Majlis mereka yang diadakan pagi tadi berjalan seiringan dengan semua rancangan. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.
Jasmine naik ke tingkat atas kerana kantuk yang datang tidak dapat dihindari. Ubat yang di makan pagi tadi juga memberi kesan kantuk padanya. Arzen dan yang lain dibiarkan di tingkat bawah.
Keluhan kasar terbit di bibir. Dalam sekelip mata sahaja dia telah bertukar status. Bukan kehendak dan kemahuannya. Ia adalah paksaan.
Selain dari itu , salah satu sebab mengapa dia bersetuju dengan perkhawinan itu kerana perkhawinan itu dianggap sebagai perisai bagi melindunginya dari segala bahaya.
Pintu bilik dipulas.
Jasmine menghempas badan ke atas katil queen yang empuk itu. Dia sekarang berada di dalam bilik tetamu yang pernah menempatkan dirinya suatu ketika dahulu.
Ruangan itu diimbas kembali. Tidak ada yang berubah. Tangan mencapai Iphone yang diletakkan pada meja kecil di sisinya tadi.
Galeri dibuka dan gambar Mama dicari sehingga jumpa. Wajah itu ditiliik buat sekian kalinya.
"Mama, I am someone's wife now. The little girl you used to protect is someone's wife now. Jas takut perkahwinan ini adalah sebuah malang untuk kami berdua..."
"Especially him. Jas tak nak dia pergi bila tahu kekurangan Jas, I don't love him, mama... tapi Jas tak nak dia menjadi mangsa bagi sumpahan ini..."
Jasmine meramas kedua tangannya. Arzen sedang merenungnya tanpa henti.
"Tak terlambat untuk batalkan segalanya. Dua minggu baki masa yang tersisa. Saya dah buat keputusan. Saya tak nak pernikahan ini berlangsung." Jasmine tidak bermain dengan kata-katanya. Mata Arzen ditikam sedalam-dalamnya.
Sebelum meninggalkan rumah keluarga Arzen, dia meminta izin untuk bertemu mata dengan lelaki itu. Ada perkara penting untuk dibincangkan.
Dua hari dia dan Jass menumpang di rumah mereka selepas pulang dari rumah Tokma dan Tokpa. Ikutkan hati, Jasmine ingin sahaja lari dari rumah itu. Tapi Arzen dan keluarganya sentiasa mengawal gerak geri dirinya.
"But why?" Soal Arzen hairan. Tak akan kerana Jasmine termakan dengan kata-kata Datuk dan Datin itu? No! Dia tidak akan benarkan perkara itu berlaku.
"Saya banyak kekurangan. Tolonglah faham, bersama dengan saya akan membuatkan awak tak bahagia." Jelas Jasmine sambil matanya mengendur. Suara sebaik mungkin cuba untuk memujuk Arzen.
"He came all this way to save her and then he got saved,"
"And he is me. Berapa kali saya kena tegaskan yang saya tak akan lepaskan awak. Awak adalah penyebab untuk saya teruskan hidup yang penuh cabaran ini. Saya nak menuju ke sebuah kebahagiaan yang telah lama saya imipikan. And I don't want to do it alone. I want to have it done with you." Jelas Arzen panjang lebar.
"Kekurangan? Oh god, Nobody's perfect. Saya? Kalau awak buka kain saya, awak akan nampak betapa banyaknya kekurangan dan keburukan saya." Sambung Arzen lagi.
Jasmine membiarkan air mata berlinang jatuh ke wajah. Dia berpaling ke sisi sambil melihat ke arah gambar di telefonnya.
Gambar dia dan Mama sewaktu Jasmine masih berusia 4 tahun. When things go hard, the only best way to escape it, is to sleep. Kalau banyak masalah, penat, kesal dan marah. Lempiaskan dengan tidur.
YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomanceON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...