"jadi mulai sekarang, kita akan mulakan hidup kita dekat sini, syurga kita" ujar Aiman sambil menuruni tangga bersama Auliya
"kenapa abang tak bagitahu saya pun pasal ni?" soal Auliya
"sayangku, kalau bagitahu itu bukan surprise namanya" kepala isterinya dia usap lembut
"mama tahu?" soal auliya lagi
laju lelaki itu menggeleng.
"ayah je tahu, tapi dia cuma tahu yang abang ada rumah je, abang tak tunjuk pula rumah ni dekat ayah, nak surprise hihi" jelas Aiman
gadis itu mengangguk.
"ehem, ini akan jadi rumah tumpangan aku juga nanti" daniel berdehem
"eh kau ni jangan nak menyibuk eh, duduk je la dekat rumah kau tu" kata Aiman memeluk erat Auliya sengaja nak jengkelkan rakannya itu
"yah. aku pun berjasa juga tau, aku yang beria cari furniture ii rumah ni, so ini jadi rumah tumpangan aku juga" kata Daniel membaringkan dirinya di sofa empuk yang ada di ruang tamu utama rumah itu
Aiman menjeling.
"ha by the way sayang, weekend ni abang nak buat kenduri sikit untuk kita masuk rumah ni, doa selamat dan makan kecil ii je, nanti sayang jemput la kawan ii office, jiran ii lama kita" ujar Aiman
"okay, lagipun saya cuti lagi minggu ni, boleh la buat apa yang patut, cari vendor ii makanan ke untuk majlis tu" kata Auliya
"ha Daniel, kau pula tolong jemput parents kitaorang eh"
"kenapa aku pula? ini kan majlis kau" soal Daniel
"aku nak buat surprise, kau pergi je jemput cakap yang kononnya ni majlis kau, pastikan diorang datang eh, diorang tetamu wajib" pesan Aiman
"aku tak janji eh, kau tahu je la papa kau tu, tak sampai 10 kali pun aku jumpa dia" Daniel mengingatkan tentang Tuan Faiz yang terlalu sibuk bekerja
"alah kau cuba la buat apa ii sampai papa aku datang, aku percayakan kau ni, jangan nak hancurkan kepercayaan aku pula"
daniel mengeluh berat. bukannya dia tak sudi nak menolong, dia sudi sahaja kerana keluarga Aiman juga dia dah anggap seperti keluarga sendiri, tapi bab Tuan Faiz itu yang buatkan dia tidak yakin. kesibukan lelaki itu tiada tandingannya.
>
"eh Daniel, ada apa kamu datang tiba ii ni? nak jemput majlis perkahwinan ke?" usik Puan Adila
"ish aunty, calon pun takda Niel nak kahwin dengan siapa" nafi Daniel
"itu la kamu memilih sangat agaknya" sampuk Tuan Faiz pula
Daniel senyum menunduk malu.
"ini Niel datang ni sebenarnya nak jemput aunty dan uncle datang majlis doa selamat dekat rumah baru Niel nanti" ujar Daniel
"rumah baru? kamu beli rumah baru pula ke Daniel?" soal Puan Adila ingin tahu
"aii banyak betul duit kamu ni Daniel" kata Tuan Faiz diiringi dengan ketawa bapak ii
"ahahaha ada rezeki lebih" serba salah lelaki itu nak menipu kedua orang tua itu
"aunty uncle datang la ya, hujung minggu ni. alamat semua ada dalam kad ni" kad yang telah dipalsukan nama tuan rumah lelaki itu hulurkan kepada Puan Adila dan Tuan Faiz
"uncle tak sure la boleh pergi ke tak, uncle ada meeting selalunya waktu weekend" kata Tuan Faiz
"hm macam tu lah uncle Faiz kamu" jeling Puan Adila yang dah redho dengan kesibukan suaminya
ANDA SEDANG MEMBACA
Let's fix it ❤️🩹✔️
Fiksyen PeminatMengisahkan tentang Auliya Maisarah yang berkali kali dikhianati dalam percintaan setelah putusnya hubungan cinta pertamanya bersama Nu'man Basyir. Setelah berpisah dengan Nu'man Basyir, dia tidak pernah bertemu lagi dengan mana mana lelaki persis c...
