✨64✨

9 0 0
                                        

"aku mungkin balik lewat malam ni, jadi kalau kau lapar kau makan lah dulu eh" pesan auliya

"lewat kau tu pukul berapa?" soal farhana

"entah la aku ada meeting dengan client baru harini, boss aku cakap kalau boleh nak settlekan record by today la so paling lambat maybe at 8 or 9 pm macam tu" jelas auliya

"ouh takpe lah aku dinner kat luar je" 

auliya mengangguk faham. 

>

sedang auliya sibuk menyediakan bahan ii untuk meeting bersama client barunya hari ini tiba ii pintu pejabatnya diketuk. terus dia mengarahkan orang yang mengekut itu masuk.

"Puan Zarina dah tunggu Cik Auliya dekat dalam meeting room" jelas Aireena selaku PA kepada bossnya itu

"client kita dah sampai ke?" soal auliya 

"on the way Cik Auliya" balas gadis itu

auliya mengangguk faham dan mula berangkat ke meeting room. pintu kaca bilik mesyuarat itu dia ketuk dan terus masuk tanpa disuruh. dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Puan Zarina.

>

sebaik sahaja seorang lelaki yang berketinggian dalam 180cm dan bertubuh ideal itu melangkah masuk ke dalam syarikat Queens, kesemua staff tumpu ke arah lelaki itu. ada yang sudah pun lemah lutut, ada juga yang dah ternganga melihat lelaki kacak itu. gaya lelaki itu berjalan sambil membetulkan tali lehernya dengan baju yang dilipat bahagian tangan hingga ke paras lengan, cukup untuk membuatkan gadis ii yang bekerja di situ tak keruan. 

"saya Finance Manager dari company AAD ada meeting dengan... if I'm not mistaken, Puan Zarina" kata lelaki tampan itu

"ouh iya, sila ikut saya" pinta Aireena yang cuba berlagak biasa padahal dalam hati dah meronta melihat ketampanan lelaki itu

sebaik saja lelaki itu hilang dari pandangan mereka, terus mereka mulakan gosip hangat tentang lelaki itu, terus lupakan kerja yang bertimbun.

>

"nervous ke cik auliya kita?" soal puan zarina 

"hihi a little bit" balas auliya mengetap gigi

"don't worry, buat macam mana kamu selalu buat, saya pilih kamu sebab saya tahu kamu yang terbaik dan takkan mengecewakan saya atau client kita nanti" ujar puan zarina cuba menenangkan pekerja terbaiknya itu

"terima kasih puan sebab percayakan saya" ucap auliya 

tiba ii pintu kaca itu diketuk dan Aireen yang menjengah.

"client kita dah sampai puan" ujar gadis itu

"okay panggil dia masuk" arah puan zarina lantas berdiri bersama auliya untuk menyambut kedatangan client terhormat mereka

sebaik saja lelaki itu memasuki bilik mesyuarat tersebut, langkah lelaki itu terhenti seketika apabila melihat seorang gadis dikenalinya yang sedang berdiri menyambut kehadirannya. 

auliya pula dari tersenyum tiba ii melihat susuk tubuh lelaki itu, senyumannya kian pudar. adakah dia bermimpi? 

"bunga" perkataan tersebut spontan keluar dari bibir lelaki itu dengan nada yang perlahan

aiman faiz. nama yang dia tidak mampu keluar dari bibirnya tetapi keluar di fikiran dan hatinya sebaik saja dia melihat susuk tubuh lelaki itu memasuki ruang mesyuarat.

"selamat datang ke Queens" sapa puan zarina teruja

terus aiman terjaga dari lamunannya dan berjalan perlahan ii mendekati kedua wanita itu. 

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang