✨114✨

4 0 0
                                        

"Farhana Farhana Farhana"
Sebaik sahaja Farhana keluar dari bangunan kerjanya terus disambut oleh Daniel yang berzikir menyebut nama gadis itu.

"Kau nak apa ni?"

"Aku ada hot news!!!!" Ujar Daniel teruja

"Apa?"

"Si Fairel, dia dah dapat kifarah dia sebab sakitkan kau" ujar Daniel

Farhana tergamam. Apa yang berlaku? Lelaki itu kemalangan ke? Meninggal ke? Kena buang kerja ke?

"Semalam kan tarikh nikah dia dengan perempuan tu. Kau tahu tak dia kena tinggal. Perempuan tu batalkan pernikahan tu depan tok kadi, depan tetamu, depan semua orang. And and and yang paling hot sekali, dalam hari yang sama, perempuan tu nikah dengan lelaki lain.

Perempuan tu dengan family dia memang tak sukakan si Fairel tu sebab gaji Fairel tak cukup macam yang diorang harapkan. Buta buta aje si Fairel tu kena bodohkan dengan keluarga perempuan tu"

Dengan penuh semangat lelaki itu menceritakan gosip hangat tersebut. Entah dari mana la agaknya lelaki itu dapat gosip seperti itu.

"Kau ni memang kaki gosip kan" jeling Farhana

"Alah aku tahu pun sebab lelaki tu client aku, PA aku lah yang bagitahu aku pasal ni" kata Daniel

"Kau ni takda rasa apa apa ke? Allah tu dah bayar cash atas apa yang dia buat dekat kau. Kau tak suka ke?" Soal Daniel hairan gadis itu hanya mendiamkan diri saja setelah susah payah lelaki itu bercerita

"Aku dah malas fikir pasal dia. Nak jadi apa dekat dia lantak lah, bukan urusan aku" kata Farhana bersahaja

"Wowww, bagus bagus, ini yang kita mahukan. Proud of you" ujar Daniel

_

"Puan Auliya. Ada orang nak jumpa. Tapi dia tak buat appointment, is it okay?" kata Aileen selaku PA kepada Auliya

"Siapa?" Soal Auliya

"Encik Numan"

Terkedu Auliya dibuatnya. Sudah lama dia tidak mendengar khabar lelaki itu. Sudah lama juga lelaki itu diamkan diri setelah apa yang berlaki antara dia dan Adelia beberapa bulan yang lalu.

"It's okay, bagi dia masuk" kata Auliya

Tak lama kemudian susuk tubuh Numan memasuki ruang pejabatnya.

"Sorry I ganggu you kerja, tak buat appointment" kata Numan serba salah

"Sokay buat apa nak buat appointment, you're not my client, you're my friend" ujar Auliya

Tersentuh hati Numan dibuatnya. Setelah apa yang berlaku, wanita itu masih menganggapnya sebagai kawan. Dia fikir wanita itu akan buang dia sebagai kawan. Sungguh mulia hati suami isteri itu.

"How are you? Aiman? Aiden? Lama I tak jumpa Aiden, mesti dia dah lupakan I" kata Numan

"I'm good. Aiden ada aje teringatkan uncle Numan dia, I dengan Aiman cakap yang you busy, tak sempat nak datang jumpa dia macam selalu" jelas Auliya

Numan mengangguk dengan senyuman. Matanya tertumpu ke arah perut Auliya yang kelihatan sedikit besar dari biasa.

"Aiden dah nak jadi abang ke?" Soal Numan

"Hahahaha itu la alhamdulillah rezeki" jawab Auliya

"How fast time flies. I'm happy for both of you" kata Numan

"Thank you. You macam mana? Okay? Lama you menghilang" Soal Auliya pula

Numan tersenyum nipis.

"Alhamdulillah I'm good. I cuma perlukan masa untuk diri sendiri. Now alhamdulillah I boleh terima yang cinta I untuk you dah tamat. Now I dah tak cintakan isteri orang lagi. That's why I dah boleh jumpa you, sebab rasa cinta ni dah takda" ujar Numan

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang