"Assalamualaikum...isterikuuu"
panggil Aiman sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumahnya bersama dengan tetamu yang tak diundang, siapa lagi kalau bukan Daniel Hafiz.
"Renjanaaa. Abang balik ni" panggil Aiman lagi menjenguk isterinya di dapur
"Eh abangg" terus Auliya berlari anak memeluk erat lelaki itu
"Abang I miss you so much" rengek Auliya
"Alolololo I miss you too babygirl" kata Aiman menghadiahkan kucupan ringkas di bibir
"Sayang masak apa ni?" Soal Aiman ingin tahu
"Nasi ayam gepuk"
Melopong mulut Aiman mendengar menu yang disebut isterinya itu.
"Sumpah la sayang? Sayang masak nasi ayam gepuk?" Soal Aiman tak percaya
"Iya la. Awak lupa ke isteri awak ni boleh masak semua benda" kata Auliya berlagak
Aiman tersenyum girang dan memeluk erat gadis itu tanpa hiraukan Daniel yang sedang minum air seperti di rumah sendiri.
"Boleh makan ke? Aku dah lapar ni" Daniel bersuara
"Solat la dulu" kata Auliya
"Iya la solat dulu la bro. Pergi la masuk bilik sewa kau, japgi tunggu kitaorang kat dapur" arah Aiman
Daniel menjeling lalu mengatur langkah menaiki tangga menuju ke bilik tetamu yang dah pun jadi hak miliknya kerana setiap minggu lelaki itu akan datang ke rumah mereka.
Auliya tersenyum sendiri sambil duduk santai di tepi tingkap biliknya apabila Aiman melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Dia menunggu sesuatu yang bakal berlaku.
Tiga...dua...satu....
"Sayang.. sayangg.."
Auliya tersenyum tanpa menyahut panggilan suaminya yang masih berada di dalam bilik mandi.
"Sayanggg sayangkuu sayanggg sayanggg"
Aiman bergegas keluar dengan tangan yang memegang pregnancy test.
"Sayang...." Aiman mengangkat objek itu menunjuk ke arah Auliya
Auliya hanya tersenyum.
"Cinta... you're pregnant?" Soal Aiman
Auliya tidak mampu menjawab, dia hanya tersenyum dengan air mata yang mula bertakung.
"Sayangg you're pregnant? Serious?" Soal Aiman lagi
Laju Auliya mengangguk dengan air mata yang dah pun mengalir.
"Oh my god, sayanggg"
Terus Aiman memeluk erat gadis itu. Susuk tubuh Auliya dia dakap dan angkat lalu memusing ii kan dengan gembira. Air mata seorang lelaki sudah pun jatuh. Lama mereka tunggu saat ini, akhirnya.
"Sayang I'm so happyyyyy. I don't know how to describe how happy I am right now" kata Aiman
Auliya tersenyum melihat lelaki itu. Air mata lelaki itu dia kesat lembut. Kedua ii pipi lelaki itu dia pegang. Wajah lelaki itu dia tatap. Jarak kian lama kian dekat dan chuppp, kedua ii bibir itu bersatu.
"Eeeee I can't wait to see you babyyyy" kata Aiman sambil mengusap ii perut isterinya
"We should tell ibu ayah and mama papa about this. Weekend ni kita balik jumpa diorang okayy. Can't waittttt" kata Aiman teruja
>
"Kau tidur sini ke malam ni?" Soal Aiman kepada Daniel yang sedang menikmati makanannya
"Taklah. Aku singgah sebab nak makan je. Maklum lah bujang kan." Balas Daniel
ANDA SEDANG MEMBACA
Let's fix it ❤️🩹✔️
FanfictionMengisahkan tentang Auliya Maisarah yang berkali kali dikhianati dalam percintaan setelah putusnya hubungan cinta pertamanya bersama Nu'man Basyir. Setelah berpisah dengan Nu'man Basyir, dia tidak pernah bertemu lagi dengan mana mana lelaki persis c...
