Bab 14

164 10 0
                                    

Benjamin membelok masuk ke dalam bengkel The Automative Cars.

"Itu bukan ke budak perempuan yang gangster tu?" Benjamin menunjuk ke arah seorang gadis yang sedang berjalan laju ke tempat parkir motosikal.

"Dia keluar dari pintu tu kan? What she's doing here?" Benjamin mulai curiga. Apa yang dilakukan gadis itu di bengkel kereta? Bagaimana jika gadis itu ialah Jasmine?

"Motor dia pun rosak kan? Maybe dia nak baiki lah tu." Arzen berfikiran positif.

Benjamin mengangkat bahunya. Betul lah kot. Kereta diberhentikan di hadapan pintu utama bengkel kereta.

"Selamat datang, Encik. Ada apa-apa yang kami boleh bantu?" Seorang pekerja lelaki datang ke arah mereka. Benjamin mematikan enjin kereta sebelum dia keluar dari kereta yang dinaiki mereka.

"Tolong baiki segala kerosakan pada kereta ni." Benjamin menunjuk ke arah belakang kereta yang terdapat remukan besar.

Arzen di belakang diam memerhati seseorang yang sangat dkenalinya. Perlahan-lahan langkah dihayun menuju ke arah orang itu.

Setelah berbicara bersama pekerja tersebut, Benjamin mengekori langkah Arzen.

"Ehem." Kedengaran deheman seseorang. Jasmine yang membelakang tersenyum kecil. Bunyi dehem pun dah handsome.

Jasmine berpaling ke belakang untuk melihat gerangan itu.

"Hello sweetheart." Lembut suara Arzen menyapa. Jasmine hanya beriak serius.

Benjamin menepuk dahinya perlahan. Adoilah, siapa yang ajar kau jadi sweet ni, Arzen?

Benjamin di belakang diliriknya. Kepala ditoleh ke sisi.

"Hai, Awak." Jasmine bergerak ke arah Benjamin yang berdiri tegak di belakang Arzen. Tangan didepakan minta dipeluk. Arzen di hadapannya tidak di hiraukan.

"Awak nak buat apa tu?" Arzen menolak dahi Jasmine menggunakan tangan kekarnya. Jasmine tersentak. Langkahnya terhenti. Kepala terdongak sedikit ke atas.

"Huwaaa, lepaskan tangan awak. Saya pakai full makeup hari ni." Rengek Jasmine. Jasmine menolak tangan Arzen yang sedang menahan dahinya dengan kuat.

Tapi masih tidak dilepaskan oleh lelaki itu.

Beberapa pekerja yang ada ketika itu sibuk memerhati majikannya di buli. Jarang sekali mereka mendengar suara gadis itu, tetapi hari ini, mereka menyaksikan sesuatu yang luar biasa.

Arzen melepaskan tangannya yang memegang dahi Jasmine. Jasmine memandang lelaki itu dengan geram.

"Awak jangan mimipi nak peluk dia. Awak tu perempuan, dia tu lelaki. Awak tak takut ke kalau dia apa-apakan awak?"

Benjamin di belakang bergerak dan menghentikan langkah di sisi Arzen. Takut buat apa? Belum sempat nak buat apa-apa, Arzen dah warning awal-awal. Benjamin tersenyum kecil.

"Saya gurau je lah." Jasmine bersuara perlahan.

"Good. Awak kawan saya, bukan kawan dia. Jadi, awak kena dengar cakap saya." Arzen mencekak pinggangnya. Seperti memarahi seorang anak sahaja lagaknya.

"Awak buat apa datang sini?" Jasmine menukar topik.

"Nak karaoke, awak ada mikrofon tak?" Seloroh Arzen.

Jasmine menjeling manja lelaki itu.

"Nak baiki kereta yang rosak." Balas Benjamin di belakang. Dia memandang Jasmine lama.

Jasmine turut membalas pandangan itu. Tapi, pandangan itu seperti sesuatu. Seperti ingin meluahkan sesuatu.

Arzen memandang Benjamin dan Jasmine silih ganti. Ni dah kenapa nak lawan eye contact ni?

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now