"wehh kalau aku cakap ni korang jangan terus pusing tau" pesan farhana
"apadia?" soal adriana ingin tahu
"budak ii ni kan, lately ni selalu lalu depan kelas kita lepas tu usya ii sini, ke aku je yang perasan?"
sebaik saja farhana memberitahu, kelima lima rakannya terus menoleh ke arah pintu untuk melihat pelajar ii yang diceritakan farhana itu. tepuk dahi farhana dibuatnya. lagi dia larang, lagi mereka buat kantoi.
"stupidest friends ever" jeling farhana geram
"haah aku pun perasan juga, tapi aku buat tak tahu je la kot ii diorang nak pergi makmal ke apa ke" kata najwa
"kalau nak diikutkan, laluan ke makmal tak guna jalan ni pun, blok ni mana ada makmak ke tandas ke apa, semuanya kelas, tak logik" kata antasha pula
"kan weh, bukannya sehari, hari ii mesti diorang akan lalu laluan ni" kata farhana
"ada la tu crush kat siapa ii dekat blok ni" kata sofiya cuba berhusnuzon
gosip tamat.
_
sejak beberapa hari ini haris perasan ada sekumpulan pelajar perempuan asyik jalan melepasi kelas mereka sambil tersenyum ii melihat ke arah dia dan numan. ada apa agaknya. takkan salah seorang dari mereka ada yang suka kepadanya kot. kalau adriana tahu, boleh mati dia dibuatnya. adriana itu dahla ketua segala cemburu. minta ii dijauhkan la apa yang ada difikirannya itu.
"tengok tu, tergedik ii, usya siapa entah" kata salah seorang rakan kelas mereka
"diorang berminat dengan kau kot haris" usik seorang lagi rakan kelas mereka
"wuishh minta simpang la, kang si adriana tu taekwandonya aku, diorang mampos sekali aku pun mampos" kata haris trauma taknak kejadian lama berulang
kejadian lama yang bermain difikirannya itu buatkan dia trauma seumur hidup. pada waktu itu ada seorang pelajar perempuan berminat dengannya. dia pula rahsiakan daripada adriana supaya tidak mahu gadis itu overthinking atau apa. tapi malangnya adriana tahu berita itu dari mulut orang lain. sebulan gadis itu tidak bercakap dengannya. segala pujukan langsung tak berjaya. bunga dibuang. coklat dibuang. dapat tamparan lagi di pipi akibat merahsiakan perkara tersebut. sungguh dia tidak mahu kejadian sama berulang.
"takpun dia berminat dengan BAKAL KETUA PENGAWAS kita" kata rakan kelas mereka dan menekankan perkataan bakal ketua pengawas itu sambil melirik ke arah numan yang sibuk menyiapkan latihan addmath supaya boleh cepat ii bertemu dengan kekasihnya
"tutup je lah pintu kelas tu, semak aku tergedik ii macam perempuan murah" sekali numan bidas, terkedu mereka dibuatnya
terus cepat ii haris berjalan menutup kedua ii pintu kelas mereka. dari awal mereka kenal numan memang seorang yang tidak sukakan perempuan yang terhegeh ii dan tergedik ii di depan lelaki. kalau dia nampak saja mana ii perempuan begitu, terus dimasukkan ke dalam blacklist. numan juga seorang lelaki yang mudah mengungkapkan apa yang terbuku di hati. kalau dia tak suka, dia cakap saja tanpa berlapik.
_
"kau betulke nak luahkan perasaan kau dekat abang numan ni?" soal mia tak percaya akan tindakan rakannya itu
"kenapa? tak percaya?" aina mengangkat kening
"takde la tapi we should have some respect la kan, dia kan dah ada girlfriend, lagipun tindakan kau ni, aku takut bawa masalah je nanti" kata mia takut
"masalah apa?" soal aina
"masalah la, kang kita bermusuh dengan senior pula, aku kalau boleh taknakla ada masalah dengan sesiapa sepanjang sekolah kat sini, nanti kang susah nak dapat apa ii jawatan" terang mia
ANDA SEDANG MEMBACA
Let's fix it ❤️🩹✔️
Fiksyen PeminatMengisahkan tentang Auliya Maisarah yang berkali kali dikhianati dalam percintaan setelah putusnya hubungan cinta pertamanya bersama Nu'man Basyir. Setelah berpisah dengan Nu'man Basyir, dia tidak pernah bertemu lagi dengan mana mana lelaki persis c...
