maknanya." Balas Jasmine. Arzen turut ketawa kecil.

"Forget it. By the way, kita tak sempat nak declare jadi kawan kan? Awak sudi tak nak jadi kawan perempuan saya?" Kata Arzen lembut.

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now