"puan, push puan"
"sikit lagi puan"
"push puan"
"puan push sikit lagi puan"
"dah nampak kepala baby dah puan"
"good puan sikit lagi puan"
Auliya menahan sakit yang bukan kepalang. Air matanya tak henti ii keluar akibat terlalu sakit yang tak tertahan. Telapak tangannya dipegang erat oleh Aiman yang setia berada di sisinya. Kepala Auliya dia tak henti ii usap dan memberi semangat kepada isterinya itu. Jujur hatinya juga sebak melihat kesakitan yang tak tertanggung isterinya untuk melahirkan malaikat kecil mereka. Air mata Aiman juga mengalir apabila melihat isterinya yang bertungkus lumus berusaha untuk melahirkan cahaya mata pertama mereka.
"sayangg, sikit lagi okay, sikit je lagi kita nak jumpa anak kita dah" ujar Aiman dengan suara yang bergetar akibat sebak
3
2
1
Bergema suara bayi memenuhi ruang di Labour Room.
"Alhamdulillah"
"Tahniah puan"
"alhamdulillah bayi dikeluarkan pada jam 7:50 petang"
ujar kesemua doktor dan jururawat ii yang ada di situ.
"Alhamdulillah. You did it sayang. Thank you sayang" ucap Aiman sebak dan mengucup dahi isterinya
Auliya mengukir sebaris senyuman. Wajahnya terlalu lesu, terlalu letih. Kelopak matanya perlahan lahan tertutup dengan sendirinya. Aiman mula panik melihat Auliya yang tak sedarkan diri.
"sayang.. sayang... sayang bangun sayanggg" panggil Aiman panik sambil menepuk lembut pipi pucat isterinya
"doktor... doktor kenapa dengan isteri saya doktor?" soal Aiman
Doktor yang ada di situ terus memeriksa keadaan Auliya yang dah tak sedarkan diri.
"jangan risau encik. Puan Auliya cuma pengsan sekejap je mungkin disebabkan terlalu penat, encik boleh uruskan baby dulu sementara saya nak jahitkan luka Puan Auliya" jelas doktor yang dikenali sebagai Doktor Ariani
Maka sejak saat itu, bermulalah kehidupan Aiman dan Auliya sebagai seorang ibu bapa. Aiden Nufael yang dilahirkan dengan berat 3.35 kg, merupakan anugerah terbesar dari Tuhan buat mereka berdua.
Keesokan harinya...
Perlahan lahan kelopak mata Auliya dibuka. Dia melihat susuk tubuh suaminya yang berdiri tak jauh dari katilnya sedang mendukung anak mereka yang baru sahaja dilahirkan beberapa jam yang lepas. Auliya terukir sebuah senyuman melihat adegan tersebut.
"abang..." panggil Auliya dengan suara yang perlahan
"ehh mama awak dah bangun lah... say good morning mama" kata Aiman sambil berjalan mendekati isterinya bersama baby comel mereka
"baby rindu sangat dekat mama ni, lama mama tidur" kata Aiman lagi dan perlahan lahan serahkan bayi kecil itu kepada isterinya
"comelnya anak mama" kata Auliya menghadiahkan sebuah ciuman pada dahi kecil bayi itu
Air mata yang mengalir di pipi Aiman cepat ii lelaki itu kesat.
"abang menangis?" soal Auliya
"alamak. Daddy awak menangis lah sayang" ujar Auliya kepada anaknya
Aiman tertawa kecil. Perlahan lahan dia memegang lembut telapak tangan isterinya.
"Terima kasih sayang. Terima kasih sebab sudi lahirkan zuriat abang. Terima kasih sebab sanggup taruhkan nyawa sayang demi anak kita. Terima kasih sebab sudi tumpangkan anak kita dalam rahim sayang. Terima kasih sayang" tak henti ii Aiman mengucapkan terima kasih kepada gadis itu
ANDA SEDANG MEMBACA
Let's fix it ❤️🩹✔️
Fiksyen PeminatMengisahkan tentang Auliya Maisarah yang berkali kali dikhianati dalam percintaan setelah putusnya hubungan cinta pertamanya bersama Nu'man Basyir. Setelah berpisah dengan Nu'man Basyir, dia tidak pernah bertemu lagi dengan mana mana lelaki persis c...
