Dia melompat keluar dari kereta berjenama Ford Ranger Raptor yang berwarna hitam itu. Matanya tajam memandang ke sekeliling kawasan berdekatan hutan yang gelap gelita.
Setelah memastikan kawasan itu sunyi tanpa kehadiran manusia, dia bergerak masuk ke dalam hutan yang gelap dan berbahaya.
Lampu suluh dinyalakan dengan malap. Cukup untuk memberinya sedikit cahaya untuk terus bergerak tanpa melanggar apa-apa haiwan yang berbahaya.
Tiba-tiba seseorang menekup mulutnya dari arah belakang.
"This...way..." Bisik suara di belakangnya dengan sungguh perlahan. Tepat pada telinganya.
Tekupan di mulut dilepaskan dengan perlahan. Dia berjalan mengikuti langkah ke mana sahaja manusia yang menekupnya tadi pergi. Bunyi plastik pada kaki beriringan menemani mereka.
"Kill..."
"Or"
Bisik manusia itu kembali. Mereka telah tiba ke tempat yang di tuju.
Dia hanya diam tanpa kata. Tangan menyeluk poket jaket hitam miliknya. Empat pasang sarung tangan jenis kain dipakainya.
Tangan terasa tebal. Tapi dia sudah terbiasa. Pisau turut dikeluarkan sari poket jaket.
Manusia yang berdiri bersamanya tadi menyuluh ke arah pisau yang sedang dihala di hadapan seorang lelaki yang sedang diikat kemas di pokok sederhana besar.
Melihat pisau yang berjarak lebih kurang sejengkal itu membuatkan lelaki dalam tawanan mereka meronta-ronta ingin dilepaskan.
"Hmmmph!" Lelaki yang sedang diikat itu bergerak ke kanan dan kiri. Peluh merenek hebat di seluruh badan. Takut jika nyawanya akan diambil oleh mereka.
"Don't mess, I warned you two times. Working with me is easy, boy. Obey...obey and obey. There is no objection. Kau bantah, kau mati." Ucap Gadis itu dengan psiko.
Sepakan dihadiahkan buat lelaki yang diikat itu sebelum...
"Erghh!" Dia menikam lelaki itu tepat di jantung.
"MAMA!!" Arzen teriak dengan kuat. Dia terbangun dari mimpi buruknya. Wajahnya serta merta bertukar pucat. Peluh merenek dengan laju di dahi. Dadanya berombak kencang. Nafasnya menjadi tidak teratur.
"Mama." Arzen memegang jantungnya yang bergerak dengan laju.
"Astaghfirullah al adzim" Kalimat itu dibaca berulang kali. Mengharapkan bayangan itu pergi dari otaknya.
Mimpi tadi terasa seperti benar. Sudah lama Arzen tidak mengalami mimpi buruk sebegitu.
Setelah nafasnya kembali sedikit teratur, Arzen meraup wajahnya beberapa kali.
"Allahuakhbar, Allahuakhbar."
Masih takut dengan mimpi itu.
"Arzen." Ketukan dari luar pintu menyedarkannya. Arzen mengangkat muka.
"Masuk!"
Suis lampu yang berada dekat dengan pintu itu dibuka oleh Benjamin membuatkan bilik Arzen yang malap tadi menjadi terang.
"Arzen, kau kenapa?" Soal Benjamin. Suaranya cukup menandakan dia risau dengan keadaan lelaki itu. Benjamin mengambil tempat di sisi katil Arzen.
"Aku mimpi buruk, Ben." Jujur Arzen. Mata ditutup sebelum dia menggeleng kepalanya beberapa kali.
"It's okay. Take a deep breath, buddy. You'll be fine. Cuma mimpi." Benjamin memegang bahu sahabat baiknya.
Arzen masih cuba untuk mengatur penafasannya.
YOU ARE READING
30 Dates with you [ on going ]
RomanceON HOLD - promise it will complete by end of this year. Thank you for reading. 🤲🏻✨ Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cinta kerana traum...