"Sayang percaya ke yang dia tu dah berubah?" Soal Aiman masih ragu tentang apa yang diceritakan oleh isterinya sebaik sahaja Qistina beredar dari rumah mereka
"Dia tu perempuan licik tahu tak, dia ada seribu satu cara untuk menipu" sampuk Daniel pula
"Tak baik tau buruk sangka. Nanti jadi fitnah pula" jawab Auliya
"Bukan buruk sangka sayang. Abang taknak sayang percayakan sangat dia tu. Takut kalau itu muslihat dia aje" ujar Aiman
"Auliya faham. Tapi abang, Auliya nampak yang dia betul betul ikhlas. Dia pun dah kahwin, dia pun ada anak. Takkan dia tergamak nak buat benda buruk. Dia tu dah matang la abang. Dah jadi ibu, isteri" kata Auliya cuba membantu suaminya dan Daniel untuk berfikiran positif
"Okay lah kalau sayang cakap macam tu. Tapi abang taknak kita rapat sangat dengan dia. Okay?" Pesan Aiman
Auliya mengangguk faham. Dia faham yang suaminya cuma risau kalau pisang berbuah dua kali. Dia juga faham yang Aiman cuma trauma atas apa yang berlaku sebelum ini. Aiman cuma takut kalau Qistina akan buat sesuatu yang akan buatkan Auliya tinggalkan Aiman seperti dulu.
_
Aku busy lah. Aku ada banyak meeting hari ni. Kau lunch aje la dengan Aiman dan Auliya. Tak bosan ke hari hari lunch dengan aku?
Farhana mengomel melalui panggilan telefon yang dibuat oleh Daniel.
"Cik Farhana, Cik Farhana ada tetamu. Saya dah cuba halang dia dari masuk bilik Cik Farhana tapi dia tetap degil" kata Aralyn selaku personal assistant Farhana di pejabat itu
Sebaik sahaja Farhana melangkah masuk ke dalam pejabatnya dia melihat susuk tubuh Fairel yang ada di dalam pejabatnya. Terus dia matikan panggilannya bersama Daniel. Dia melihat ke arah Aralyn yang dah menunduk serba salah.
"Sokay Lyn. Standby security for me. If anything happen, masuk bilik saya dengan security" pesan Farhana
Aralyn mengangguk faham. Sebaik sahaja Aralyn beredar, terus Farhana mengatur langkah dan melabuhkan punggung di tempat duduknya tanpa hiraukan lelaki itu yang melihatnya.
"Awak nak apa lagi Fairel? Tak malu ke terjah office orang macam ni?" Farhana mula bersuara
"Farhana I miss you. Please. Bagi saya peluang kedua. Saya akan betulkan semuanya" ujar Fairel
Gadis itu tersenyum sinis.
"Untuk apa peluang kedua tu? Untuk awak mainkan hati saya lagi? Untuk awak tipu saya lagi? Untuk awak perbodohkan saya lagi?" Sindir Farhana
"Saya menyesal buat awak macam tu. Tolong bagi saya satu lagi peluang. Saya janji saya akan gunakan peluang ni betul betul. Bagi peluang untuk saya betulkan balik hubungan kita, untuk kita kahwin. Saya akan halalkan awak Farhana trust me. Kita akan kahwin, macam yang awak nak." Bersungguh sungguh lelaki itu cuba yakinkan Farhana
Sekali lagi gadis itu tersenyum sinis. Terus dia bangun dari tempat duduknya dan berjalan mendekati lelaki itu.
"Dulu awak putuskan hubungan kita sebab awak taknak kahwin. Sekarang, awak nak peluang kedua untuk kahwin dengan saya pula. Fairel, awak ni waras ke tak?" Sindir Farhana lagi
Lelaki itu menunduk malu.
"Saya dah tak cintakan awak Fairel. Awak nak kahwin? Awak cari lah perempuan lain. Saya takkan balik pada awak. So now, you can go" kata Farhana
"Kenapa? Awak dah ada jantan lain ke?" Soal Fairel tersenyum sinis
"What do you mean?"
"Jantan yang awak selalu keluar tu. Daniel? Jantan baru? Awak gunakan dia untuk lupakan saya?" Fairel cuba membuat spekulasi sendiri
ANDA SEDANG MEMBACA
Let's fix it ❤️🩹✔️
Fiksyen PeminatMengisahkan tentang Auliya Maisarah yang berkali kali dikhianati dalam percintaan setelah putusnya hubungan cinta pertamanya bersama Nu'man Basyir. Setelah berpisah dengan Nu'man Basyir, dia tidak pernah bertemu lagi dengan mana mana lelaki persis c...
