✨118✨

3 1 0
                                        

Dari jauh Fairel melihat susuk tubuh Farhana yang baru saja berjalan keluar dari bangunan kerjanya, dia terus berlari dan menarik lengan gadis itu.

"apa ni Fairel lepas lah!" Farhana bergelut minta dilepaskan oleh lelaki gila meroyan itu

"Saya nak awak. Tolong lah bagi saya peluang kedua. Susah sangat ke untuk awak nak percaya yang saya ni betul betul dah berubah" pinta Fairel bersungguh sungguh

"saya taknak dan takkan pernah bagi apa apa peluang pun dekat awak Fairel tolong lah faham yang saya dah tak cintakan awak" 

"TIPU!" jerkah lelaki itu langsung tidak kisah akan orang sekeliling yang lalu lalang di situ

"Tak mungkin secebis rasa cinta pun takda. Awak tak boleh tipu saya! saya kenal awak Alyea Farhana!" lantang lelaki itu bersuara

Farhana berdecit.

"up to you" jeling Farhana dan mulakan langkah untuk tinggalkan lelaki itu

"Farhana please I want you! I want to marry you please Farhana! Sekarang juga saya boleh bawa awak jumpa orang tua saya, jom Hana jom" lelaki itu masih berkeras dan menarik lengan gadis itu supaya mengikut langkahnya

"Taknak Fairel tolong lepas lah sakit tahu tah!? Let me go Fairel Atharriz!!" 

Farhana bergelut minta dilepaskan tetapi lelaki itu tetap berdegil masih menarik gadis itu mengikutinya. 
Tiba tiba entah dari mana Daniel datang dan terus menghayunkan penumbuk di wajah lelaki itu. 

"Kalau kau ganggu dia lagi, siap lah kau" kata Daniel tegas

"huh.. aku dah agak dah. korang memang ada hubungan kan. awak memang curang dengan saya kan sebelum ni? sebab tu la mamat ni beria sangat nak defend awak. hey Farhana, berapa dia bayar awak untuk tidur dengan dia?" 

Berdesing Daniel mendengar tuduhan tak berasas lelaki itu.  Kurang ajar. Tanpa teragak agak Daniel menghayunkan sekali lagi penumbuknya di wajah lelaki itu hingga terduduk Fairel dibuatnya.

"Kau ni memang jantan takda adab! kurang ajar!" jerkah Daniel dan mengangkat penumbuknya sekali lagi untuk hinggap ke wajah lelaki itu tetapi ditahan oleh Farhana

"Stop... Please..." pinta Farhana menatap wajah Daniel yang dah kemerahan takut kalau lembik si Fairel kalau dibiarkan sahaja

"Kau jangan nak fitnah Farhana. Dia bagi hati dia untuk kau jaga tapi kau sendiri yang hancurkan. Aku memang takda apa apa hubungan dengan dia sepanjang korang bercinta, tapi sekarang, Alyea Farhana, dia bakal isteri aku. Jangan berani nak ganggu bakal isteri aku lagi, this is my first and last warning. Dan jangan nak menabur fitnah dekat bakal isteri aku. Aku akan pertahankan dia walau apa pun yang jadi, walaupun aku kena bunuh kau, aku sanggup" ujar Daniel panjang lebar

Farhana tergamam dengan kata kata yang keluar dari mulut Daniel. Wajah lelaki yang kemerahan itu dia tatap. Bakal isteri? 

"Kau yang sia siakan dia Fairel, aku takkan sia siakan dia macam kau" sambung Daniel dan menarik tangan Farhana pergi dari situ

>>

suasana di restaurant itu senyap sunyi. Hanya terdengar suara orang lalu lalang sahaja. Farhana dan Daniel diam sepatah suara pun tak keluar. Kata kata Daniel kepada Fairel tadi berlegar di fikiran Farhana.

"Daniel-"

"Farhana..." belum sempat Farhana memulakan bicara lantas Daniel memotong

"hm?" 

Perlahan lahan Daniel mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Sekotak kecil yang dibuka, terlihat sebentuk cincin Daniel letakkan di atas meja dan dihalakan pada Farhana yang ada di hadapannya. Tergamam Farhana dibuatnya. Adakah dia akan dilamar?

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang