✨12✨

13 0 0
                                        

"hey, is everything okay?" soal auliya lembut hairan dengan kelakuan lelaki itu

pelukan dileraikan perlahan dan kedua ii mereka melabuhkan punggung di pondok yang dah pun jadi milik mereka. 

"ayah marah I" hanya itu yang keluar dari mulut lelaki itu

walaupun tuan malik sudah reda dari amarahnya tapi lelaki itu masih bersedih. pedih di pipinya akibat ditampar itu masih terasa. pada awalnya dia berasa bangga kerana menjadi anak seorang pengetua di sekolah itu. tetapi lama kelamaan dia berasa title dia sebagai anak seorang pengetua itu sudah dia tak banggakan lagi. dia sudah berasa susahnya untuk menjaga nama baik ayahnya. dia berasa tak berguna bila banyak masalah yang dia cetuskan dan ayahnya yang bersusah payah untuk selesaikan masalah tersebut. ini kali pertama ayahnya itu berkasar. dia tak marah kerana dia rasa dia layak menerima itu dari dulu lagi. dia juga kecewa kerana terpaksa libatkan ayahnya lagi dalam masalah kali ini. 

"teruk ke ayah you marah?" soal auliya

"dia tampar muka I" 

terkedu tak terkata auliya dibuatnya. telapak tangan lelaki itu dia pegang lembut. 

"ayah you terkejut lagi kot, you bagitahu tak dekat dia apa yang jadi?" soal auliya lagi

"dah" balas lelaki itu sepatah

"then dia marah lagi?" soal auliya lagi

perlahan lelaki itu menggeleng. 

"so it's a good news lah kan" kata auliya 

"sayang. you nak tahu something tak?" soal numan

kening gadis itu dijungkit tanda ingin tahu.

"selama 5 tahun I kat sekolah tu kan, almost every months I buat masalah. bergaduh. tak buat homework. ponteng kelas. setiap kali I buat masalah, ayah I yang selesaikan masalah tu dengan cikgu sendiri. sejak awal I masuk sekolah, I bukan dikenali sebagai numan tapi dikenali sebagai anak tuan malik. bila ada apa ii masalah yang I buat, diorang takkan cakap numan basyir yang terlibat, tapi diorang akan cakap anak tuan malik yang terlibat dalam masalah tu, mana ii I pergi, apa yang I buat, semuanya I bawa nama ayah sekali, pada akhirnya, I tak bangga pun bila orang kenal I sebagai anak pengetua sekolah, I lagi suka bila orang tak tahu pun siapa ayah I" luah lelaki itu panjang lebar

"satu ii nya masalah yang I boleh selesaikan dengan sendiri ialah waktu kita dipanggil dengan puan maznah. itu ja masalah yang I mampu selesaikan sendiri, selain tu semuanya ayah yang tolong selesaikan, masa tu I nampak senyuman ayah seronok bila I cakap I akan selesaikan masalah tu tanpa bantuan dia" sambung lelaki itu 

"I dah janji dengan dia sejak dari tu, I takkan buat apa ii masalah dah, I akan jadi pelajar yang baik dan takkan burukkan nama ayah lagi. tapi bila masalah ni muncul, I rasa I ni anak yang tak berguna, ada ja masalah yang berpunca dari I, dan yang paling I kecewa dengan diri I, I tak mampu nak selesaikan masalah ni sendiri, bila ayah tahu kebenaran yang I cerita tadi, dia yang beria nak bantu I selesaikan masalah ni. I tak mampu nak tolak bantuan dia sebab I dah buntu tak tahu nak selesaikan masalah sebesar ni macam mana lagi" lelaki itu masih meluah segala yang terbuku di hati 

"I. kecewa sangat dengan diri I." sambung lelaki itu lagi 

sayu hati auliya mendengar segala keluhan lelaki itu. 

"tapi kali ni, masalah ni bukan berpunca dari you, you mangsa keadaan. sebab tu ayah you nak tolong you. sebab dia tahu anak dia tak salah kali ni" auliya bersuara cuba meredakan kesedihan lelaki itu

mata gadis itu numan tatap sedalam dalamnya. 

"bukan salah I. bukan salah I kan. I tak buat masalah kan kali ni" soal numan berkali ii masih tak yakin

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang