Bab 21

141 10 0
                                    

Benjamin berdiri sambil mencekak pinggangnya. Dia melihat ke kanan dan kiri tempat yang sedang dijejaki mereka.

Stesen kereta api.

"Apa yang kita nak buat dekat sini ni?" Benjamin mengeluh kuat. Dah sewa kereta untuk perjalanan mereka, alih-alih lelaki itu biarkan kereta terparkir di bawah.

"Kita nak pergi Pattaya." Arzen melihat papan tanda perjalanan itu. Benjamin yang mendengar mula tercengang.

"Dah elok dekat sini, buat apa nak pergi Pattaya pulak?" Tolak Benjamin.

"Drive tak boleh ke?" Sambungnya kembali.

"Ingat, misi kita datang sini nak pergi berjumpa dengan cinta hati Arzen. So, kau duduk diam-diam, tak perlu nak membantah." Arzen merangkul leher Benjamin dengan erat.

"Pergi je lah tempat dia, jumpa terus! Tak perlu kita nak buat macam ni!" Benjamin mula bengang.

"Tak perlu pergi tempat dia. Takdir akan membawa kami berdua bersama sehingga ke pelaminan terus." Arzen mengangkat keningnya.

"Apa-apa je lah, Arzen. Tapi kau kena ingat, jika Tuhan berkehendak yang kau dengan dia tak akan bersama, sila terima hakikat dengan hati yang terbuka, okay?" Balas Benjamin serius.

"Tak ada, tak ada. Takdir boleh diubah melalui doa. Dan aku akan sentiasa berdoa yang kami berdua akan disatukan juga satu hari nanti, In Shaa Allah." Arzen senyum lebar.

Benjamin menjeling lelaki itu. Nak balas pun tak guna. Ada sahaja point lelaki itu untuk menjawabnya.

"Ticket dah beli ke?" Benjamin mengubah topik.

"Belum, aku malas nak bersesak dekat situ." Arzen menunjuk ke arah kaunter tiket yang dipenuhi oleh manusia. Benjamin sekali lagi tercengang. Kenapa hari ni ramai sangat?

"Kau ni kan, sehari kalau tak menyusahkan aku memang tak boleh kan? Nak jugak aku pakai otak aku ni." Telefon bimbit yang diletak di belakang seluar ditarik keluar. Benjamin ingin menempah melalui talian. Tak kuasa lah dia nak beratur panjang.

"Nasib baik baju aku ni ada lubang. Kalau tak, memang ketibas ketibus." Arzen mengipas wajahnya yang mula kemerahan.

Benjamin yang sibuk menekan skrin telefonnya mengerutkan dahi. Bahasa apa pula ketibas ketibus tu?

"Apa dia?" Setelah membuat bayaran di dalam talian, dia mengangkat wajahnya untuk melihat Arzen.

"Ketiak basah dan busuk." Balas Arzen perlahan. Benjamin melihat Arzen yang sedang memakai singlet sleeveless putih itu. Ya lah, lelaki itu pakai baju yang tak ada lengan. Nasib baik ketiak tak berkerak.

"Tak perlu nak judge aku. Ketiak aku flawless. Bersih, suci dan murni." Arzen menjeling lelaki itu.

"Tak cakap apa-apa pun." Benjamin membuat muka.

"Kenapa tak landing dekat Pattaya terus. Kau tahu tak, berapa lama perjalanan nak sampai ke tempat tu? It's a freaking 2 hours, Arzen Xie" Benjamin menggosok kepalanya. Pening dengan tingkah Arzen itu.

"Aku rasa bosan dekat Bangkok ni, this time aku nak pergi tempat lain pula." Balas Arzen. Dia berjalan meninggalkan Benjamin yang stress.

"Bercuti dengan dia ni, memang perempuan pun kalah saing. Terlalu complicated. Perfectionist, pemilih, nak sentiasa menang, tak suka campur tangan, dia cuma nak semuanya ready depan mata." Bebel Benjamin panjang lebar. Kaki terus melangkah sambil mulut terkumat kamit mengutuk Arzen.

"Arghhh! lola con tongar chn t taeng tua pralad nai suea choet si kao" (Arghh! kacaknya, aku nak lelaki yang pakai baju putih tu) หล่อเหลาฉันต้องการคนที่แต่งตัวประหลาดในเสื้อเชิ้ตสีขาว. Ucap seorang gadis remaja.

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now