"masuk lah numan, apa yang termenung kat luar tu sayang?" panggil puan anita melihat anak lelakinya masih tercegat di luar rumahnya.
numan yang tersedar dari lamunannya itu terus melangkah masuk ke dalam rumah milik ibunya itu.
"rumah ibu dekat dengan pantai" kata numan melihat laut dari tingkap rumah itu
"numan suka pantai?" soal puan anita
lelaki itu hanya tersenyum.
"nanti numan boleh pergi bila ii masa je yang numan nak okay"
lelaki itu mengangguk faham.
sebaik saja melangkah masuk ke bilik baharunya itu, dia melihat setiap sudut biliknya. dia terpaksa datang ke sini demi meneruskan hidupnya. dia percaya yang dia takkan boleh teruskan hidup yang sempurna di sekolah lamanya itu. terlalu banyak pengalaman dan kenangan tentang dia dan auliya. dia tidak mampu. jadi dia terpaksa membuat keputusan untuk mulakan hidup baharu di tempat yang baharu. semoga yang baik ii sahaja. semoga dia dapat menjadi pelajar dan anak yang baik di sini.
_
suasana di kantin bising seperti sediakala. tetapi hanya sebuah meja sahaja yang senyap sunyi. meja yang dipenuhi dengan adriana, sofiya, farhana, najwa, antasha, haris, irfan dan faiz. sunyi sepi hanya terdengar bunyi kunyahan makanan dan hirupan air sahaja. mereka hanya termenung dengan tatapan mata yang kosong.
"haih, kita kehilangan dua kawan dengan sekelip mata" keluh adriana yang cuba memecah kesunyian
"keadaan pun berubah dengan sekelip mata" kata faiz pula
"aku rindu auliya, semua terasa sunyi tanpa auliya" kata farhana
"tanpa numan pun keadaan sunyi jugak" celah haris
masing ii masih tak dapat terima akan pemindahan kedua rakan mereka itu. bagi adriana dan lagi 5 orang rakannya itu, auliya ialah penyeri dalam persahabatan mereka. auliya selalu menceriakan hari ii mereka dengan sifat kelakarnya. tiada hari yang mereka tidak bergelak tawa jika ada auliya. sebaik saja auliya pindah, kelima ii rakan karib itu sudah tidak tertawa sepertu dulu lagi.
bagi haris dan rakan ii nya yang lain pula numan adalah rakan terbaik yang mereka pernah ada. lelaki itu mempunyai hati nurani yang baik walaupun mempunyai mulut yang pedih. sifat kenakalan yang ada pada lelaki itu buatkan semua rakan ii nya terhibur. tetapi kini hilang seorang penghibur dikalangan mereka.
"siapa sangka keadaan akan berubah secepat ni" kata najwa
"siapa sangka numan dan auliya yang dulunya ialah dua merpati sejoli, berkepit macam belangkas, sekarang masing ii dah hilang tanpa khabar" kata faiz
rindu pula mereka pada dua merpati sejoli yang sudah pun bercerai itu. sebelum ini, hari ii mereka dipenuhi dengan perangai ii cringe dan sweet auliya dan numan. kini semua itu sudah berakhir dengan sekelip mata.
2 tahun sudah berlalu..
numan sedang dalam perjalanan menghabiskan era diploma nya yang kini sudah berada di semester 4 di sebuah university bersama haris. ya haris kawan karibnya itu. mereka dipertemu kembali dalam sebuah universiti dan aliran yang sama iaitu diploma in Banking.
bagaimana hidupnya setelah 2 tahun? dia menjadi seorang lelaki yang tekun belajar. girlfriend? dia sudah jalinkan hubungan sebanyak 5 kali setelah dia putus dengan auliya maisarah. tetapi kesemua hubungan itu tidak bertahan lama walaupun hanya untuk setahun. paling lama pun 8 bulan. dan semua hubungannya terputus dengan kehendaknya sendiri dengan alasan yang sama iaitu tidak mahu long distance relationship, tidak sekufu, tidak mencapai standardnya dan macam ii lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Let's fix it ❤️🩹✔️
Fiksyen PeminatMengisahkan tentang Auliya Maisarah yang berkali kali dikhianati dalam percintaan setelah putusnya hubungan cinta pertamanya bersama Nu'man Basyir. Setelah berpisah dengan Nu'man Basyir, dia tidak pernah bertemu lagi dengan mana mana lelaki persis c...
