Mengisahkan tentang Auliya Maisarah yang berkali kali dikhianati dalam percintaan setelah putusnya hubungan cinta pertamanya bersama Nu'man Basyir. Setelah berpisah dengan Nu'man Basyir, dia tidak pernah bertemu lagi dengan mana mana lelaki persis c...
aiman tersenyum melihat auliya yang sedang termenung di luar rumahnya. gadis itu kusyuk termenung hingga tak sedar akan kereta aiman yang meluncur di hadapan rumahnya. sebaik sahaja kereta diparkir, lelaki itu turun dari keretanya dengan sejambak bunga. perlahan ii dia berjalan menuju ke rumah auliya. loceng rumah itu dia tekan dan dia sembunyikan dirinya di sebalik tembok rumah itu.
terkebil ii auliya mencari siapa yang menekan loceng rumahnya malam ii buta ini. sebaik saja dia ingin beralih pandangan, sejambak bunga muncul di hadapannya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"hai bunga" sapa aiman dengan senyuman
"awakkk, saya ingatkan siapa lah tadi" kata auliya
lelaki itu hanya tersenyum lalu menghulurkan sejambak bunga ke arah auliya.
"saya belikan bunga, untuk bunga" kata lelaki itu
auliya tersenyum dengan kata ii lelaki itu. bunga yang dihulur dia ambil dan bau. bunga segar. wangi.
"awak buat apa malam ii kat luar ni?" soal lelaki itu
"awak pula kenapa malam ii buta baru balik rumah?" soal auliya pula
lelaki itu terukir sebuah senyuman yang lebar.
"awak tunggu saya eh? awak rindu saya?" soal aiman ingin tahu
gadis itu diam tidak menjawab. pipinya mula kemerahan.
"saya balik rumah mama" kata aiman
"ouh, mama papa sihat? atuk?" soal auliya
"alhamdulillah sihat, diorang rindukan awak sangat tau" balas lelaki itu
"ouhh, saya pun.. rindukan diorang" kata auliya dengan nada yang perlahan tapi masih boleh didengar lelaki itu
"sokay, nanti diorang datang la jumpa awak" kata aiman bersahaja
"hm?"
lelaki itu diam tidak menjawab. hampir saja terkantoi rahsianya.
"auliya. weekend ni awak ada plan apa ii ke?" soal aiman
gadis itu diam sejenak, berfikir.
"takda rasanya, kenapa?" soal auliya pula
"saya nak ajak awak keluar weekend ni boleh ke? watch sunset together. dah lama kita tak tengok sunset sama ii" ajak lelaki itu
"bolehh" tanpa berfikir apa ii terus gadis itu bersetuju
_
file ii kerja terbuka luas di atas meja auliya, begitu juga dengan MacBook miliknya yang juga terbuka di atas mejanya, tetapi auliya hanya bersandar dan termenung. kerja ii nya hanya dibuka sahaja tapi satu pun tak berjalan.
"masuk" arah auliya apabila pintu pejabatnya diketuk
"cik auliya, ini file Company Elite yang cik auliya minta" kata Nazreen yang merupakan staff di situ