✨37✨

9 1 0
                                        

dari jauh aiman memerhati auliya yang sibuk mengajar pelajar ii yang dipilih untuk jadi model supaya mereka boleh berjalan dengan betul tanpa kekok. hampir 2 minggu aiman, auliya dan daniel bekerja keras untuk menjayakan majlis penutup sukan yang akan datang. airil? macam biasa lah dia sibuk dengan dunia percintaannya bersama farah. dia lepas tangan dekat anak ii buah saja untuk menyiapkan majlis tersebut macam selalu. dia hanya mengeluarkan modal sahaja.

"okay cuba praktis dulu cara posing, nanti daniel datang tengok dan betulkan yang mana salah" kata auliya pada pelajar ii di hadapannya

"thank you" ucap aiman tersenyum

"hm?" 

"thank you sebab sudi lagi tolong kitaorang lepas apa yang jadi sebelum ni" kata aiman

"ouh, small matter lah"

"awak masih lagi nak tolong lepas apa yang airil cakap dekat awak, awak tak rasa marah dekat dia ke? awak kerja keras dua minggu ni untuk latih model ii, untuk book make up artist, untuk tolong kitaorang dekat stadium, awak tak cukup tidur sebab tolong jayakan program dia, orang yang dah cakap macam ii dekat awak" soal aiman panjang lebar

"awal ii dulu saya marah la juga, terasa dengan apa yang dia cakap dulu, tapi lama ii saya dah okay sebab saya rasa ouh dia minta tolong saya mesti sebab dia nampak saya berbakat. takkan dia nak suruh saya tolong korang kalau saya takda bakat kan. mungkin dengan cara ni saya boleh asah bakat saya sikit demi sikit, saya boleh slow ii keluar dalam zon selesa, saya slow ii boleh berhadapan dengan orang, boleh improve skills, thanks to him sebab put trust dekat saya untuk menjayakan program ni" terang auliya

"jadi, bila dia dah letak keppercayaan dekat saya, dah jadi tanggungjawab saya untuk all out dan buat yang terbaik untuk menjayakan program ni" sambung gadis itu lagi

"I'm proud of you bunga. awak tak pernah berdendam dengan orang. I'm proud" kata aiman 

gadis itu tersenyum gembira.

bersungguh ii auliya membantu dalam program kalini. dia akan pastikan program kalini akan menjadi lebih gempak berbanding program yang lepas. dia bantu daniel untuk melatih model ii bagi setiap fakulti. dia bantu untuk membuat tempahan make up artist untuk model ii mereka. dia bantu dua lelaki itu untuk memasang banner di seluruh stadium. dia bantu untuk memilih design baju yang terbaik untuk setiap fakulti. dia bantu untuk stylekan outfit model ii untuk dipakai di malam penutup sukan tersebut. dia bantu segalanya tanpa merungut hingga tiba di hari kejadian. 

"korang jangan nervous okay, korang just ingat semua pesanan kami bertiga, cara berjalan, cara posing. and make sure mata focus tengok depan je, tak perlu risau jatuh atau apa sebab trust me, korang takkan jatuh okay" sempat auliya menitip pesanan sebelum dia pulang ke biliknya untuk bersiap 

"nanti sebelum majlis bermula auliya datang dekat kitaorang tak?"

"haah auliya datang balik tak nanti?" 

soal pelajar ii yang berdiri di hadapannya itu.

"aaaa I'm not sure yet, kalau saya siap awal, saya cuba datang awal dan tengok korang sekejap okay" balas auliya

"datang pliss we need your support"

"pastikan auliya datang awal okay"

"auliya kena duduk paling depan dan tengok kitaorang"

"haah auliya kena duduk dengan fashion flair, kitaorang dengar tempat duduk diorang depan sekali malam ni" 

auliya hanya tersenyum melihat karenah mereka. 

"yah, I can't do that, saya bukan ahli fashion flair so saya tak boleh duduk sebaris dengan diorang. tempat saya dekat orang ii biasa je" kata auliya

"siapa cakap?" terjah aiman bersama daniel 

Let's fix it ❤️‍🩹✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang