✨86✨

10 0 0
                                        

3 bulan sudah pun berlalu dan Auliya masih mengalami alahan yang teruk. setiap pagi wajib muntah ii dahulu. Walaupun kandungan Auliya dah masuk 4 bulan tetapi perut Auliya masih belum kelihatan. 

"sayang.. bangun sayang, nanti lewat pula sayang pergi kerja" panggil Aiman sambil memakai tali lehernya

Auliya diam tidak menjawab. Aiman mendekati isterinya yang masih tidur itu. Pipi mulus isterinya dia pegang lembut.

"ehh panasnya" kata Aiman memegang bahagian dahi dan leher gadis itu

"sayang, awak demam ni sayang" kata Aiman masih cuba membangunkan isterinya

Auliya hanya mengeluh dengan wajah yang pucat. Terus Aiman meleraikan tali lehernya dan membuka butang baju kemejanya. Number telefon Daniel dia dail di telefon bimbitnya.

Hello bro, kenapa?

"Bro, aku tak masuk office harini tau, Auliya demam, apa ii dokumen yang nak aku semak, kau bawa datang rumah aku, thanks bro bye" kata Aiman dengan sekali nafas dan terus matikan panggilan tersebut tanpa menunggu jawapan dari rakannya

"sayang, kita pergi klinik ya? jom kita pergi klinik" ajak Aiman

dengan tiada tenaga gadis itu menggeleng. 

"saya tak larat la" ujar Auliya dengan suara yang perlahan tapi masih boleh didengar lelaki itu

Aiman diam sejenak.

"tapi suhu badan sayang panas sangat ni, bahaya la sayang" pujuk Aiman lagi

Auliya mula merengek manja tanda tidak mahu pergi ke klinik. Aiman diam cuba memikirkan jalan penyelesaian. 

"em okay abang call abang luqman ya? abang minta abang luqman datang check sayang kat sini, okay?" 

Gadis itu mengangguk perlahan tanda setuju. Terus Aiman mendail number sepupu iparnya untuk datang ke rumah mereka. 

>

"aiman" tegur Luqman sebaik saja menuruni tangga rumahnya

"iya abang, Auliya macam mana?" dari sibuk memasak terus Aiman berjalan mendekati Luqman 

"Abang dah drip air dalam badan dia, insyaAllah lepas habis drip tu okay la, cuma kena pantau suhu badan dia if over 38 celcius, cepat ii makan ubat. ha lepas tu Aiman kena paksa dia makan juga walaupun dia takda selera, jangan bagi perut dia kosong, dia tu ada gastrik, tengah mengandung pula" terang lelaki itu panjang lebar 

Aiman mendengar dengan teliti setiap penerangan dari sepupu iparnya itu. 

"okay la kalau takda apa ii abang balik dulu ya"

"abang taknak makan dulu? aiman ada masakkan sikit" ajak Aiman

"takpe ii lagipun abang kena balik hospital" 

Aiman mengangguk faham.

"terima kasih bang" ucap Aiman

>

pintu bilik mereka Aiman buka perlahan ii sambil membawa dulang yang berisikan susu dan juga bubur ayam yang baru sahaja dimasak tadi. Dulang tersebut dia letakkan di meja kecil di penjuru katil itu, dia melabuhkan punggungnya dan mendekatkan wajahnya dengan wajah isterinya. sayu dia melihat wajah pucat gadis itu. 

"jelita... jelita" panggil Aiman lembut sambil mengelus perlahan rambut Auliya

"ehm"

"jelita bangun sayang, makan sikit" kata Aiman

perlahan Auliya menggeleng.

"jelita, taknak macam ni. awak kena bangun makan sikit, makan ubat biar cepat sihat" pujuk Aiman

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang