✨111✨

6 0 0
                                        

Angin malam di pantai itu terasa sedikit suram, tidak seperti biasa. Farhana hanya tenung saja ombak yang menderu dengan tatapan yang kosong. Selalunya Farhana lah manusia yang akan menikmati keindahan dan ketenangan pantai, tapi bukan kali ini. Kali ini dia hanya duduk di pantai itu hanya memandang air laut dengan air mata yang mengalir tanpa henti.

Saya cintakan awak seorang saja, Alyea Farhana.
Saya terlalu sibuk dengan kerja, saya takkan ada masa untuk cari perempuan lain.
Hanya Alyea Farhana yang ada dalam hati saya.
Awak cinta hati saya dulu, sekarang dan selamanya.
Saya takkan sakitkan awak, sayang.
Alyea Farhana lah cinta hati saya dan bakal isteri saya.

Semua ayat yang pernah dilemparkan oleh Fairel Atharriz berlegar legar di dalam fikirannya. Hatinya sakit, remuk, hancur, mendebu. Rasa menyesal membuak buak dalam dirinya kerana tidak pernah percaya dengan kata kata Auliya dan Daniel sebelum ini. Dia juga menyesal kerana pernah mengenali Fairel Atharriz.

Laut di hadapannya seolah olah memanggilnya untuk mendekat. Perlahan lahan gadis itu bangun dan berjalan menghampiri air laut yang berombak deras itu. Segala kenangan Fairel bersamanya bermain kembali di fikirannya.

"ARGHHHHHHHHHHHHHHH"
"AKU PERCAYAKAN KAU! INI YANG AKU DAPAT!"
"AKU BAGI HATI AKU UNTUK KAU JAGA! TAPI KAU HANCURKAN HATI AKU DENGAN SENYUMAN!"
"AKU BENCI KAU FAIREL!"

Sekuat hati gadis itu menjerit dengan air laut yang dah paras betis. Air mata yang tak henti henti mengalir dia layankan saja dengan kaki yang menapak makin dalam ke laut.

...

"Eh itu bukan Farhana ke... apa dia buat tu malam malam dalam laut..."

Sedang Daniel berjalan di pesisir pantai menikmati bunyi ketenangan laut, dia terlihat susuk tubuh Farhana yang berada tak jauh darinya. Dia mendengar segala jeritan gadis itu, kasihan pula jadinya. Tapi hatinya tak sedap pula apabila melihat gadis itu semakin hanyut di dalam laut. Perlahan lahan dia mendekati gadis itu.

Apabila air sudah mencecah paras pinggang gadis itu, Daniel panik dan terus berlari mendapatkan gadis itu.

"Farhana!" Panggil Daniel tetapi tiada respons

"HEY FARHANAA! FARHANA WAKE UP! KAU BUAT APA NI ALYEA FARHANA!? BAWA MENGUCAP FARHANA THIS IS NOT YOU!" bahu gadis itu Daniel goyang kencang untuk sedarkan Farhana yang masih dalam lamunannya

Gadis itu langsung tidak hiraukan panggilan lelaki itu, dia hanya meraung menangis. Daniel menarik lengan Farhana memaksa gadis itu keluar dari laut yang dah memaras pinggang mereka. Sebaik sahaja keluar dari air laut, gadis itu masih meraung menangis tanpa henti. Terus Daniel menarik Farhana masuk ke dalam dakapannya, susuk tubuh gadis itu dia peluk erat hingga gadis itu tenang.

 Terus Daniel menarik Farhana masuk ke dalam dakapannya, susuk tubuh gadis itu dia peluk erat hingga gadis itu tenang

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang