"Apa yang Adel mengadu?" Soal Numan berpeluk tubuh
"Dia tak mengadu pun. Dia meluah je kat isteri aku, tak salah kan"
Numan tersenyum sinis mendengarnya. Apa bezanya meluah dan mengadu? Sama saja.
"Aku tahu aku tak boleh halang perasaan kau dekat sesiapa pun, termasuk Auliya Maisarah. Tapi Man, she's my wife. Tipu lah kalau aku cakap aku tak triggered bila aku tahu yang ada lelaki lain cintakan isteri aku, dan lelaki tu pula ialah kau, orang yang aku anggap kawan baik, it has been more than 10 years Man, kenapa? Kenapa kau masih cintakan isteri aku? Kenapa kau masih tak boleh lupakan dia?" Ujar Aiman panjang lebar
"Bukan aku tak boleh lupakan dia. Aku pilih untuk tak lupakan dia. Aku yang pilih untuk terus cintakan dia" jawab Numan
Panas hati Aiman mendengarnya. Kalau bukan kawan, dah lama dia hayunkan penumbuk di wajah lelaki itu.
"Ya aku cintakan dia. Tapi aku takkan ganggu rumah tangga korang. Aku pilih untuk cintakan dia dalam diam sahaja. Aku takkan rosakkan rumah tangga korang. Kau tak perlu risau" kata Numan lagi
"Aku bukannya risau. Aku tak selesa. Aku tak selesa dengan perasaan kau terhadap isteri aku" tegas Aiman
"Jadi sekarang aku patut jauhkan diri dari family kau ke? Untuk aku selesakan kau" soal Numan
Aiman hanya diam tidak menjawab. Bukan itu yang dia mahukan. Dia cuma nak Numan buang segala rasa cinta terhadap isterinya. Itu sahaja yang dia mahukan.
"Macam yang aku kata tadi, aku tak boleh nak kawal perasaan kau, tapi Man aku harap sangat kau cuba buang cinta tu, aku percaya kau lelaki yang baik, kau boleh bagi cinta tu dekat perempuan lain yang jauh lagi layak untuk dapatkan cinta kau. Adel tu ikhlas cintakan kau Man, kau tak sepatutnya buat dia macam tu. Zaman sekarang ni susah tau nak dapat orang yang ikhlas cintakan kita. Cuba buka hati kau untuk cintakan perempuan lain lebih dari cinta kau dekat Auliya. Adel tu, she deserve to be love by you. Aku tahu kau sebenarnya cintakan Adel sangat, cuma kau pilih untuk nafikan cinta tu sebab kau taknak buang cinta kau dekat Auliya"
Panjang lebar Aiman menasihati kawan baiknya itu.
"Macam mana kalau aku masih cintakan dia?" Soal Numan
"Aku tak boleh buat apa, kau yang kawal perasaan kau, aku takda hak" jawab Aiman bersahaja
"Kau tak takut aku rosakkan rumah tangga kau?" Soal Numan lagi
"Hahaha Man, kalau kau nak rosakkan rumah aku, dari dulu kau dah buat kan, atau waktu aku suruh kau jaga Auliya untuk aku dulu, time tu kau dah boleh rampas dia kan" jawab Aiman
Numan tersenyum pahit. Ada betulnya juga apa yang dikatakan lelaki itu.
"Lagipun aku tak takut, sebab aku tahu cinta aku lagi besar dari cinta kau, jadi rumah tangga aku akan selamat tak kira apa cara yang kau buat" sambung Aiman lagi
Sekali lagi Numan tertampar dengan kata kata yang keluar dari mulut Aiman. Betul, cinta Aiman lagi besar dari cinta dia terhadap Auliya. Sebab itu Auliya tak memilihnya.
_
"Abang hellooo" sapa Auliya sebaik sahaja memasuki pejabat suaminya
"Eh jelitaa, what a surprisee" lantas Aiman bangun dari kerusi terus memeluk erat isteri tercinta itu, ubun ubun Auliya dia kucup lembut
"Auliya nak ajak abang lunch together, dah lama tak lunch dengan abang" kata Auliya dengan lunak suara yang manja
"Alolo sayangg miss me ke hm?" Kata Aiman dan mendekatkan wajahnya dengan Auliya
"Aiman"
Apabila jarak di antara suami isteri itu kian mendekat, Daniel menerjah pejabat itu macam biasa. Tak boleh sweet sikit pasti ada saja yang mengganggu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Let's fix it ❤️🩹✔️
Fiksyen PeminatMengisahkan tentang Auliya Maisarah yang berkali kali dikhianati dalam percintaan setelah putusnya hubungan cinta pertamanya bersama Nu'man Basyir. Setelah berpisah dengan Nu'man Basyir, dia tidak pernah bertemu lagi dengan mana mana lelaki persis c...
