✨55✨

10 0 0
                                        

"emmmm sedapnya, mana auliya belajar masak nasi lemak sesedap ni" puji puan adila menikmati nasi lemak yang dimasakkan oleh auliya sesudah subuh tadi

"auliya belajar dari ibu je semua ni" kata auliya tersipu malu

"ni nanti auliya tolong hantarkan dekat rumah atuk, bagi jejaka ii tu sarapan, atuk baru balik dari kebun agaknya tu" kata puan adila

"mama dah taknak makan ke? papa?" soal auliya

"mama dah simpankan siap ii untuk mama makan nanti hihihi" balas puan adila ketawa kecil

"papa pula dah makan sebelum dia pergi kerja tadi, dia cakap sedap sangat auliya masak, lagi sedap dari masakan mama" terang puan adila

auliya tersenyum gembira.

>

"assalamualaikum. atuk ooo atuk" panggil auliya sambil mengetuk pintu rumah usang itu

"waalaikumussalam ye auliya" sahut atuk

"ni auliya ada masakkan nasi lemak untuk atuk dengan yang lain, makan la sedap tau auliya masak" kata auliya teruja

atuk tergelak kecil dengan telatah gadis itu.

"apa yang kamu masak semuanya sedap ii auliya. masuk lah" kata atuk

sebaik saja auliya memasuki rumah itu matanya meliar mencari ketiga ii lelaki itu. matahari dah terpacak di atas kepala tapi batang hidup mereka pun belum kelihatan.

"ha auliya tolong hidangkan ya. atuk tak pandai nak hidangkan makanan selalunya nenek yang buat" pinta atuk

"takpe atuk, auliya hidangkan untuk atuk sekali ye. atuk baru balik kebun eh?" 

"haah baru aje balik. ni atuk nak bersihkan diri kejap." jelas atuknya

auliya mengangguk faham dengan sebuah senyuman di bibir. 

setelah beberapa minit dia sibuk menghidangkan makanan untuk keempat ii lelaki yang berada di rumah itu terdetik di hatinya untuk mengemas rumah usang itu supaya dapat terubatkan rindunya pada arwah nenek. setelah selesai menyapu, mengemop, mengemas rumah itu dia kembali ke dapur untuk bancuhkan air untuk lelaki ii itu yang masih tidak kelihatan.

tanpa dia sedar, aiman memerhatinya dari jauh dengan tuala paras betis. perlahan ii dia memakai bajunya dan berjalan menghampiri gadis itu berhati ii supaya tidak diketahui. 

"awak buat apa?" tegur aiman betul ii di tepi telinga gadis itu

terkejut beruk auliya dibuatnya. hampir saja dia jatuh akibat berlanggar dengan susuk tubuh lelaki itu tapi mujur saja aiman cepat menarik kembali gadis itu supaya tidak jatuh. mata gadis itu dia tatap dengan penuh kerinduan di hati. apabila sedar dari khayalan cepat ii mereka berdehem dan betulkan posisi. 

"em saya ada bawakan nasi lemak untuk breakfast. saya juga ada buatkan coffee. nanti makan lah, saya tunggu atuk tapi dia belum selesai bersihkan diri lagi agaknya, jadi takpe la saya pergi dulu" kata auliya gementar dan memulakan langkah untuk pergi

"tunggu" 

langkah auliya terhenti.

"taknak teman saya makan ke? takkan saya nak makan sorang ii" kata aiman

"ha aiman. kamu dah bangun? kawan ii dah bangun?" tegur atuk yang baru sahaja selesai bersihkan diri

"eo. diorang tidur lagi. em atuk jom la makan dengan aiman. auliya masakkan ni" ajak aiman

"iya nak makan la ni. terima kasih ya auliya" ucap atuk melihat ke arah auliya

auliya menghadiahkan sebuah senyuman dan berjalan keluar.

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang