✨51✨

13 0 0
                                        

"numan. kita kena pergi hospital kajang sekarang" kata auliya panik

"hospital kajang? yah auliya. jauh tu. tiga jam baru sampai" kata numan pula

"please numan. I merayu dekat you. bawa I pergi sana sekarang" pinta auliya yang dah mula sebak

"tap-"

"okay kalau you taknak, hantar I dekat stesen mana ii I boleh pergi sendiri" lantas auliya memotong

"auliya. auliya maisarah. calm down okay calm down. kita pergi sekarang, okay" kata numan cuba menenangkan gadis itu yang dah mula bergetar

perlahan ii auliya mengangguk dan kembali bersandar dan melihat ke luar tingkap kereta. 

sepanjang perjalanan suasana di dalam kereta itu sunyi sepi hanya mendengar bunyi penghawa dingin sahaja. radio juga ditutup. numan mencuri ii pandang ke arah auliya yang menatap ke arah telefon bimbitnya yang terpapar gambar dia bersama seorang wanita tua. gadis itu tak henti ii mengusap gambar tersebut.

 gadis itu tak henti ii mengusap gambar tersebut

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"sabar nenek.. tunggu auliya ya nenek..sikit je lagi..nenek tolong bertahan sikit je lagi" ucap auliya perlahan sambil menatap gambar tersebut

tanpa sebarang suara gadis itu mengeluarkan air mata tanpa henti. numan yang dari tadi mencuri pandang gadis itu perlahan ii dia menyeluk tangannya di celah seat keretanya dan menarik beberapa helai tisu lalu menghulurkan ke arah gadis itu. perlahan ii auliya mengambil dan kembali menangis tanpa suara. 

"don't worry okay. I cuba drive sepantas yang I boleh" kata numan dan menekan pedal minyak lebih dalam 

_

lihat saja kelibat Puan Adila dari jauh terus aiman melepaskan beg bajunya dan berlari mendapatkan ibunya itu. tangan wanita itu dia salam dan terus memeluk erat ibunya.

"nenek macam mana mama? nenek okay ke ma? nenek kat mana ma?" soal aiman bertalu ii

"nenek ada kat dalam dengan atuk"

terus aiman berjalan memasuki bilik pesakit dan terus bersalam dan mendakap neneknya yang terlantar tidak berdaya di katil pesakit itu. atuk perlahan ii mengatur langkah keluar dari situ memberi ruang kepada isteri dan cucunya. 

"aiman..." panggil wanita tua itu tidak bermaya

"nenek. nenek tak boleh macam ni. nenek tak boleh pergi dulu. nenek dah janji nak ada dengan aiman sampai aiman berjaya. nenek kena kuat nek. nenek dah janji. nenek tak boleh mungkir janji. nenek kena tunggu sampai aiman berjaya. nenek tak boleh tinggalkan aiman sekarang. nenek kena jaga aiman lagi walaupun aiman dah besar" luah aiman dengan air mata yang dah pun mengalir 

"kamu...lambat...sangat..nenek...dah..tak..kuat...nak..tunggu..." balas wanita itu satu persatu dengan nafas yang tidak stabil

"tak nenek. nenek kena tunggu aiman. aiman dah nak berjaya nek. sikit je lagi nenek. nenek kena bertahan sikit je lagi untuk tengok aiman berjaya. aiman dah nak habiskan degree nek sikit je lagi. nenek tak boleh pergi dulu. nenek kena kuat. aiman nak nenek ada waktu aiman graduate nanti. aiman nak gunakan gaji pertama aiman untuk nenek dulu. nenek tolong lah bertahan" kata aiman teresak ii

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang