"amboii lamanyaa tak tengok cucu TokMa ni" sapa Puan Adila menggomol gomol cucu sulungnya itu
"tidur sini?" soal Puan Adila
"haah, esok balik la ma. Aiman tak boleh ambil cuti banyak kerja katanya" jelas Auliya
Puan Adila mencebik melihat ke arah Aiman yang sibuk mengusung beg beg baju mereka untuk bermalam di situ.
"mamaa, Auliya kan sebenarnya rindu nak makan masakan mama" ujar Auliya melentokkan kepalanya di bahu ibu mertuanya
"Boleh sayangku, Auliya nak makan apa cakap aje sayang mama masakkan special untuk Auliya" kata Puan Adila
"Auliya teringin nak makan daging salai masak lemak cili padi yang mama masakkan, lepas tu Auliya rindu nak makan rendang ayam yang mama selalu masak waktu raya" pinta Auliya manja
Puan Adila tertawa dengan celoteh menantunya itu. Kepala menantunya itu dia usap dengan penuh kasih sayang.
"anak mama tu sebenarnya tengah dalam fasa mengidam tu, macam macam masakan mama dia mengidam" sampuk Aiman melabuhkan di sofa bersama mereka
Tergamam Puan Adila mendengarnya.
"Auliya mengandung?" soal wanita itu pada menantu kesayangannya
Laju Auliya mengangguk dengan senyuman.
"wahhh tahniah sayangggg" ucap Puan Adila memeluk erat susuk tubuh menantunya itu
_
Terkedu Daniel sebaik sahaja memasuki bilik mesyuarat apabila melihat susuk tubuh yang amat dikenali dan dibencinya yang berada dalam bilik mesyuarat itu bersama Amzar Airil, Qistina Aisha.
"apa yang kau tercegat kat situ Niel? cepat la meeting dah nak start dah" Airil bersuara
dengan keadaan yang masih tergamam Daniel perlahan lahan melangkah mendekati mereka dan melabuhkan punggungnya di meja mesyuarat.
"kita bertiga aje ke? kenapa Aiman tak join meeting ni?" soal Daniel hairan dengan ketiadaan Aiman sedangkan Aiman juga merupakan CEO di company tersebut
"dia kan bahagian Finance, meeting ni tak termasuk Financial lagi" jawab Airil bersahaja
"so as you can see, Qistina Aisha, our ambassador untuk our big project coming soon"
Terbeliak biji mata Daniel mendengarnya.
"kita akan colaborate dengan company Qistina untuk Fashion Show terbesar kita di Melaka nanti. Jadi, Qistina akan jadi ambassador untuk our upcoming design" sambung Airil lagi
"kenapa kau tak bincang apa apa pun dengan aku dan Aiman. kenapa kitaorang tak tahu apa apa pasal hal ni?" Daniel mula bersuara
"Niel. kau tu bahagian marketing. Aiman tu bahagian finance. ini pula bahagian aku" kata Airil
"tapi aku dan Aiman tetap CEO Company AAD-"
"Encik Daniel Hafiz, kalau ada apa apa masalah boleh bincang dengan saya selepas meeting tamat" belum sempat Daniel menegas terus Airil memotong kata kata lelaki itu
Daniel cuba menahan amarahnya.
Sebaik sahaja mesyuarat antara mereka bertiga tamat, Qistina pun beredar dari syarikat AAD. Airil pula mengatur langkah menuju ke pejabatnya dan diikuti oleh Daniel yang hampir meletup dari menahan sabar sepanjang mesyuarat berlangsung.
"Kenapa kau tak bincang dengan aku dan Aiman dulu sebelum kau buat keputusan ni?" soal Daniel sejurus memasuki pejabat Airil
"tak habis lagi ke isu ni? kan aku dah cakap ini bahagian aku. korang buat je la bahagian korang" balas Airil
ANDA SEDANG MEMBACA
Let's fix it ❤️🩹✔️
Fiksyen PeminatMengisahkan tentang Auliya Maisarah yang berkali kali dikhianati dalam percintaan setelah putusnya hubungan cinta pertamanya bersama Nu'man Basyir. Setelah berpisah dengan Nu'man Basyir, dia tidak pernah bertemu lagi dengan mana mana lelaki persis c...
