✨87✨

7 0 0
                                        

"ha Auliya, ada apa ni?" soal Puan Zarina hairan staff kesayangannya itu tiba ii masuk ke dalam pejabatnya dengan wajah yang sesuatu

"saya ada benda sikit nak bincang dengan puan" ujar Auliya serba salah

"kenapa? nak minta cuti ke?" selamba wanita itu menyoal

terus membulat mata Auliya memandang ke arah wanita itu yang tersenyum kepadanya.

"m...macam mana puan tahu? Aiman ada datang jumpa puan ke?" soal Auliya ingin tahu

"saya agak je, kandungan awak kan dah nak masuk 5 ke 6 bulan" jawab wanita itu

"em saya sebenarnya masih nak bekerja sebab ye la saya dah minta cuti untuk setahun nanti, tapi suami saya minta saya cuti sekarang, saya takda niat apa ii pun puan, jujur saya memang nak bekerja tapi sebab ini permintaan Aiman jadi itu yang saya terpaksa" terang Auliya panjang lebar

Puan Zarina tergelak kecil melihat telatah pekerjanya itu.

"Auliya. awak tahu kan yang awak ni pekerja terbaik saya, jadi takkan saya nak biar awak cuti tanpa gaji sedangkan awak sangat berbakat dalam semua benda. saya boleh tawarkan awak untuk bekerja dari rumah" Puan Zarina bersuara

"bekerja dari rumah? boleh ke puan?" soal gadis itu tidak percaya

bersahaja Puan Zarina mengangguk.

"itu salah satu keistimewaan yang ada untuk pekerja ii perempuan saya. awak tak tahu?"

perlahan lahan gadis itu menggeleng. sudah hampir 3 tahun dia bekerja di syarikat itu tetapi dia masih belum tahu keistimewaan ii pekerja di situ.

"so sekarang awak dah tahu. staff ii perempuan saya ramai yang pregnant, tapi diorang ambil keistimewaan ini instead of ambil cuti tanpa gaji. awak jangan risau, bekerja di rumah tak sama macam bekerja di office, awak akan diberi kelonggaran dalam semua aspek. awak akan diberi kerja ii yang mudah sahaja, awak tak perlu nak terkejar ii due date sebab awak boleh hantar hasil kerja awak bila ii masa, tiada waktu yang spesifik yang akan diberikan untuk awak. gaji tak berubah, kerja lebih mudah, awak pun takkan stress." terang Puan Zarina panjang lebar

Auliya diam sejenak berfikir. Untung juga kalau pilih bekerja dari rumah.

"okay macam ni, awak balik bincang dulu dengan suami awak pasal ni. mana lah tahu dia okay kalau awak bekerja dari rumah. tapi kalau dia masih nak awak ambil cuti tanpa gaji, awak boleh bagitahu saya, we will proceed with that." kata Puan Zarina lagi

Auliya mengangguk faham.

>

sebaik sahaja Auliya menjejakkan kaki di pantry pejabat itu, terus Puan Diana mendekati gadis itu.

"Puan Zarina suruh kau kerja dari rumah ke dik?" tegur wanita itu

"macam mana akak tahu?" soal Auliya hairan

"akak pun pernah mengandung, akak tahu lah, akak kerja lagi lama dari kau dik" kata wanita itu dengan wajah berlagak

"baik kau kerja dari rumah daripada kau ambik cuti tanpa gaji, lagi untung tau" kata wanita itu lagi

"betul ke kerja dari rumah lagi mudah kak? tak stress langsung?" soal Auliya ingin tahu

laju wanita itu mengangguk.

"memang lagi mudah dik. kau nak hantar hasil kerja kau bila ii pun takpe Puan Zarina tak kisah, kalau kerja tu kau rasa susah ha kau minta diorang tukar dengan kerja lain, akak ni dah 2 kali pregnant dua kali pernah kerja dari rumah, memang best la, kalau ikutkan hati tiap ii tahun nak mengandung hahahaha" kata wanita itu bersungguh ii

Auliya juga turut ketawa mengekek.

"sebab tu jugak lah ramai yang nak kerja dekat syarikat ni, sebab syarikat ni banyak keistimewaan, kalau syarikat lain kebanyakannya diorang tak bagi bekerja dari rumah macam syarikat Queens ni."

Auliya mengangguk faham.

>

"bekerja dari rumah? syarikat sayang ada keistimewaan tu?" soal Aiman terkejut mendengar cerita isterinya

laju Auliya mengangguk.

"sayang nak kerja dari rumah?" soal Aiman lagi

"kalau abang izinkan lah. sebab bosan juga kalau duduk rumah aje tak buat apa ii, lagipun saya dah interview dah semua senior kat situ dan diorang semua cakap kerja ii dari rumah tu mudah je tak macam dekat pejabat." jawab Auliya bersungguh ii

"abang izinkan?" soal Auliya takut ii

Aiman tersenyum, menarik gadis itu dalam dakapannya.

"iya abang izinkan. tapi ada satu syarat. sayang kena janji yang sayang tak boleh terlalu push diri sayang sampai stress ii, sayang kena kerja santai ii je okay? janji?" pesan Aiman

"janji!" laju gadis itu mengangguk

"thank you suamiku" ucap Auliya

_

"eh encik Aiman" sapa staff Queens melihat kehadiran Aiman

Aiman tersenyum menyambut sapaan staff ii di situ.

"isteri saya ada?" soal Aiman

"isteri encik Aiman ada dalam pejabat dia" balas staff yang berada di situ

Aiman menghadiahkan sebuah senyuman dan berjalan menuju ke pejabat isterinya.

"jelitakuuu" sapa Aiman sebaik sahaja memasuki bilik isterinya

"eh abang tak cakap pun nak datang" kata Auliya memeluk suaminya

"abang kena datang la nak angkat barang ii sayang. takkan nak suruh lelaki lain angkatkan pula"

Auliya tersenyum sambung mengemas barang ii di dalam pejabatnya untuk dibawa pulang.

>

"sunyi la pejabat ni lepas ni takda Puan Auliya"

"hmmm kenapa la Puan Auliya cuti awal sangatt"

"siapa nak borak dengan saya dekat pantry lepas ni"

"saya nak ikut Puan Auliya kerja kat rumah la macam ni"

pelbagai reaksi yang diberikan oleh rakan ii sekerja Auliya sebaik sahaja gadis itu mengucapkan selamat tinggal. Auliya sangat baik dengan rakan ii sekerjanya, sebab itu lah ramai yang sukakan dan sayangkan dia.

"amboiii, saya kerja dari rumah untuk setahun je pun, nanti lepas setahun saya datang la balik" Auliya bersuara

"tak best la"

"nanti kalau Puan Auliya dah bersalin, terus bagitahu kitaorang tau, kitaorang tak sabar nak tengok baby"

"haah kalau boleh bila Puan Auliya dah masuk labour room, terus bagitahu kitaorang"

Aiman dan Auliya ketawa terbahak ii dengan gelagat staff ii di situ.

"iyaa nanti bila baby dah keluar, jangan tak datang pula eh" pesan Auliya

"mesti datang"

Auliya tersenyum. Rezeki dia dikurniakan rakan ii sekerja yang baik ii belaka. sepanjang Auliya bekerja di situ, belum pernah dia ada masalah dengan mana ii pekerja, dia dilayan dengan baik.

 sepanjang Auliya bekerja di situ, belum pernah dia ada masalah dengan mana ii pekerja, dia dilayan dengan baik

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

..TBC..

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang