✨120✨

7 1 0
                                        

Cincin yang terletak elok di dalam kotak kecil itu Farhana tatap lama. Fikirannya bercelaru. Patut kah dia terima lamaran lelaki itu atau patut kah dia tolak lamaran lelaki itu.

Kenapa dia patut terima lamaran lelaki itu? Daniel seorang yang baik, tampan, ada ideal body yang dia mahukan, hormat orang tua, hormat perempuan, ada kerjaya tetap, ada segalanya.

Kenapa dia tak patut terima lamaran lelaki itu? Tiada. Tiada satu sebab pun yang boleh dijadikan alasan untuk dia tolak lamaran Daniel Hafiz.

Cincin itu perlahan lahan Farhana ambil dan teliti di setiap sudut.

"Ya Allah, jika benar dia yang Engkau takdirkan untukku, jika dia yang terbaik untuk aku, keluarga aku dan agamaku, maka Engkau permudahkanlah segalanya Ya Allah. Aku serahkan semuanya pada-Mu"
Ujar Farhana dan sarungkan cincin itu di jari manisnya.

_

Sebaik sahaja Farhana keluar dari bangunan kerjanya matanya tertumpu ke arah kereta yang terparkir elok di hadapan bangunan itu. BMW berwarna soft pink itu sebiji seperti kepunyaannya. Depan belakang kiri kanan kereta itu dia teliti, nombor plat kereta itu juga sama seperti miliknya iaitu HNA2507.

"Pakcik!!! Pakcik tahu tak siapa yang parkir kereta ni? Pakcik tahu tak dia pergi mana?" Soal Farhana pada pengawal yang menjaga di luar bangunan itu

"Tak Cik Hana. Pakcik pergi tandas tadi, bila pakcik datang balik kereta tu dah ada dekat situ"

Gadis itu mengangguk faham dan kembali mendekati kereta itu. Terus dia mendail number Daniel.

"Hello Niel, siapa yang hantar kereta aku dekat office?"

Keretaa kau dah sampai office? Kau tak nampak sesiapa ke kat sana?

"Tak!!! Pengawal kat sini pun tak tahu siapa"

Kalau macam tu hantu lah kot yang hantar

"Ish jangan main main lah!!!" Bentak gadis itu geram

"Kau kat mana ni?" Soal gadis itu ingin tahu

Tiba tiba bahunya dicuit dari belakang, sebaik saja dia pusing susuk tubuh Daniel yang berada di belakangnya dengan senyuman di bibir.

"Aku kat sini" kata Daniel tersenyum

Farhana mendengus dan berikan sebuah jelingan tajam. Main main betul lah dia ni!

"Berapa harga baiki?" Soal gadis itu ingin tahu

"Sebabkan aku cakap ni kereta bakal isteri aku, so owner bengkel tu bagi free of charge" selamba lelaki itu membalas

Lantas Farhana menampar bahu lelaki itu, pedih rasanya.

"Main main lah kau ni! Cepat lah berapa!?" Marah Farhana

"Free! Nak bayar apa memang owner tu cakap free aje"

"Haihh, iyala terima kasih" ucap gadis itu dengan jelingan

Daniel tersenyum melihatnya.

"Nah kunci. Jom lunch. Kelaparan tau aku tunggu kau habis kerja" kata Daniel menghulurkan kunci kereta milik gadis itu

Sebaik saja menadah tangannya untuk menyambut kunci itu, mata Daniel tertumpu ke arah jari manis gadis itu yang dah tersarung sebentuk cincin. Lantas Daniel menarik telapak tangan gadis itu untuk melihat dengan lebih jelas.

"Cincin ni.... Cincin ni... cincin aku kan!?!?!?" Soal Daniel teruja

Gadis itu diam tidak menjawab.

"Apa maksudnya.... Kalau kau dah pakai cincin ni.... Apa maksudnyaa apa maksudnya apa maksudnya!?!??!?" Soal Daniel berkali kali tanpa jemu

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang