✨13✨

12 1 0
                                        

"Sayang, I tak boleh tunggu sampai you balik, I ada hal dekat luar" kata numan apabila sampai saja di stesen menunggu sekolah itu

"Hal apa? You takda bagitahu I apa ii pun" soal auliya ingin tahu

"Em, buat masa sekarang rahsia, nanti lepas selesai semua I bagitahu you okay sayang" jelas lelaki itu

"Don't worry about me okay, nanti dah balik update I tau, love you so much sayang" kata lelaki itu lagi sambil mengusap lembut kepala kekasihnya itu

_

Tayar motosikal shahrul dipancitkan oleh faiz tanpa pengetahuan sesiapa. Ini menjadi asbab untuk shahrul bersetuju apabila faiz ingin tumpangkan dia pulang.

"Kita singgah tempat lepak aku jap eh, aku nak ambil barang" kata faiz pada shahrul

Lelaki itu hanya bersetuju tanpa berfikir. Pada awalnya faiz juga tak sampai hati nak buat kerja ni, tapi disebabkan dia banyak terhutang budi pada numan jadi dia terpaksa tolong rakannya itu dalam masa yang sama dia kasihan pada shahrul selaku rakan kelasnya itu walaupun pada awalnya dia tak sukakan lelaki itu kerana sifat barannya yang terlampau. Tambahan pula sebelum ni dia juga pernah bertumbuk dengan shahrul akibat ketidak sefahaman.

Disebabkan rasa bersalah, dia terpaksa menghantar mesej pada haris dan memberitahu apa yang akan terjadi dan berharap haris akan sampai tepat pada masanya. Hanya haris saja yang mampu tahan dan redakan amarah seorang numan basyir itu.

"Em kau tunggu jap eh, aku nak masuk ambil barang kejap" kata faiz dan berjalan masuk ke dalam sebuah rumah usang kecil yang menjadi tempat lepak dia dan rakan ii nya

"Dia ada kat luar ke tu?" Soal numan sambil menatap gambar auliya dalam telefon bimbitnya

"Betul ke apa yang kau nak buat ni? Kau boleh je bincang elok ii dengan dia daripada bergaduh macam ni. Kau tak takut ayah kau tahu ke?" Soal faiz bertubi ii

"Ni luar kawasan sekolah, apa yang aku buat dah tak libatkan dia" balas numan dan berjalan keluar dari rumah kecil itu

"Yah" panggil numan lantang

Shahrul yang dari tadi termenung terus terjaga dari lamunan dan melihat ke arah numan yang menghampirinya.

"Aku dengar kau bergaduh dengan perempuan tadi"

Shahrul hanya diam tak menjawab apa ii.

"Kau tahu tak yang kau pukul tu siapa?" Soal numan

"Tahu. Awek kau. Jadi?" Balas shahrul

"Kau tahu apa aku boleh buat bila kau cederakan dia kan"

"Kau tak payah nak ugut aku dengan kuasa bapak kau lah" jeling shahrul

"Nope, kalini aku takkan gunakan kuasa bapak aku. Tapi kuasa aku" kata numan

"Hah?"

Terus lelaki itu menghayunkan penumbuk di wajah shahrul. Terlentang lelaki itu dibuatnya. Maka bermula lah sebuah pergaduhan antara numan dan shahrul.

"Yahhh sudahla tuu, numan. Shahrul." Faiz cuba hentikan pergaduhan tersebut tapi tidak berjaya, malah makin teruk

Hampir saja numan menghayunkan helmet ke arah lelaki itu tapi tiba ii auliya yang datang entah dari mana menahan tindakan lelaki itu dengan memeluk tubuhnya dari hadapan. Terkejut lelaki itu apabila melihat kehadiran kekasihnya. Perlahan ii auliya mendongak dan menatap wajah lelaki itu.

"Yah apa korang buat ni!? Shahrul! Macam mana kau boleh ada kat sini!?" Lantang haris bersuara

"Tak payah nak buat ii tak tahu lah, korang saja nak perangkap aku kan" kata lelaki itu dan merenung tajam ke arah faiz

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang