✨14✨

12 0 0
                                        

hari ini merupakan hari terakhir numan dapat makan malam bersama kedua ibu ayahnya kerana selepas ini ibunya akan kembali ke luar negeri seperti sediakala. ibunya juga merupakan guru yang berpangkat di sekolah yang terletak di luar negeri jauh dari tempat tinggal mereka sekeluarga. selepas ini numan akan kembali berdua dengan ayahnya seperti sebelum ini. 

"kenapa numan taknak ikut ibu tinggal dekat sana? bukan sebelum ni numan ka yang beria minta ibu balik bawa numan tinggal dengan ibu dekat sana?" soal puan anita 

"tu sebab sebelum ni ayah asyik membebel je, sekarang ayah dah tak bebel" balas lelaki itu menikmati makanannya

"yah anak bertuah, ayah membebel sebab nak bagi kamu berubah. tengok sekarang, kamu dah jadi budak baik hasil bebelan dan didikan ayah" kata tuan malik 

anak lelakinya itu membuat mimik muka. terhibur puan anita melihat gelagat dua beranak itu. 

"betul ke sebab ayah dah tak bebel? ke sebab tak sanggup nak tinggal girlfriend kat sini?" perli puan anita 

"ibu, sebelum ni waktu dia ada girlfriend pun dia bermasalah. ada masalah sikit bising nak ikut ibu dia" bebel tuan malik sambil menyuap makanan ke mulut isteri tercintanya itu

"ouhh, jadi kalau macam tu mesti girlfriend numan yang sekarang lagi baik dari sebelum ni sampai anak ibu yang nakal ni boleh berubah jadi baik, sopan santun macam sekarang, cantik ke tak eh?" soal puan anita melirik ke arah anak lelakinya itu

"ibu tak kenal lagi ke anak ibu? anak ibu punya taste tinggi tau mesti lah cantik! cantik macam ibu" kata numan beria

puan anita tergelak kecil. 

"bagus lah. dia mampu tolong ayah kamu ubah kamu dari nakal, sekarang dah jadi anak yang baik" puji puan anita

numan tersenyum bangga. sebelum ini apabila bersama dengan ex ii dia, dia tak rasa gembira seperti ini. tapi apabila dengan auliya hidupnya berubah dengan sekelip mata. 

"betul ni taknak ikut ibu sekolah kat sana? tak menyesal?" soal puan anita 

"haah taknak. numan nak stay sini dengan auliya maisarah sampai habis sekolah and dapat pergi university sama ii kerja sama ii sampai kahwin" jelas numan bersungguh ii

"okay. tapi kalau satu hari nanti numan tiba ii ubah fikiran. bagitahu ja ibu okay. numan sentiasa ada tempat dekat sana" pesan puan anita

lelaki itu mengangguk dengan senyuman.

_

"kau tak ikut ibu kau? bukan sebelum ni mulut kau berbuih ke sebut nak tinggal dengan ibu kau kononnya tak suka tinggal dengan ayah kau kat sini?" soal haris hairan

2 tahun lalu mulut numan tak henti ii menyebut ingin ikut ibunya ke luar negeri. 2 tahun juga lelaki itu merengek pada ibunya supaya pulang mengambilnya dan bawa dia ke sana. tapi selama 2 tahun puan anita tidak pulang ke pangkuan mereka sekeluarga kerana sibuk dengan kerja yang tak pernah habis. tahun ini baru puan anita pulang ke pangkuan mereka itu pun hanya untuk sebulan.

"aku dah ada auliya kat sini, takkan nak tinggalkan dia" balas numan selamba

"yah kau dengan ex ii kau dulu pun kau sibuk nak ikut ibu kau juga, apa beza sekarang?" soal irfan pula

"sebab diorang buat aku rimas, lagipun sebelum ni diorang yang nak pindah, so aku break up je la, korang pun tahu aku tak suka long distance relationship kan. merimaskan" jelas numan 

"bukan diorang nak pindah sangat pun. ayah kau yang nak pindahkan diorang" balas haris pula

"betul tu, lepas tu kau sengaja nak jadikan tu satu alasan untuk kau minta break" sampuk irfan pula

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang