✨101✨

7 1 0
                                        

"Hot chocolate"

Segelas hot chocolate Auliya hulur kepada suaminya yang kusyuk menikmati pemandangan di koridor tingkat tiga rumah itu. Dah jadi rutin suami isteri itu minum hot chocolate di malam hari sambil menikmati pemandangan kota Kuala Lumpur dari koridor itu.

"I love you sayang" ucap Aiman tanda terima kasih

Auliya menghadiahkan sebuah senyuman dan melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya itu.

"Aiden dah tidur?" Soal Aiman

"Dah, letak je kepala terus terbuai mimpi hahaha" jawab Auliya tertawa kecil diikuti juga dengan ketawa Aiman

"Em abang, tadi Numan hantar Aiden balik, Numan ada cerita apa apa tak dekat abang?" Auliya cuba membuka topik tentang apa yang diceritakan anaknya petang tadi

"Hm? Takda la pula. Kenapa sayang?"

"Tadi Aiden cerita yang Numan dengan Adel bergaduh. Katanya Adel tinggalkan Numan dengan Aiden dekat shopping mall tu" satu per satu apa yang diceritakan Aiden tadi, Auliya ceritakan kembali kepada suaminya

"Ohh!! Patut lah diorang balik berdua je tadi. Jadi Numan tipu saya je la tadi rupanya" baru Aiman tersedar dari mimpi

"Saya takut la kalau diorang tu bergaduh sebabkan Aiden, risau pula saya"

"Kenapa sayang fikir macam tu?" Soal Aiman sambil menarik lembut isterinya ke dalam dakapannya

"Ye la setiap kali dating mesti Numan bawa Aiden ikut sekali, kalau dah selalu sangat saya takut la macam mana kalau ada yang rimas dengan kehadiran anak kita? Macam mana kalau ada di antara diorang berdua yang nakkan privacy?" Pelbagai spekulasi yang bermain di fikiran wanita itu

"Sayang. Tak baik tau fikir buruk macam tu. Ada la tu masalah peribadi diorang. Aiden kan kecil lagi mana dia faham orang dewasa borak apa, dia cuma tahu Adel tu marah je, puncanya kita tak tahu, kita doakan yang baik baik je untuk diorang okay" nasihat Aiman

Auliya hanya setuju sahaja dengan setiap nasihat suaminya itu. Aiman memang pakar dalam memberi nasihat sejak awal perkenalan mereka lagi nasihat Aiman semuanya membuat hati Auliya terasa tenang.

_

"Sayang ni cantik takk" soal Amanda sambil membelek belek lagi baju yang lain untuk dipilih

"Cantik baby sesuai dengan awakk" jawab Daniel turut mencari juga barang barang yang sesuai dengan buah hatinya itu

Sedang Daniel kusyuk melayan karenah buah hatinya tiba tiba dia terpandang ke arah seseorang yang amat dia kenali. Fairel. Dan bersama seorang wanita yang dia tidak kenali sedang berpegangan tangan. Sepatutnya lelaki itu bersama Farhana. Mustahil Farhana dah berpisah dengan lelaki itu, sosial media Farhana masih utuh tertera gambar gambar dia bersama lelaki itu. Memang sah lelaki itu curang.

"Sayang"

"Sayang"

"Sayangg"

Berkali kali Amanda memanggil teman lelakinya itu tapi tiada sahutan. Hairan Amanda dibuatnya.

"Daniel Hafiz" kali ini nama penuh dipanggil pakej bahunya digoyangkan oleh gadis itu dan lelaki itu akhirnya tersedar

"What are you staring at?" Soal Amanda hairan

"Sayang jap eh, pilih dulu nanti saya datang balik" kata Daniel dan terus tinggalkan gadis itu yang masih terpinga pinga

Laju Daniel melangkah mengejar tapak Fairel yang seperti menuju ke parkir kereta. Sebaik sahaja Fairel membuka pintu kereta dan ingin masuk, belum sempat lelaki itu masuk selamba saja Daniel menutup kembali pintu kereta itu.

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang