Bab 25

134 9 0
                                    

Misi mencari hotel masih berjalan. Setelah menunaikan ibadah di masjid berdekatan, mereka kembali berjalan kaki.

"Zen, aku laparlah. Jom cari kedai makan dulu." Kata Benjamin sambil bermain telefon bimbitnya. Seperti selalu, dia membuka laman web safari untuk mencari senarai restoran halal berdekatan mereka.

Mereka berempat membelok ke kiri. Jalan ke laluan kosong dan terpecil sehinggalah terhenti di hadapan deretan bangunan yang berlampu.

Meriah dan bising.

Arzen terkedu. Jalan mati ni.

Benjamin mula seram sejuk.

Jasmine dan Jass yang berjalan di belakang mereka turut berhenti dari melangkah sebelum masing-masing meliarkan mata memandang ke arah sekeliling.

"Kau rasa tak apa yang aku rasa ni?"

"Bukan setakat rasa, sekarang kita semua dah terjebak"

Arzen ingin berpaling ke belakang.

Dengan tiba-tiba...

"Zen!" Benjamin menarik tangan sahabatnya. Hampir sahaja badan lelaki itu berlaga dengan seorang perempuan.

"Tak nak!" Arzen menutup matanya dengan rapat sambil memeluk Benjamin. Dia membuat muka seperti ingin menangis.

Jasmine senyum nipis manakala Jass terbahak-bahak ketawa.

Benjamin pula mulai runsing. Kalau dah termasuk ke dalam kawasan ni, nak kena buat apa?

Jasmine memerhati setiap kedai di kawasan itu.

Mereka sekarang berada di The Walking Street.

Pattaya nightlife!

Ya, sekarang mereka tersekat di deretan kelab-kelab malam dan restoran yang pelik, dan ada juga pertunjukan musik secara live.

"Amin, jalan ke hadapan terus!" Kuat suara Jass melawan bunyi bising di tempat itu.

"Tak boleh! Mereka sekat kita!" Balas Benjamin dengan nada yang sama.

"Jalan terus! Dekat area tu ada restoren berdekatan." Jass menunjuk ke arah hujung jalan.

Ben melangkah.

"Ben! jangan tinggalkan aku! Aku tak nak hilang kesucian oleh mereka!" Ben berjalan sambil menutup mata Arzen. Arzen pula hanya mengikuti setiap langkah Benjamin.

"Ya Allah, aku baru buat penyucian jiwa, kenapa kau uji aku sehingga begini?" Kata Arzen dengan pasrah.

Jasmine mula seram sejuk. Keadaan malam di tempat ini sungguh berbeza berbanding keadaan malam di US. Jasmine pantas kalih pandangan saat melihat seorang gadis melakukan aksi tidak senonoh. Kaki berjalan dengan cepat.

"Awak..." Jasmine berjalan ke sisi Arzen.

Arzen mengalihkan tangan Benjamin yang setia menutup matanya. Pandangan dihala pada Jasmine yang kini berdiri di sisinya. Tepat pada wajah itu.

Kalau terkalih ke arah lain, pasti matanya akan menjadi asbab Malaikat Atid tak menang tangan mencatat.

"Hmm?" Arzen menggumam.

"Saya takut." Jasmine menggengam kedua tangannya. Dia rasa ada sesuatu yang tak betul.

Jass yang berjalan di sisi Jasmine, memeluk bahu gadis itu dengan kuat.

"Don't worry, Jas. Tak ada apa yang awak perlu takutkan. Kita dah nak sampai ke penghujung." Balas Arzen. Melihat wajah yang gusar itu membuatkan hatinya ingin sahaja memeluk gadis itu dengan erat.

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now