Mengisahkan tentang Auliya Maisarah yang berkali kali dikhianati dalam percintaan setelah putusnya hubungan cinta pertamanya bersama Nu'man Basyir. Setelah berpisah dengan Nu'man Basyir, dia tidak pernah bertemu lagi dengan mana mana lelaki persis c...
Sebaik sahaja Farhana dan Fairel sampai di tempat untuk mereka bersantai, terus Farhana bertekad ingin sambung perbualan yang tergendala sebentar tadi. Tapi langkah Fairel lebih laju daripadanya, dia jauh ketinggalan di belakang.
"Fairel" "Fairel" Lelaki itu langsung tak endahkan panggilan Farhana, tetap saja percepatkan langkah. "Fairel Atharriz" suara Farhana kian lantang memanggil nama penuh lelaki itu
"Awak memang takkan berbincang tentang perkahwinan sampai bila bila ke?" Soal Farhana pula
"Saya cakap not now kan, boleh tak awak faham keadaan saya?" Bidas Fairel
Gadis itu mengeluh.
"That's the point. Saya dah faham keadaan awak untuk beberapa tahun dah. Saya nak kena faham keadaan awak sampai bila? Bila pula awak nak faham keadaan saya?" Farhana mula bersuara
"Fairel, you know what. Sekarang hubungan kita dah nak masuk 5 tahun. Kalau awak betul betul taknak halalkan saya, taknak kahwin dengan saya, awak takkan bercinta dengan saya selama 5 tahun ni. Kalau awak taknak kahwin dengan saya, bukan ke kita sepatutnya putus di waktu yang tepat, di tempat yang tepat dan dengan kata kata yang tepat? Am I right Fairel? Rel, kalau saya baru mula bercinta dengan orang lain saat ni, saya mungkin akan kahwin di umur lebih dari 40 tahun." Kata Farhana panjang lebar
Lelaki itu tersenyum sinis.
"Tak" Fairel mula bersuara
"Saya tak rasa tu akan ambil masa yang lama macam yang awak cakapkan" ujar lelaki itu
"What?"
"Untuk kenal dengan orang baru dan berkahwin sebelum cecah umur 40, kita patut putuskan hubungan kita sekarang." ujar Fairel dengan senyuman di bibir
"Yah Fairel Atharriz"
"Thank you for everything, Alyea Farhana" ucap Fairel masih dengan senyuman yang diukir di bibirnya dan mula mengatur langkah
"Fairel, Fairel Atharriz, you memang nekad nak putuskan hubungan kita macam ni?" lantas Farhana memberhentikan langkah lelaki itu
"No, kita dah bercinta selama 5 tahun. Kita dah habiskan masa kita bersama 5 tahun-"
"Itulah... awak rasa kenapa kita putus? Kan saya dah pernah cakap, hubungan kita akan putus kalau awak mula cakap tentang perkahwinan" lantas Fairel memotong kata kata gadis itu
"Yah. Awak tahu tak apa makna 5 tahun tu? 5 tahun ni sepatutnya kita dah ada anak, sepatutnya sekarang masa untuk kita hantar anak pergi taska. Itu umur hubungan kita sekarang dan awak nak putuskan macam tu je? Fairel, hubungan kita ni bukan untuk main main" marah Farhana dengan nada suara yang dah bergetar cuba menahan tangisan
Perlahan lahan Fairel menarik tangannya dari genggaman Farhana.
"Alyea Farhana. Putus selepas 5 tahun ke, selepas 5 minggu ke, selepas 5 bulan ke, putus cinta tu sama saja. Hi, goodbye. Itu lah yang saya maksudkan, Farhana. Saya tak boleh berkahwin, Farhana. Tapi awak nak sangat berkahwin." Kata Fairel dengan penuh tenang
"No. No saya taknak pun berkahwin. Saya takkan minta awak untuk kahwin lagi lepas ni. Saya takkan sebut dah apa apa tentang perkahwinan, saya janji. I'm sorry Fairel. Sorry okay? Forgive me okay?" Gadis itu masih cuba memujuk Fairel dengan harapan hubungan mereka bakal kembali normal
"No Farhana. Awak akan sebut lagi tentang tu and lagi banyak waktu yang akan terbuang. Sebab tu lah Farhana, we should stop at here. Let's end this, Alyea Farhana." Fairel masih menegas mahu putuskan hubungan mereka
Air mata gadis itu sudah tak tertahan lagi kini membasahi pipinya tanpa henti. Teresak esak gadis itu menangis. Tak sangka semudah itu Fairel memutuskan hubungan mereka.
"Kenapa awak menangis?" Soal Fairel
"Saya buat semua ni dengan senyuman supaya saat ini terasa macam saat awal perkenalan kita" kata lelaki itu lagi
Perlahan lahan Farhana mengangkat wajahnya melihat lelaki itu mengukir sebuah senyuman kepadanya. Bertambah sakit hatinya melihat lelaki itu tersenyum sedangkan hatinya remuk. Bagaimana dia boleh hancurkan hati seorang perempuan dengan senyuman di bibir.
"Stop crying Farhana. Saya harap awak akan dapat perkahwinan yang awak inginkan. Saya doakan awak bahagia, Alyea Farhana." Ujar lelaki itu
Perlahan lahan dia mengusap kepala gadis itu dan terus berjalan meninggalkan Farhana yang masih menangis teresak esak di depan tasik itu.
_
Sedang Auliya sibuk meluangkan masa dengan Aiden Nufael, loceng rumahnya tak berhenti berbunyi. Berat kakinya ingin turun ke bawah untuk tengok siapa yang datang ke rumahnya. Aiman pula belum pulang dari kerja, nak taknak dia juga la yang patut turun melihat tetamu yang datang itu.
"Siapa pula tu" ngomel Auliya
"Aiden jom kita tengok siapa yang datang" ajak Auliya terus mendukung anak kecil itu menuruni tangga
Sebaik sahaja dia membuka pintu alangkah terkejutnya dia melihat susuk tubuh Farhana yang berdiri dengan tangisan yang teresak esak. Tanpa teragak agak terus Farhana memeluk Auliya dan Aiden yang didukungnya sambil menangis.
"Babe... what happen...." Soal Auliya sebaik sahaja pelukan dileraikan
"Kitaorang dah berpisah... dia dah putuskan hubungan kitaorang... aku... aku taknak hilang dia babe... kitaorang dah 5 tahun bersama tapi senang senang je dia putuskan... macam mana aku nak teruskan hidup aku babe" luah Farhana dengan tangisan yang masik teresak esak
Terus Auliya memeluk susuk tubuh gadis itu tanpa berkata apa apa.
"Dia... dia putuskan hubungan kitaorang dengan senyuman... sedangkan hati aku ni hancur... dia sikit pun tak perjuangkan aku... kalau aku tak cakap isu kahwin, mesti dia takkan putuskan hubungan ni, aku yang salah, aku yang ikutkan sangat perasaan" luah Farhana lagi
"No babe it's not your fault. Dia tak perjuangkan kau, maksudnya dia memang nak putuskan kau. Isu kahwin tu alasan je untuk dia putuskan kau. It may hurting you but you have to accept the fate" Auliya mula bersuara
Farhana tidak mampu bersuara, hanya suara tangisan saja yang keluar dari mulutnya. Matanya sudah membengkak akibat menangis tanpa henti.
"It's okay, cry as much as you can. Lepaskan semuanya. I'm here for you babe. Dia bukan yang terbaik untuk kau. Kita mulakan hidup baru tanpa dia okay. I will help you. I will always stay by your side no matter what." Ujar Auliya sambil memeluk gadis itu
"Entah entah betul apa yang Daniel cakapkan, dia curang. Entah entah dia nak kahwin dengan perempuan lain, bukan dengan aku."
Auliya hanya diam apabila mendengar Farhana membuka isu yang dibangkitkan oleh Daniel beberapa bulan lalu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.