✨113✨

7 1 0
                                        

"kau ni dah takda kawan ke? hari hari ajak aku lunch. lunch la dengan kawan baik kau tu" ngomel Farhana

"Kawan baik aku tu lunch dengan kawan baik kau lah. Sejak si Auliya tu pregnant, asyik nak berkepit aje suami isteri tu, dah macam belangkas" luah Daniel

"Aku rasa kau ni dah kena kahwin la, selagi tak kahwin, kau asyik kacau aje kan Aiman dengan Auliya"

Daniel mencebik.

"Macam mana aku nak kahwin kalau calon pun aku takda, mana ada orang nakkan aku ni" saja Daniel cuba meraih simpati gadis itu

"Ada, kau aje yang tak pandai cari. Cuba la pandang orang sekeliling kau, kadang kadang kita sibuk sangat kejar orang yang jauh sampai tak sedar orang sekeliling kita lebih baik dari yang jauh" jawab Farhana

Entah kenapa dia tertampar dengan jawapan gadis itu.

>>>

"Bro busy ke?" Sapa Daniel terus melabuhkan punggungnya di sofa pejabat Aiman

"Kau nampak macam aku tengah berdangdut ke kat sini? Aku busy lah siapkan draf kewangan project kita ni" bidas Aiman sibuk menaip di komputernya

Daniel mencebik.

"Kau rasa Farhana tu baik ke?" Soal Daniel tiba tiba

"Baik. Sebab baik la. Itu yang sampai dipijak pijak dengan si Fairel tu" jawab Aiman sambil bekerja tanpa hiraukan Daniel yang masih bersantai di sofanya

"Kau rasa dia cantik?" Soal Daniel lagi

"Auliya lagi cantik"

Daniel menjeling. Bukan itu jawapan yang dia harapkan.

"Apasal kau ni? Buang tebiat? Takkan dah tangkap cintan dengan Farhana kot" soal Aiman hairan dengan soalan soalan lelaki itu

Daniel diam tidak menjawab.

"Diam tandanya betul lah kan" kata Aiman yang masih meneliti skrin komputer di hadapannya

Daniel hanya mengeluh.

"Kau rasa kitaorang sesuai ke?" Soal Daniel ingin tahu

Aiman hanya menjungkitkan bahu.

"Kau ni tak membantu lah" dengus Daniel geram

"Mana la aku tahu. Korang pun asyik gaduh aje bila berjumpa. Kenapa tiba tiba kau sukakan dia pula? Sebelum ni macam anjing dengan kucing" kata Aiman

Daniel mendengus geram. Niatnya mahu minta pendapat dari lelaki itu terus terbatal.

"kalau kau betul sukakan dia, jangan sia siakan dia macam si Fairel tu buat pula. Kalau kau buat dia sakit hati, bukan Auliya je serang kau, aku yang akan tumbuk muka kau dulu" ujar Aiman

"yah, kau sanggup eh buang aku" kata Daniel tidak percaya dengan amaran lelaki itu

"Farhana tu pun kawan aku, kalau kau yang salah, aku akan sebelahkan dia" bidas Aiman

Lelaki itu hanya memberi sebuah jelingan.

_

"Hi Aiman" 

Tanpa sebarang ketukan tiba tiba Qistina Aisha menjengah masuk ke dalam pejabat Aiman. 

"yah. Keluar sekarang" arah Aiman tegas

"woo relax. I ada benda nak bincang dengan you" jelas gadis itu

"bincang waktu meeting nanti je, now get out" arah Aiman lagi

"Memandangkan ini melibatkan financial company you and company I so I memang tak boleh tunggu waktu meeting" ujar gadis itu tersenyum

Kali ini Aiman tiada alasan lagi untuk menghalau gadis itu. Qistina yang masih berdiri di situ tersenyum sinis dan terus melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan meja kerja Aiman.

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang