Bab 12

163 12 0
                                    

Arzen termenung di dalam dapur sambil berdiri di hadapan singki. Pili paip digenggam erat. Otak masih ingin memikirkan tentang gadis yang tidak sengaja mereka temui tengah hari tadi.

"Arzen." Panggil Benjamin yang sedang melangkah ke arahnya. Dilihat, sahabatnya itu termenung jauh.

"I have something to show you. Jom ikut aku pergi ruang tamu." Arzen tidak banyak soal. Dia berjalan mengikuti Benjamin di hadapannya.

Mereka berdua mengambil tempat di sofa itu secara berhadapan. Arzen hanya diam melihat longokan kertas-kertas kerja dan laptop yang bertaburan di atas meja.

"Aku nak tunjuk sketch ni dekat kau." Benjamin memberi sebuah kertas lukisan kepada Arzen. Huluran itu disambut dengan laju.

Arzen diam meneliti setiap bentuk-bentuk di dalam lukisan itu.

"Berdasarkan dari mimpi-mimpi kau." Kata Benjamin tanpa memandang ke arah Arzen. Tangannya sibuk mencari kertas kerja yang lain.

"Apa maksud lukisan ni?" Soal Arzen tidak faham.

"Kau minum lagi ke ubat tu?" Soal Benjamin serius, dia masih tidak memandang ke arah Arzen.

"Tak. Dah berhenti sejak 7 tahun yang lepas. Kau lupa ke?" Arzen mengingatkan Benjamin.

"Ingat. Aku cuma nakkan kepastian. Aku dah suruh kau berhenti makan ubat tu."

"So, kau better dengar cakap aku. Kalau aku dapat tahu kau ambil secara senyap-senyap. Kau sendiri tahu apa yang aku boleh buat, kan?" Soal Benjamin dengan serius. Suasana menjadi tegang.

Arzen hanya mendiamkan dirinya. Benjamin mengangkat wajahnya untuk melihat reaksi Arzen. Mata bersabung.

"I am a human, and have no power over you sebab tu kau kena jaga diri kau sendiri. Kalau kau tak nak jaga diri kau, biar aku yang jaga kau." Sambung Benjamin. Kali ini dia menikam anak mata Arzen sedalam-dalamnya.

"Sometimes you find things and you wish you had not. Sometimes you wish they would stayed lost." Balas Arzen perlahan.

"Arzen..."

"I know, for you it's just your thoughts. Tapi kau tak perasan dengan segala conversation kau waktu kau tidur. For you it's just a dream, it's just a thoughts. Tapi kau tak sedar ke? Semua benda tu adalah petunjuk." Benjamin menahan rasa dari ingin memarahi Arzen.

"10 tahun kau makan ubat tu. Kau tahu tak memori kau tentang Mama dan Papa kau semakin kabur? Kau keluar dari kegelapan tu, tapi you lost yourself. You lost the memory of you and both your parents." Nada Benjamin mengendur sedikit.

Arzen kembali melihat lukisan pada kertas itu. Gambar seorang kanak-kanak yang sedang menumpahkan serbuk pada cawan.

Nota di bawah lukisan itu dibaca dalam hati.

'Arzen tak tahu dia tuang apa Mama, tapi lepas mama minum air tu, buih keluar dari mulut mama dan papa.'

Matanya dipejam dengan rapat. Kepalanya menjadi sakit. Sakit yang teramat.

"Tak perlu paksa diri kau. Breath calmly. Istighfar banyak-banyak." Suruh Benjamin. Arzen membuat seperti yang diarahkan sahabatnya.

Setelah melihat Arzen kembali tenang, Benjamin menyambung kembali persoalannya.

"Kalau tak minum ubat tu, kenapa kau still tak boleh ingat? Aku sampai kena stay up late night semata-mata nak dengar kau meracau tentang maklumat tu semua." Beritahu Benjamin.

Dua hari yang lepas, Arzen mengalami mimpi yang buruk tentang mama dan papanya. Mujur sahaja, pintu bilik lelaki itu tidak terkunci. Niatnya cuma ingin menenangkan Arzen yang sedang meracau.

30 Dates with you [ on going ]Where stories live. Discover now