✨102✨

6 0 0
                                        

"Adel"

Tekejut Auliya apabila melihat Adelia yang tercegat di depan pagar rumahnya dengan air mata yang bergenang.

"Auliya...."
Air mata gadis itu sudah tak tertahan lagi. Kata kata yang keluar dari mulut Numan berlegar legar difikirannya dan hatinya seperti ditikam dengan beribu pisau.

"Sayang siapa yang-" terkedu Aiman melihat kedatangan Adelia dengan mata yang sembap basah akibat menangis

"Masuk lah, jom" ajak Auliya menarik lembut lengan gadis itu

A few moments later...

"Jemput lah minum" pelawa Auliya sebaik saja hidangkan teh suam

"I dengan Numan dah putus"

Baru satu ayat saja dah mengejutkan Auliya. Aiman yang berada tak jauh dari mereka pun turut terkejut apabila terdengar ayat yang keluar dari mulut tetamunya itu.

"P..putus? Why? How can? Since when?" Soal Auliya tidak percaya

"How can I be like you Auliya?"

"Apa maksud you?" Soal Auliya kurang faham

"Auliya. I tak boleh bertahan dengan lelaki yang masih cintakan masa lalu dia. Auliya, he still love you, more than he loves me" luah Adelia dengan air mata yang kembali mengalir

"Apa maksud you yang dia masih cintakan I?" Soal Auliya sudah mula tak sedap hati apabila melihat riak wajah Aiman yang kian berubah

"Dia dah mengaku yang dia masih cintakan you Auliya. I bukan you dan dia tak boleh cintakan I macam mana dia cintakan you. Cinta dia dekat you lagi besar dari cinta dia dekat I. Dia masih cari sisi you dalam diri I. I dah cuba macam macam untuk buat dia lupakan you tapi I gagal. I tetap kalah dengan you Auliya" luah gadis itu dengan tangisan

"Adel....

Adel sorry I tak tahu.... Sumpah I tak tahu tentang tu. I ingatkan korang bahagia. Sumpah Adel" terus Auliya menggosok gosok bahu gadis itu untuk tenangkan dia yang menangis tanpa henti

"It's not your fault pun. I yang salah sebab berharap lebih." Kata Adelia apabila tangisannya semakin pudar

"I datang untuk meluah je, I takda niat pun nak buat you bergaduh dengan Aiman atau Numan." Terang gadis itu takut kalau suami isteri itu salah anggap dengan sikapnya

"Sokay I faham, I'm sorry" ujar Auliya terus memeluk erat gadis itu

"Sekarang baru I faham. Tak kisah la seberapa besar pun usaha I untuk buat dia lupakan masa lalu dia, tapi kalau dia sendiri yang taknak lupakan masa lalu dia, I tetap kalah. Masa lalu dia selalu ada tempat istimewa dalam hati dia" luah Adel lemah

"Shh jangan cakap macam tu, dia rugi sebab lepaskan you" Auliya cuba memujuk

Perlahan lahan pelukan dileraikan, air mata yang tersisa di pipi dia kesat sendiri sambil tersenyum pahit ke arah Auliya.

"Sepengaruh itu you dalam hidup dia, sampai I yang ada di depan mata dia pun masih kalah dari bayangan you" ujar gadis itu dengan hati yang berat

Serba salah Auliya jadinya. Jujur dia tak sangka yang Numan masih cintakan dia. Sudah lebih sepuluh tahun jadi wajar kalau dia fikir lelaki itu sudah boleh buang perasaan cinta itu terhadapnya. Kasihan Adelia, dia boleh rasakan yang gadis itu ikhlas cintakan Numan tapi keikhlasan dia dikhianati begitu saja.

_

"Abang" panggil Auliya melihat suaminya termenung jauh di koridor rumah mereka

"Abang fikirkan apa yang Adel cakap tadi eh?" Soal Auliya takut takut

Aiman tersenyum melihat isterinya. Tubuh isterinya itu dia peluk erat untuk legakan segala kegelisahan di hati.

"Tipu lah kalau abang cakap abang tak fikir kan. Abang ingat hanya abang je yang cintakan sayang, tapi rupanya ada lelaki lain juga yang cintakan isteri abang dalam diam" luah Aiman masih memeluk isterinya

"Sumpah Auliya tak tahu abang"

"Not your fault sayang. Kita tak boleh nak kawal perasaan dan hati seseorang kan. Abang cuma.... Dalam fasa terkejut dengan apa yang jadi antara Numan dengan Adel tu" terang Aiman taknak isterinya itu fikir bukan bukan

"Abang takkan bergaduh dengan Numan kan?" Soal Auliya risau kalau persahabatan Aiman dan Numan terjejas kerana dia

"Tak sayang. Kalau abang bergaduh dengan dia sekali pun, bukan boleh hilangkan perasaan dia dekat sayang. Abang pun tak boleh halang perasaan dia dekat sayang" jawab Aiman

Auliya diam membisu. Dalam fikirannya masih berfikir tentang macam macam benda.

"Hey jelita. Don't worry okay. Abang okay. Abang sayang and cintakan jelita lebih dari dia." Kata Aiman lantas mengucup ubun ubun wanita itu

Jujur hatinya terasa sakit apabila tahu lelaki lain turut cintakan isterinya. Lelaki lain pandang isterinya pun dia dah cemburu inikan pula ada perasaan. Tapi dalam masa yang sama dia percaya cintanya terhadap Auliya lebih besar dari lelaki itu.

_

"Damn aku dah agak dah!"

"Diam lah sikit kau ni kang Amzar dengar pula" marah Aiman dengan mulut speaker Daniel

"Hihihi sorry sorry. Aku dah agak dah yang Numan tu ada something wrong. Kau tak perasan ke yang dia tu selalu usya bini kau?" Soal Daniel dengan nada suara separa bisik

"Perasan je tapi sebab dia dah ada girlfriend time tu so aku buat taktahu je la aku fikir maybe dia memang macam tu, tak tahu pula perasaan cinta dia tu tak pernah hilang" balas Aiman

Daniel mengangguk faham.

"So sekarang kau nak buat apa? Bertumbuk dengan dia? Lawan tinju?" Soal Daniel ingin tahu

"Aku tak bodoh la nak tumbuk kawan aku sendiri, apa pun dia tetap kawan aku, dia yang tolong aku jaga Auliya dulu time aku tengah sibuk kejar career aku, kau lupa ke?"

"Hmmm lepas tu kau nak buat apa? Biar je dia cintakan bini kau?" Soal Daniel lagi

"Entahlaa, serabut lah. Aku tak boleh tunjuk dekat Auliya yang aku serabut sebabkan benda tu" kata Aiman sambil serabutkan rambutnya seperti orang tak terurus

"Aku faham perasaan kau bro. Tapi selagi kau tak confront dia, kau takkan tenteram. Hati dan fikiran kau tu akan selalu resah. Bini kau kot bukannya awek olok olok" Daniel bersuara

Lelaki itu hanya diam membisu. Bingung.

"Jumpa dia. Bincang baik baik. Men talk. Be gentle. Itu jalan dia" kata Daniel lagi

_

"Hey bro, lama ke tunggu? Sorry la aku ada meeting tadi" Sapa Numan sebaik saja sampai di cafe berdekatan dengan pejabatnya

"Tak lama pun biasa je" jawab Aiman

"Kau apa khabar?" Soal Numan

"Khabar baik je sebelum ni, sampai la aku dapat tahu yang kau masih cintakan isteri aku" bidas Aiman

Tergamam Numan dibuatnya. Tak lain tak bukan mesti kerja Adelia la ni.

 Tak lain tak bukan mesti kerja Adelia la ni

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

TBC

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang