"Aii, teringatkan masa lalu ke" tegur Aiman melihat Daniel yang ralit merenung nasib di depan sungai han
Daniel hanya tersenyum pahit.
"Dah dah la tu, anggap aje takda jodoh antara korang, mungkin jodoh kau lebih baik dari dia" Aiman cuba lembutkan hati lelaki itu
"Entah la man, aku sekarang ni dah malas dah nak cari sesiapa. Lantak lah kalau tak kahwin pun. Lagi aku fikirkan kahwin, lagi hati aku sakit" luah Daniel
"Paaa!!!"
Dari jauh Aiden memanggil Daniel dengan panggilan papa sambil berlari anak menuju ke arah dia. Sebaik sahaja anak kecil itu sudah mendekat terus Daniel menangkap dan mendukungnya. Pipi gebu anak kecil itu Daniel gomol geram.
"Aku takpayah kahwin pun takpe, aku dah anak kau. Aku anggap macam anak aku sendiri" ujar Daniel
Aiman hanya tersenyum. Tak dinafikan yang Daniel sangat sayangkan anaknya, Aiden. Dari Aiden dalam kandungan lagi Daniel dah belikan macam macam untuk anak kecil itu. Setiap hujung minggu dia mesti datang ke rumah suami isteri itu untuk meluangkan masa dengan Aiden. Aiden Nufael umpama anak angkatnya sendiri.
"Ha malam ni kau tolong jagakan Aiden boleh?" Pinta Aiman
Daniel mengecilkan bola matanya melihat Aiman. Dia dapat menghidu rancangan suami isteri itu.
"Alah nanti aku belanja lah kau, nanti sebelum balik kita singgah mall beli apa yang kau nak" ujar Aiman
"Okay cun! Sepanjang malam ni aku akan pastikan Aiden tak kacau korang langsung" tegas Daniel
"Bagus, tak sia sia aku bawa kau" kata Aiman menepuk nepuk pipi Daniel seperti anak kecil
_
Sebaik sahaja Auliya keluar dari bilik mandi, dia terhidu bau wangian yang sangat wangi. Seingatnya takda pula dia spray apa apa wangian dalam bilik itu sebelum dia masuk kamar mandi. Langkahnya terhenti apabila melihat suaminya yang terbaring di atas katil sambil merenung tajam ke arahnya yang hanya memakai bathrobe.
"Abang ada spray apa apa perfume ke? Wangi semacam aje bilik ni" soal Auliya melabuhkan punggungnya di kerusi meja solek yang ada dalam bilik itu
Perlahan lahan Aiman mengatur langkah menuju ke isterinya.
"Haah la sayang. Wangi semacam aje malam ni. Wangi macam.... Bunga" ujar Aiman tepat di tepi telinga isterinya
Perlahan lahan Auliya menoleh memandang wajah suaminya. Berdebar hatinya melihat Aiman tersenyum nakal di sebelahnya.
"Jelita cantik sangat malam ni" ujar Aiman
Auliya perlahan lahan bangun dari tempat duduknya dan mengundur ke belakang seperti dah boleh hidu permainan suaminya. Aiman tersenyum melihat gelagat isterinya, baju sleeveless yang dipakainya sepantas kilat dia buka sengaja nak menakutkan lagi isterinya. Bertambah lagi debaran di dada Auliya melihat otot otot suaminya itu.
"Abang kenapa ni....." soal Auliya masih mengundur tapi Aiman tetap mendekat
"Abang cuma nak malam ni bertukar ke malam kita, berdua" ujar Aiman masih mendekati sang isteri
Auliya diam membisu. Langkahnya terhenti kerana sudah tiada jalan lagi untuk dia melangkah, tubuhnya sudah bertembung dinding, Aiman sudah pun berdiri merapatinya.
"Kenapa cinta saya ni malu sangat? Macam kali pertama pula" usik Aiman
"Sayang tahu kan apa abang akan buat kalau sayang malu macam ni?" Usik lelaki itu lagi melihat wajah isterinya sudah merah padam
"Malam ni, hanya ada abang, sayang, dan cinta kita. Takda siapa yang boleh ganggu malam kita, okay" ujar Aiman sambil membuka tali bathrobe yang diikat di tubuh isterinya itu
ANDA SEDANG MEMBACA
Let's fix it ❤️🩹✔️
Fiksyen PeminatMengisahkan tentang Auliya Maisarah yang berkali kali dikhianati dalam percintaan setelah putusnya hubungan cinta pertamanya bersama Nu'man Basyir. Setelah berpisah dengan Nu'man Basyir, dia tidak pernah bertemu lagi dengan mana mana lelaki persis c...
