✨01✨

13 1 0
                                        

Suasana di kawasan koridor itu riuh rendah dengan suara pelajar pelajar yang berlari, berborak, bergelak tawa di waktu rehat.

"Eh kau nak pergi mana?" Soal numan melihat rakannya Haris itu mengemas barang seolah terburu buru

"Got to see my beloved girlfriend lah, harini korang makan tanpa aku okay bye" balas Haris yang sudah tak sabar ingin bertemu kekasihnya yang muda dua tahun darinya itu

"Yahh yah aku ikut kau laa, bosan dol" kata numan sambil meragut bahu lelaki itu

Sudah sampai di hadapan kelas 2-A itu terserlah wajah seorang gadis yang bernama Adriana merupakan kekasih hati Haris itu. Tetapi mata Numan tertumpu pada seorang gadis yang sedang bergelak tawa bersama rakan rakannya.

"Naa, tu boyfriend kau" tunjuk sofiya apabila sedar dua orang lelaki tercegat di depan pintu belakang kelas mereka.

Seronok Haris melambai ke arah gadisnya itu.

"Ris, yang duduk depan awek kau tu siapa?" Soal Numan ingin tahu

"Ouhh, Auliya tu kawan awek aku la jugakk, kenapa?"

Numan hanya menggeleng. Matanya tidak lepas dari menatap Auliya Maisarah yang masih sedang bergelak tawa bersama rakan rakannya itu.

Satu meja itu dipenuhi dengan dua merpati sejoli iaitu Haris dan Adriana dipenuhi juga dengan Numan, Auliya, Sofiya, Farhana, Antasha dan Najwa.

-

"Naa, yang tadi dengan boyfriend kau tu siapa? Takpernah nampak pun kewujudan dia sebelum ni" soal sofiya

"Ouhh tak silap aku tu la Numan, bestfriend dia, baik budak tu asyik berkepit ja dengan laki aku" jelas adriana

"Dari tadi aku perasan dia asyik usya je si auliya ni" sampuk farhana pula

"Eo?" Terpinga pinga auliya

-

"Em haris"

"Hm" sahut haris

"Kau rehat dengan awek kau lagi eh harini?" Soal numan

"Yah, hari hari aku rehat dengan dia lah, kenapa?" Balas haris

"Aku.... Ikut eh"

"Kau ni kan dua tiga hari ni kau asyik ikut aku rehat dengan awek aku je kan, kenapa eh? Sebelum ni bukan kau cakap berbulu ka mata kau tengok kitaorang? Kenapa sekarang kau ikut kitaorang ke sana ke sini pulak?" Soal haris bertubi tubi

Mana taknya. Sebelumni si numan ni la orang yang paling taknak ikut dia dan kekasihnya kononnya geli tengok mereka sweet ii. Tapi sekarang menempel pula. Hairan jadinya.

"Saja la takkan la nak biar kau sorang je lelaki dikelilingi 6 orang perempuan" kata numan menggosok ii lehernya

Haris mengecilkan matanya. Perlahan lahan dia mendekati lelaki itu.

"Baik kau cakap, kau ada usya sapa sapa ke kat sana?" Soal haris

Numan mengeluh kecil.

"Siapa?"

"Auliya" balas numan

Ternganga haris dibuatnya. Sungguh tak sangka.

"Kenapa? Apa yang kau terkejut sangat? Dia dah ada boyfriend ke?" Soal numan ingin tahu

"Takde. Tapi, dia pernah kena play, trauma sampai sekarang" balas haris

"Play? Siapa play dia?" Soal numan lagi

"Muiz. Budak 2-C tu. Takkan kau tak kenal"

"Ouh budak hingus tu. Takdela handsome mana pun nak play orang" kata numan

"Cuba kau tanya awek kau. Tolong la ejas. Aku rasa aku dah tangkap cintan la dengan dia" pinta numan

"Sumpah la kau ni? Kau baru je lepas reject si Alisa tu. Bukan kau taknak bercinta lagi ke sekarang? What happen?" Soal haris hairan

"Taknak tolong cakap je la" jeling numan

Haris mendengus.

-

"Byee babyy"

"Sayangg kejap" lengan baju adriana ditarik

"Boleh panggilkan auliya tak? Ada orang nak berkenalan pulak" kata haris

"Eo auliya? Siapa nak kenal?" Soal adriana

Mata haris melirik ke arah numan yang berada tak jauh darinya.

"Oooo patut la lately ni asyik join kitaorang je. Ada udang disebalik batu rupanya" ejek adriana

"Auliya" panggil adriana

"Ada orang nak jumpa" kata adriana

"Siapa?" Soal auliya terpinga pinga

"Hai auliya" sapa numan

Terkebil kebil auliya dibuatnya.

"Ouh Numan. Numan Basyir" Numan menghulurkan tangan untuk bersalam

"Ya kenapa ya?" Soal auliya tanpa menyambut salam lelaki itu

Ketap gigi numan dibuatnya perlahan lahan menarik kembali salam yang tak dibalasnya itu.

"Nak berkenalan. Can u give me ur number? So we can chat or call?" Pinta numan

"Sorry" hanya itu yang keluar dari mulut auliya, terus dia masuk ke dalam kelas tanpa hiraukan lelaki itu

"Auch" ketap gigi numan dibuatnya dengan tak berdaya berjalan kembali ke kelasnya yang tak jauh dari situ

-

"Yah kenapa kau tak bagi je number kau? Numan tu nak kenal lah" kata adriana

"Malas lah"

"Numan tu baik la, aku approve" kata adriana cuba meyakinkan gadis itu

"Baik ke jahat ke for me all men are same" balas auliya

"Dia tak sama macam Muiz la trust me" kata adriana lagi

Auliya langsung tak pedulikan apa yang dikatakan rakannya itu.

Apa yang berlaku terhadap dirinya 3 bulan lepas sangatlah menyakitkan hatinya. Hatinya dipermainkan oleh seorang lelaki yang bernama Hairul Muiz. Pada awalnya muiz memintanya untuk menjadi kekasih lelaki itu. Apabila hubungan dijalinkan selama sebulan, dia dapat tahu bahawa lelaki itu hanya mempermainkannya. Sejak itu dia hanya menganggap semua lelaki hanya mainkan hati wanita.

-

"Sabar banyak banyak ya" kata haris sambil menggosok ii belakang rakannya itu

"Aku belum dapat number dia pun. Salam aku pun dia tak sambut bro. Aku tak handsome ke?" Adu numan sambil membelek wajahnya di cermin milik haris

"Dia trauma tu kau kena faham. Aku ada waktu dia nangis bila dapat tahu mamat muiz tu cuma nak mainkan dia je bukannya cintakan dia pun. No wonder la dia reject kau sekarang" jelas haris

"Teruk sangat ke mamat tu buat dia?" Soal numan ingin tahu

Laju haris mengangguk.

"Awal ii tu mamat tu buat pengakuan kononnya dah jatuh cinta la dengan auliya ni. Tapi sebenarnya si muiz ni dah ada girlfriend and dia saja nak mainkan auliya. Dia bagitahu kawan ii dia yang auliya ni senang nak dapat, bagi ayat manis sikit cair. Bila auliya dapat tahu je, dia tamparnya muka mamat tak guna tu." Gigih haris menceritakan apa yang berlaku pada rakannya itu

Keluhan dilepaskan oleh numan.

"Then. Aku nak kena buat apa untuk dapatkan dia? Yah aku suka dia. Sangat." Adu numan

"Sangat?" Soal haris tak percaya

"First time aku nampak dia. Time tu dia tengah ketawa dengan kawan kawan diorang. Aku tengok senyuman dia. Aku. Suka dia. Setiap kali dia senyum. Aku berdebar. Ahhh" tantrum numan dibuatnya.

"Kau nak aku tolong? Bagi tips?" Soal haris

"How"

"Firstly kau kena.."

..TBC..

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang