"Ayah dah cakap kan sebelum ni, ayah tak halang apa kamu nak buat asalkan jangan timbulkan masalah dekat sekolah, semua guru dah tahu pasal isu ni, mana ayah nak letak muka?" Tegas tuan Malik selaku pengetua di sekolah dan bapa kepada numan basyir
Numan menunduk serba salah. Dia tak sangka semua ni akan terjadi. Sebelum ni apabila pelajar lain terlibat dalam isu berpasang pasangan ni takda lah jadi macam ni. Tak sangka dia yang aina akan bertindak sebegini.
"Sekarang macam mana? Macam mana kamu nak betulkan masalah yang kamu cetuskan ni? Macam mana kamu nak bersihkan nama ayah?" Soal lelaki berumur 40-an itu
"Numan akan tarik diri dari pengawas, numan janji numan takkan cetuskan apa ii masalah lagi lepasni" kata numan menunduk
"Sanggup kamu lepaskan jawatan kamu? Ayah boleh minta puan maznah lupakan isu ni asalkan kamu janji benda ni takkan berulang lagi" kata tuan malik ingin sedapkan hati anak lelakinya itu
"Takpa ayah, masalah ni numan yang buat, jadi biar numan yang bertanggungjawab dan buat keputusan yang terbaik untuk diri numan, sampai bila numan nak menyorok belakang ayah, numan dah dewasa" balas numan kelihatan tenang
"Maaf sebab susahkan ayah, numan janji perkara ni takkan berulang" sambung lelaki itu
Tuan malik tersenyum. Pertama kali anaknya tidak minta sebarang bantuan darinya. Berbeza dari sebelum ni yang pantang ada masalah sikit mesti cari dia untuk tutup salah dan selesaikan masalah tersebut. Tapi kali ini anak lelakinya itu cuma minta maaf dan selesaikan masalah dengan sendirinya. Itu saja sudah buatkan seorang ayah gembira.
_
"Ayah you marah?" Soal auliya ingin tahu
"Tak"
"Betul ke? You anak dia, kalau dia tak marah you sekalipun mesti dia marah I" kata auliya tidak percaya
"Sayang, dia tak marah, dia cuma minta kita selesaikan masalah ni dengan baik, plus I pun taknak dia tolong kita apa ii, I nak kita belajar selesaikan masalah ni sendiri" jelas lelaki itu panjang lebar
>
"Jadi, apa keputusan kamu berdua?" Soal puan maznah sambil meneliti file kerjanya
Numan dan auliya saling berpandangan. Nafas ditarik dan dihela berat. Sepanjang malam mereka fikir tentang keputusan ini.
"Kami dah buat keputusan yang kami akan tarik diri dari pengawas" kata numan
Terkedu puan maznah dibuatnya. Dalam fikirannya menyoal kenapa remaja sekarang mudah buta kerana cinta.
"Dah fikir masak masak ke? Numan? Auliya?" Soal puan maznah ingin membuat kepastian
Kedua ii mereka mengangguk dengan yakin.
"Jadi kamu lebih sanggup lucutkan jawatan sebagai pengawas dan pilih hubungan yang tak tahu bertahan sampai bila ni?" Soal puan maznah lagi
"Tu bukan sebab utama kami tarik diri dari pengawas ni puan" kata auliya
"Habis tu?" Soal puan maznah
"Tanggungjawab sebagai seorang pengawas ni agak berat puan. Sebagai seorang pengawas, dia kena perfect dari semua aspek. Kami tak yakin boleh tunjukkan contoh yang baik kepada pelajar lain. Jadi biarlah kami jadi pelajar biasa supaya kami terus belajar dan memperbaiki diri" jelas numan panjang lebar
"Kalau kami jadi pelajar biasa, pengawas boleh tolong betulkan salah silap kami, tapi bila kami jadi pengawas, kalau salah silap kami tak terlihat atau tak terkantoi, tiada siapa yang boleh tegur dan betulkan" sambung auliya pula
Nametag khas milik mereka berdua diletakkan di atas meja puan maznah serentak.
"Terima kasih puan, sebab sudi tegur salah silap kami" kata auliya menunduk hormat
ANDA SEDANG MEMBACA
Let's fix it ❤️🩹✔️
FanfictionMengisahkan tentang Auliya Maisarah yang berkali kali dikhianati dalam percintaan setelah putusnya hubungan cinta pertamanya bersama Nu'man Basyir. Setelah berpisah dengan Nu'man Basyir, dia tidak pernah bertemu lagi dengan mana mana lelaki persis c...
