Bergegas Aiman menuruni tangga apabila loceng rumahnya berbunyi.
"Eh Farhana, masuk lah" ajak Aiman
"Auliya mana?" Soal gadis itu sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah bak istana itu
"Ada dekat atas tengah siapkan Aiden. Kejap aku panggilkan dia, duduk lah dulu" kata Aiman dan mengatur langkah menaiki tangga menuju ke isterinya
A few moments later...
"Tak cakap pun nak datang" sapa Auliya
"Aku tak boleh datang ke?" Jeling Farhana
"Takde lah, selalunya kan kau call dulu sebelum datang, sensitive pula" balas Auliya
Gadis itu hanya buat mimik muka.
"Kejap aku buatkan teh, dah masuk tea time ni" kata Auliya mengatur langkah ke dapur
Setelah beberapa minit dia kembali dengan dulang berisikan air teh o suam bersama jajan yang masih tersisa di dapur.
"Sayang, abang nak keluar kejap dengan Daniel" Aiman bersuara sambil menuruni tangga bersama Aiden
"Daniel? Kenapa dia tak datang je lepak sini?" Soal Auliya
"Saja dia ajak lepak dekat mamak, sayang nak apa apa tak?"
Auliya menggeleng dan hulurkan segelas air teh kepada sang suami. Sebaik sahaja lelaki itu habiskan minuman terus dia bersalam dengan Auliya dan kedua dua belah pipi wanita itu dia menghadiahkan sebuah ciuman hangat.
"Aiden nak ikut ayah pergi jumpa papa Niel ke atau nak duduk dengan mama and bubu Far?" Soal Aiman pada anaknya
"Mama" jawab anaknya ringkas
Aiman senyum dan hadiahkan juga ciuman hangat di kedua dua pipi anak kecil itu.
"Take care abang"
"Okay baby"
Farhana hanya tersenyum melihat keluarga kecil itu. Hati kecilnya terdetik rasa cemburu melihat kebahagiaan keluarga itu. Bila lah akan tiba waktu untuk dia merasakan kebahagiaan seperti itu.
"Kau okay tak ni?" soal Auliya melihat rakannya itu ralit merenung ke arah Aiden
Farhana hanya tersenyum sinis.
"I know you have something to tell, what is it?" soal Auliya
"best tak alam perkahwinan kau?"
"hmmmm best. best sangat. hari hari boleh tatap suami, siang malam dengan suami, makan dengan suami, masak dengan suami, kemas rumah dengan suami, jaga anak sama sama, best" jawab Auliya
Farhana hanya mengangguk tanda faham. Dia sedar dia tak patut cemburukan kebahagiaan kawan baiknya tapi entah kenapa hati kecilnya itu terdetik secebis rasa cemburu dengan kebahagiaan yang diraih Auliya.
"kenapa? kau dah nak kahwin ke?" soal Auliya teruja
Farhana lepaskan keluhan berat.
"Tak tahu lah beb. Mama aku tu dah bising suruh kahwin, Fairel pula taknak kahwin, aku tak tahu nak buat apa, serabut dah" luah Farhana
"Fairel taknak kahwin? kau biar betul?" soal Auliya tidak percaya
"cakap pasal kahwin pun dia taknak, kau rasa? susah la bercinta dengan askar ni, asyik kena fikirkan kerja dan masa dia je, beb aku ni umur dah 27 tahun tau, next year dah 28, dia nak tunggu umur aku 40 dulu ke baru nak kahwin? stress tahu tak, aku ni elakkan dari bercakap pasal kahwin sebab taknak kitaorang bergaduh, pantang sebut bab kahwin sikit nanti mula la nak buat perangai. stress lah" luah Farhana panjang lebar
ANDA SEDANG MEMBACA
Let's fix it ❤️🩹✔️
Fiksyen PeminatMengisahkan tentang Auliya Maisarah yang berkali kali dikhianati dalam percintaan setelah putusnya hubungan cinta pertamanya bersama Nu'man Basyir. Setelah berpisah dengan Nu'man Basyir, dia tidak pernah bertemu lagi dengan mana mana lelaki persis c...
