✨117✨

2 0 0
                                        

Sedang Daniel berjalan seorang diri ditemani troli untuk membeli belah barang barang dapur, dia melihat Farhana yang berada tak jauh darinya yang turut membeli belah bersama seorang wanita dalam lingkungan umur 50-an. Tanpa teragak agak terus lelaki itu berjalan mendekati mereka.

"Farhana" tegur Daniel tersenyum dan menunduk hormat ke arah wanita yang berdiri di sebelah gadis itu

"Ouh hai. Mama ni Daniel. Kawan Hana, Auliya dan kawan baik Aiman" jelas Farhana pada ibunya

Wanita itu mengangguk dengan senyuman.

>>

"Okay lah Far, aunty. Ada rezeki kita jumpa lagi" ujar Daniel sebaik saja selesai membayar barang barangnya

"Eh jom lah join kitaorang lunch sekali" ajak wanita berumur itu

"Mama. Dia busy tu" kata Farhana cuba menolak pelawaan itu bagi pihak Daniel

"Takde lah. Harini kan weekend, mana ada busy. Jom aunty. Sini aku bawakan barang barang tu"
celah Daniel lalu mengambil plastik plastik barang yang dibeli dua beranak  tadi dan berjalan bersama sama menuju ke foodcourt yang ada di pasar raya itu.

"Daniel kerja apa?" Soal wanita itu

"Saya CEO of Marketing Department dalam company AAD, aunty. Satu syarikat dengan Aiman, suami Auliya" ujar Daniel

"Oooo bertuahnya, muda muda lagi dah ada jawatan yang tinggi" puji wanita itu

"Hahaha takda la muda pun aunty, umur saya pun dah 31 tahun" kata Daniel tersipu malu

"Belum kahwin?"

Perlahan lahan Daniel menggeleng.

"Si Hana ni pun sama lah, umur dah berapa dah tapi calon pun takda, entah bila la agaknya aunty ni nak merasa ada menantu, timang cucu macam kawan kawan aunty" luah wanita itu

Farhana mencebik. Tak habis habis isu kahwin, naik muak didengarnya.

"Takpe la aunty, biar lambat asalkan dengan orang yang tepat. Kalau terburu buru nanti takut jadi apa apa pula dalam perkahwinan tu. Biarlah ada pelangi selepas hujan. Penantian pun tak sia sia" jelas Daniel cuba pertahankan Farhana yang dah masam mencuka

"Betul tu. Jodoh Hana sekarang tak tahu kat mana mama, entah kat mana dia duduk sampai tak jumpa Hana dekat sini" sampuk Farhana

"Kadang kadang tak jauh pun, jodoh tu boleh jadi depan mata aje"

Tertampar Farhana dengan kata kata lelaki itu.

>>>

"Daniel tu baik kan" wanita separa tua itu mula bersuara

Farhana yang dah tahu taktik ibunya itu hanya mendiamkan diri.

"Handsome, bekerjaya, baik, suka tolong orang" puji wanita itu lagi

"Hana dengar tak ni?" Geram wanita itu melihat anak perempuannya hanya pekakkan telinga

"Mama nak Hana cakap apa? Puji dia juga macam mana mama puji dia?" Jeling Farhana

"Takkan lah kamu tak suka"

Farhana diam, terus mengatur langkah menuju ke biliknya.

"Diam tu tandanya suka la kan!?" Wanita itu masih bersuara dan tersenyum

_

Tiba hari di mana hari Gender Reveal Party Auliya Maisarah dan Aiman. Majlis itu seratus peratus disediakan oleh Daniel dan Farhana. Mereka berdua bekerjasama untuk menjayakan majlis itu dan hanya mereka berdua yang tahu jantina bayi yang dikandung oleh Auliya.
Majlis itu pula hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kawan rapat sahaja.

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang